Pages

Saturday, October 20, 2012

MELURUSKAN PEMAHAMAN TENTANG HADITS SUJUD DI ATAS BUMI


 
 

MELURUSKAN PEMAHAMAN TENTANG HADITS SUJUD DI ATAS BUMI
Dan bid’ahnya sujud dengan turbah Karbala.

HUJJAH PEMBUNGKAM MULUT SYIAH
“Jangan pernah bermimpi yang Syiah merasa lebih faham dari kami Ahlus Sunnah”

Ketidaktahuan bahasa Arab boleh menyebabkan Syiah Rafidhah memperdaya anda dalam memahami hadits berikut :

جعلت لي الأرض مسجداً وطهوراً
Dijadikan bumi untukku sebagai tempat sujud dan suci lagi mensucikan.”
Untuk lebih jelasnya mari kita perhatikan teks hadits secara lengkap di bawah ini :

Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu’anhu berkata bahwa Nabi shallallahu’alaihiwasallam telah bersabda :

أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ وَأُحِلَّتْ لِي الْمَغَانِمُ وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً
"Aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada orang sebelumku; aku ditolong melawan musuhku dengan ketakutan mereka sejauh satu bulan perjalanan, dijadikan bumi untukku sebagai tempat sujud dan suci lagi mensucikan. Maka di mana saja salah seorang dari umatku mendapati waktu solat hendaklah ia solat, dihalalkan untukku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan untuk orang sebelumku, aku diberikan (hak) syafa'at, dan para Nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia." (Shahih HR. Bukhari no. 323 dan 419, Muslim no. 810, Nasa’i no. 429, Ahmad no.2606, 13745, 20337,20352,dan 20463, dan darimi no. 1353 dan 2358 )

Makna Al-ardhu ( الأرْضِ ) dari hadits ini bila diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia adalah bumi. Memaknai kata Al-ardhu ( الأرْضِ ) dengan “tanah” pada hadits ini merupakan kekeliruan. Kerana kita dapat menemukan perincian kata Al-ardhu dalam hadits berikut ini :

Dari Hudzaifah radhiyallahu’anhu yang berkata:” Telah bersabda Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam :

فُضِّلْنَا عَلَى النَّاسِ بِثَلَاثٍ جُعِلَتْ صُفُوفُنَا كَصُفُوفِ الْمَلَائِكَةِ وَجُعِلَتْ لَنَا الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدًا وَجُعِلَتْ تُرْبَتُهَا لَنَا طَهُورًا إِذَا لَمْ نَجِدْ الْمَاءَ وَذَكَرَ خَصْلَةً أُخْرَى
“Kami diberi keutamaan atas manusia lainnya dengan tiga hal: (pertama), Saf kami dijadikan sebagaimana saf para malaikat. (Kedua), ( الأرْضِ ) bumi dijadikan untuk kami semuanya sebagai masjid. (Ketiga), dan ( تُرْبَتُهَا ) debu/tanahnya dijadikan suci untuk kami apabila kami tidak mendapatkan air.' (Shahih HR. Muslim no. 811)

Perhatikan dalam hadits ini Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam memperinci kata Al-Ardhu., di mana Al-Ardhu menurut Rasulullah adalah bumi itu sendiri sedangkan Turbah (tanah/debu) adalah bahagian dari Al-Ardhu( bumi) tersebut.

Dan perhatikan pula riwayat berikut ini :

Dari Ummu Salamah :“Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam bersabda telah berkata Jibril ‘alaihiwasallam kepada beliau :

إِنَّ أُمَّتَكَ سَتَقْتُلُ هَذَا بِأَرْضٍ يُقَالُ لَهَا : كَرْبَلاءُ " ، فَتَنَاوَلَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ مِنْ تُرْبَتِهَا ، فَأَرَاهَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Sesungguhnya keturunan anda ini (Husein radhiyallahu’anhu) akan dibunuh di (أَرْضٌ) bumi yang dikatakan tempatnya bernama Karbala. Maka Jibril ‘alaihissalaam mengambil sebahagian dari ( تُرْبَتِهَا ) tanahnya dan Nabi-pun melihatnya.”(Sanadnya Shahih HR. Thabrani,Al-mu’jam Al-Kabir 3/182)

Maka itulah bila hadits sebelumnya (HR. Bukhari no. 323 dan 419) kita lihat pada teks berikutnya yang berbunyi :

فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ
“Maka di mana saja salah seorang dari umatku mendapati waktu solat hendaklah ia solat”

Maka kata فَأَيُّمَا (dimana saja) menunjukkan keumumuan tempat di BUMI (termasuk di atas bangunan bertingkat seratus sekalipun atau di atas kapal yang berlayar) sebagai masjid/tempat sujud. Hal ini juga diperkuat maknanya dengan hadits :

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلَّا الْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ
Dari Abu Sa'id Al Khudri ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Seluruh bumi adalah masjid (tempat sujud), kecuali kuburan dan bilik mandi." (Shahih HR. Ibnu Majah no. 737, Tarmidzi no. 236, dan Abu Dawud no. 415 )

Maka hadits ini menunjukkan الْأَرْضُ sebagai bumi atau lebih tepatnya sebagai مَا يَطْأُهُ الْقَدَمُ (sesuatu yang diinjak oleh telapak kaki) atau lantai, kecuali kuburan dan bilik mandi.
Maka bila kita perhatikan hadits berikut ini : Dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma dia berkata :”

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَرَأَى رَجُلاً يُصَلِّى مَا يُصِيبُ أَنْفَهُ مِنَ الأَرْضِ فَقَالَ « لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ يُصِيبُ أَنْفَهُ مِنَ الأَرْضِ مَا يُصِيبُ الْجَبِينَ »
“Telah bersabda Rasulullah shallallahu’alaihiwasalla tatkala beliau melihat seseorang solat (ketika sujud) hidungnya tidak menyentuh الأرض bumi .Beliau bersabda :”Tidak ada solat bagi orang yang tidak menyentuhkan hidungnya ke الأرض bumi sebagaimana dahinya menyentuh ke الأرض bumi.( Shahih HR. Daruquthni no.1335)

Maksud menyentuh hidung dan dahi ke bumi adalah menempelkan hidung dan dahi ke lantai tempat sujud bukan harus menyentuhkannya dengan tanah. Ini kerana الأرض (Al-Ardhu) di sini diertikan sebagai مَا يَطْأُهُ الْقَدَمُ (sesuatu yang diinjak oleh telapak kaki) atau tepatnya lantai. Andaikan diertikan sebagai menyentuhkan dahi dan hidungnya ke الأرض (Al-Ardhu) dengan makna menyentuhkannya ke tanah, maka yang menjadi pertanyaan mengapa Khameini tidak menyentuhkan hidung di turbah (tanah) Karbalanya tersebut??? Namun cukup di atas sejadah sebagaimana yang kita nampak dalam foto tersebut di atas!

Lalu perhatikanlah Firman Allah subhana wa ta’ala berikut ini:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (11) أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لا يَشْعُرُونَ (12)
“Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerosakan di muka BUMI (الأرْضِ). mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami orang-orang yang mengadakan kebaikan." Ingatlah, Sesungguhnya mereka Itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. (QS. Al-Baqarah : 11-12)

Apakah pantas kita mengertikan (الأرْضِ) sebagai tanah?? Maka kedengaran menggelikan apabila kita cuba perhatikan :

“Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerosakan di (الأرْضِ) tanah.”

Lucukan bunyinya? Cuba cari saja ayat-ayat yang berbunyi Al-Ardhu (الأرْضِ) di dalam Al-Quran, anda tentu akan terasa janggal bila kesemuanya diertikan sebagai tanah (تُرْبَةٌ ). Kerana kata Ardhu (الأرْضِ) sebenarnya dimaksudkan sebagai bumi yang meliputi lautannya, sungainya, danaunya, dan lapisan padang pasirnya mahupun lapisan saljunya.

Lalu perhatikan lagi hadits berikut ini :

Dari Bara’ bin ‘Azib radhiyallahu’anhu berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سجد فوضع يديه بالارض استقبل بكفيه واصابعه القبلة
”Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam biasa jika beliau sujud meletakkan kedua tangganya ke (الأرض) bumi dengan menghadap kiblat kedua telapak tangan berserta jari-jemarinya.”(Sanadnya Shahih HR. Bayhaqi dalam Sunan Al-Kubra 2/113)

Andaikan Al-Ardhu (الأرض) di terjemahkan sebagai tanah, mengapa Khameini juga tidak meletakkan turbah Karbala pada telapak tangannya ketika sujud???

