Pages

Wednesday, September 12, 2012

Yasir Habib la'natullah..








Seorang pelampau Syiah, Yasir Habib la'natullah tidak senang dengan tindakan Presiden Mesir Dr. Morsy yang mendoakan keredhaan buat Saidina Abu Bakar dan Umar serta khulafa' ar-rasyidin dalam ucapan beliau di Sidang NAM yang berlangsung di Tehran minggu lalu.

Dalam satu ucapan yang disiarkan oleh televisyen Iran semalam, Yasir turut mencerca tiga khulafa' iaitu Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman dengan menyifatkan mereka bertiga sebagai "munafik".

Kemudian Yasir melemparkan kata-kata kesat ditujukan kepada Morsy dengan menyebut, "Jika kamu (Morsy) mengucapkan keredhaan buat Abu Bakar, Umar dan Uthman di Tehran maka ketahuilah kami (Syiah) telah mendahului kamu. Kami telah melaknat mereka (para sahabat Nabi) di Kaherah sejak tahun 90-an ketika Hasan Syahatah telah melaknat mereka (para sahabat Nabi) dalam pengajian dan kitab karangannya, maka sebab itu dia dipenjarakan."

Hasan Syahatah ialah seorang Syiah dari Mesir yang lantang mencerca para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan kemudian dipenjarakan.

Yasir Habib seorang pelampau Syiah yang pernah mengadakan sambutan meraikan isteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidah Aisyah binti Abu Bakar 'berada dalam neraka dan menjadi penghulu penghuni neraka' kerana dendam kesumatnya kepada Saidina Abu Bakar رضي الله عنه.

Laknat Allah kepada Syiah pencerca para sahabat. Wahai Syiah Malaysia, bertaubatlah.

Link ucapan Yasir : http://www.youtube.com/watch?v=XgUPGLOZwK0&feature=youtube_gdata_player
— with Mohd Ikhbar Mohd Yusof, Asfanizam Abdullah, Khalid Mohd Ismath, Aryan Syazwan and Muhammad Hassan.

No comments:

Post a Comment