Jadi hadits-hadits tersebut bila dipakai sebagai dalil kebolehan sujud di atas turbah Karbala merupakan perbuatan yang sangat-sangat salah maksudnya. Ertinya sujud dengan dahi menyentuh turbah Karbala tidak ada contohnya dari Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam dan bahkan tidak ada dasarnya dari syariat Islam.

Adapun mengenai hadits berikut :

عن خباب بن الأرت قال شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم شده الرمضاء في جباهنا وأكفنا فلم يشكنا
Dari Khabab bin Al-Arat berkata: “Kami mengadu kepada Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam tentang sangat panasnya tanah yang kami letakkan padanya dahi dan telapak tangan kami, tapi beliau tidak menanggapi pengaduan kami.” (HR. Al-Baihaqi)

Saya bertanya pada anda semua, dari manakah petunjuk bahawa para sahabat mengadu kepada Rasul untuk diperbolehkan menggunakan alas ketika sujud kerana panasnya tanah tempat mereka sujud???

Apakah Syiah pura-pura tidak tahu bila terdapat hadits mengenai kebolehan menggunakan pengalas sujud???

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ أَحَدُنَا طَرَفَ الثَّوْبِ مِنْ شِدَّةِ الْحَرِّ فِي مَكَانِ السُّجُودِ
Dari Anas bin Malik berkata, "Kami solat bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu salah seorang dari kami meletakkan salah satu dari ujung bajunya di tempat sujudnya kerana panasnya tempat sujud." (HR. Bukhari no. 372)

Jadi maksud dari hadits riwayat Al-Bayhaqi mengenai pengaduan para sahabat yang tidak Rasulullah tanggapi adalah para sahabat meminta keringanan untuk di undurkan waktu solat kerana panasnya tempat sujud bukan kerana meminta izin menggunakan alas sujud. Maka itulah kita menemukan hadits berikut :

عن أنس بن مالك قال: أنا نصلي مع رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم في شدة الحر فيأخذ أحدنا الحصباء في يده، فإذا بردت وضعها و سجد عليها
Dari Anas bin Malik berkata, “Kami solat bersama Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam di musim yang sangat panas, salah seorang dari kami mengambil kerikil lalu diletakkan di tangannya, apabila kerikil tadi sudah dingin lalu kerikil tersebut diletakkan dan di pakai untuk sujud di atasnya.”(Sunan Baihaqi, 2/105, Nailul authar, 2 / 268)

Tujuan para sahabat di atas menggunakan kerikil yang dingin sebagai alas dari panasnya tempat sujud. Dan yang dimaksud mereka sujud di atas batu tersebut bukan setakat meletakkan dahi pada bahagian batu namun juga termasuk anggota sujud yang lain kerana hadits tersebut tidak menyatakan batu tersebut diletakkan di dahi saja. Dan sebahagian mereka menggunakan batu kerikil bukan menggunakan kain kerana sebahagian mereka pada saat itu berada dalam keadaan kekurangan kain.

Begitu pula Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam sebagaimana dari Maimunah radhiyallahu’anha ia berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي وَأَنَا حِذَاءَهُ وَأَنَا حَائِضٌ وَرُبَّمَا أَصَابَنِي ثَوْبُهُ إِذَا سَجَدَ قَالَتْ وَكَانَ يُصَلِّي عَلَى الْخُمْرَةِ
"Pernah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam solat sementara aku berada di sampingnya, dan saat itu aku sedang haid. Dan setiap kali beliau sujud, pakaian beliau mengenai aku. Dan beliau solat di atas tikar kecil." (HR. Bukhari no. 366 dan 368)

Sehingga dari hadits ini menunjukkan sujud menggunakan alas merupakan perkara yang mubah(boleh), tidak terikat dengan panas atau dinginnya tempat sujud.
Adapun riwayat hadits :

عن عياض بن عبد الله القرشي قال رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا يسجد على كور عمامته فأوما بيده ارفع عمامتك وأومأ إلى جبهته
Iyad bin Abdullah Al-Quraisyi berkata, “Rasulullah saw melihat seseorang sujud di atas lilitan serbannya. Maka beliau memberi isyarat dengan tangannya untuk mengangkat serbannya sambil menunjuk pada dahinya.” (HR. Al-Bayhaqi)

Riwayat hadits ini mursal kerana Iyad bin Abdullah Al-Quraisyi bukan termasuk dari kalangan sahabat namun termasuk tabi’in.

Dan maksud teks hadits “mengangkat serbannya” dapat kita lihat pada riwayat sebelumnya :

عن صالح بن حيوان السبائى حدثه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى رجلا يسجد بجنبه وقد اعتم على جبهته فحسر رسول الله صلى الله عليه وسلم عن جبهته
Dari Shalih bin hayan As-Saba’i, dia menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam melihat seseorang sujud dan ia mengenakan serban pada dahinya maka Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam membuka serbannya dari dahinya.”(HR. Bayhaqi)

Riwayat ini pun statusnya mursal kerana Shalih bin Hayan As-Saba’i bukanlah sahabat namun dari kalangan tabi’in.

Dari dua riwayat mursal tersebut, dinyatakan bahawa tidak diperbolehkan adanya sesuatu yang menutup dahi ketika sujud kerana orang yang ditegur Rasul shallallahu’alaihiwasallam tadi mengenakan serban yang ia lilit hingga menutup dahinya.
Ini ertinya dahi mesti langsung menyentuh tempat sujud atau alas sujud.

Maka Imam Bayhaqi memberi judul pada tema hadits tersebut dengan Judul :

باب الكشف عن الجبهة في السجود
Bab membuka dahi pada waktu sujud

Inilah yang dimaksudkan oleh perkataan Imam Syafi’i yang berbunyi :

وَلَوْ سَجَدَ على رَأْسِهِ ولم يُمِسَّ شيئا من جَبْهَتِهِ الْأَرْضَ لم يَجْزِهِ السُّجُودُ وَإِنْ سَجَدَ على رَأْسِهِ فَمَاسَّ شيئا من جَبْهَتِهِ الْأَرْضَ أَجْزَأَهُ السُّجُودُ إنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى
“Apabila seseorang sujud dan dahinya sama sekali tidak menyentuh bumi, maka sujudnya dianggap tidak sah. Tetapi jika seseorang sujud dan bahagian dahinya menyentuh bumi (al-ardh), maka sujudnya dianggap cukup dan sah, Insya Allah Taala.” (Al-Umm, 1/114)

Maka itulah bila kita lihat teksnya secara lengkap:

ولو سجد على رأسه ولم يمس شيئا من جبهته الارض لم يجزه السجود وإن سجد على رأسه فماس شيئا من جبهته الارض أجزأه السجود إن شاء الله تعالى ولو سجد على جبهته ودونها ثوب أو غيره لم يجزه السجود إلا أن يكون جريحا فيكون ذلك عذرا ولو سجد عليها وعليها ثوب متخرق فماس شيئا من جبهته على الارض أجزأه ذلك لانه ساجد وشئ من جبهته على الارض وأحب أن يباشر راحتيه الارض في البرد والحر فإن لم يفعل وسترها من حر أو برد وسجد عليها فلا إعادة عليه ولا سجود سهو
“Apabila seseorang sujud dan dahinya sama sekali tidak menyentuh bumi, maka sujudnya dianggap tidak sah. Tetapi jika seseorang sujud dan bahagian dahinya menyentuh bumi (al-ardh), maka sujudnya dianggap cukup dan sah, Insya Allah Taala. Dan bila ia sujud di atas dahinya dan padanya terdapat kain atau selainnya, maka belumlah dinyatakan sah sujudnya kecuali kerana terdapat luka, maka yang demikian itu sebagai udzur. Dan jika ia sujud di atas dahinya dan pada dahinya terdapat kain yang koyak sehingga menyentuh dahinya dengan bumi maka sahlah hal itu kerana ia sujud dengan sebahagian dahinya (menyentuh) bumi. Dan aku menyukai kedua telapak tangannya menyentuh langsung ke bumi. Jika tidak dan ia menutupi telapak tangannya dari hawa panas atau dingin lalu ia sujud di atasnya maka tidak perlu diulang solatnya atau tidak perlu melakukan sujud sahwi ” (Al-Umm, 1/114)

Perhatikan sebahagian teks perkataan Imam Syafi’i di atas :

ولو سجد على جبهته ودونها ثوب أو غيره لم يجزه السجود إلا أن يكون جريحا فيكون ذلك عذرا
Dan bila ia sujud di atas dahinya dan padanya terdapat kain atau selainnya belumlah dinyatakan sah sujudnya kecuali kerana terdapat luka, maka yang demikian itu sebagai udzur. (Al-Umm, 1/114)

Maksud beliau adalah kain pembalut luka yang melilit di dahi orang tersebut, bukannya kain yang mengalas tempat sujud.

Sehingga pendapat Imam Syafi’i, ketika sujud tidak boleh dahi terhalang oleh kopiah atau kain serban yang ada di kepala, bukan di tempat sujud. Dan Imam Syafi’i menyatakan makruhnya sujud dengan keadaan dahi tidak langsung menyentuh tempat sujud kerana terhalang kopiah, kain serban atau rambut. Makanya anda akan melihat kaum nahdiyin yaitu kaum NU sebagai penganut madzhab Syafi’i menggunakan peci atau songkok tidak menutupi dahi ketika solat. Dan tidak ada satupun anda temui mereka membawa tanah masuk ke dalam masjid untuk dikenakan pada dahi ketika sujud atau melarang atau sebatas memakruhkan solat di atas lantai berjubin dan semisalnya yang tidak langsung menyentuh tanah.

Jadi jika Syiah membawa riwayat2 di atas untuk mengelirukan anda, maka ketahuilah mereka sedang menipu dan memutarbelitkan riwayat2 tersebut. Syiah gemar memanfaatkan ketidaktahuan orang awam terhadap bahasa Arab mengenai erti kata الأرْضِ.

Sekarang mengenai tujuan Khameini menggunakan turbah (tanah) Karbala ketika sujud, kita berikan beberapa pertanyaan secara logika akal.

Pertanyaan pertama, apakah Khameini memakai turbah Karbala dalam rangka mengamalkan hadits berikut?

فَقَالَ « لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ يُصِيبُ أَنْفَهُ مِنَ الأَرْضِ مَا يُصِيبُ الْجَبِينَ »
“Beliau (Rasul shallallahu’alaihiwasallam) bersabda :”Tidak ada solat bagi orang yang tidak menyentuhkan hidungnya ke bumi sebagaimana dahinya menyentuh ke bumi.
(Shahih HR. Daruquthni no.1335)

Sama sekali tidak, kerana Khameini tidak menyentuhkan hidungnya ke turbah Karbala namun ia hanya menyentuhkannya di alas sujudnya.

Pertanyaan kedua, apakah Khameini memakainya dalam rangka mencontohi sahabat menggunakan batu kerikil sebagaimana hadits berikut ini? :

عن أنس بن مالك قال: أنا نصلي مع رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم في شدة الحر فيأخذ أحدنا الحصباء في يده، فإذا بردت وضعها و سجد عليها
Dari Anas bin Malik berkata, “Kami solat bersama Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam di musim yang sangat panas, salah seorang dari kami mengambil kerikil lalu diletakkan di tangannya, apabila kerikil tadi sudah dingin lalu kerikil tersebut diletakkan dan di pakai untuk sujud di atasnya.”(Sunan Baihaqi, 2/105, Nailul authar, 2 / 268)

Jelas sekali berbeza antara tujuan Khameini memakai turbah Karbala, kerana sahabat memakai batu kerikil sebagai alas sujud dalam rangka menghalangi hawa panas dari tempat sujud dan itu pun bukan setakat pada daerah dahi. Sedangkan Khameini kita lihat sujud di atas turbah Karbala di bawah atap sebuah bangunan, yang besar kemungkinan di dalam masjid yang berlapik, bukan dari lantai tanah yang panas.

Pertanyaan ketiga, Apakah Khameini sujud di atas turbah Karbala dalam rangka melaksanakan hadits berikut ini? :

Dari Maimunah ia berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي وَأَنَا حِذَاءَهُ وَأَنَا حَائِضٌ وَرُبَّمَا أَصَابَنِي ثَوْبُهُ إِذَا سَجَدَ قَالَتْ وَكَانَ يُصَلِّي عَلَى الْخُمْرَةِ
"Pernah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam solat sementara aku berada di sampingnya, dan saat itu aku sedang haid. Dan setiap kali beliau sujud, pakaian beliau mengenai aku. Dan beliau solat di atas tikar kecil." (HR. Bukhari no. 366 dan 368)

Jelas sekali tidak, kerana Rasul shallallahu’alaihiwasallam memakai tikar kecil sebagai alas dan bukan menggunakan turbah Karbala sebagai alas. Sedangkan Khameini selain memakai kain alas sujud, dia juga menambah turbah Karbala, bukankah ini sangat berlebihan bilamana di bandingkan dengan hadits tersebut???

Andaikan Khameini menggunakan alas sujud dengan tujuh lapis kain pun kita masih boleh menimbang untuk menerimanya. Namun masalahnya, dia menggunakan turbah Karbala, bukan kain atau tikar alas sujud.

Pertanyaan keempat, apakah tujuan sebenarnya Khameini menggunakan turbah Karbala???

Andaikan ada yang menyanggah dengan pernyataan bahawa Khameini menggunakan tanah Karbala pada dahinya dalam rangka untuk lebih merendahkan diri di hadapan Allah, maka kami katakan, apakah kalian merasa lebih pintar dan berilmu dibandingkan Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam yang sujud menggunakan alas dari tikar kecil yang tidak menambah di atas tikarnya tersebut dengan sebongkah kecil tanah atau serbuk/debu tanah???

Allah Ta’ala berfirman :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.”(QS. Al-Ahdzab : 21)

Kemudian Nabi shallallahu’alaihiwasallam juga bersabda :

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
“Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (bid’ah) dan setiap bid'ah adalah sesat."(HR. Muslim no. 1435)

Kerana itulah cukup kita berpegang dengan Sabda Nabi shallallahu’alaihiwasallam:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
"Solatlah kalian seperti kalian melihat aku solat.”(HR. Bukhari no. 595)

Bukannya berpegang dengan perbuatan Khomeini yang bid’ah tersebut.

Boleh jadi ada yang akan berkata,”Khameini ketika sujud dia dalam keadaan ikhlas kepada Allah, jadi jangan dipermasalahkan hal tersebut. “

Kami jawab : Syarat sahnya amalan itu diterima ada dua :
1. Ikhlas kepada Allah (tidak Syirik kecil maupun Besar)
2. Sesuai dengan petunjuk Allah dan Rasulnya (tidak berbuat bid’ah).

Sebagaimana Firman Allah Ta’ala :
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".(QS. Al-Kahfi : 110)

Yang dimaksud dengan mengerjakan “amal yang solih” adalah amalan yang sesuai petunjuk Allah dan Rasul-Nya iaitu bukan perbuatan bid’ah. Sedangkan erti “dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”, ertinya ikhlas kerana Allah semata.

Allah Ta’ala berfirman :

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
“..Supaya Dia (Allah) menguji kalian, siapa diantara kalian yang paling baik amalnya...”(QS. Al-Muluk :2)

Fudhail bin Iyadh berkata (memberi komentar mengenai ayat tersebut) :

أَخْلَصُهُ وَأَصْوَبُهُ . قَالُوا : يَا أَبَا عَلِيٍّ مَا أَخْلَصُهُ وَأَصْوَبُهُ ؟ قَالَ : إنَّ الْعَمَلَ إذَا كَانَ خَالِصًا وَلَمْ يَكُنْ صَوَابًا لَمْ يُقْبَلْ وَإِذَا كَانَ صَوَابًا وَلَمْ يَكُنْ خَالِصًا لَمْ يُقْبَلْ حَتَّى يَكُونَ خَالِصًا صَوَابًا . وَالْخَالِصُ أَنْ يَكُونَ لِلَّهِ وَالصَّوَابُ أَنْ يَكُونَ عَلَى السُّنَّةِ .
“Maksudnya amal yang paling ikhlas dan benar.” Kemudian mereka bertanya :”Hai Abu Ali (Fudhail bin Iyadh), apa amal yang paling ikhlas dan benar?” Beliau menjawab :”Sesungguhnya jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, tidak akan diterima. Dan andaikan amal itu ikhlas tapi tidak benar, juga tidak diterima. Yang diterima, amal ikhlas dan benar. Amal ikhlas ialah amal yang dilakukan kerana Allah, sedangkan amal yang benar ialah yang berdasarkan sunnah.” (Majmu’ al-Fatawa Ibnu Taymiyyah, 1/99)

Maka sujud di atas turbah Karbala bukan amalan solih namun merupakan amalan qabih (buruk). Yang jelas bid’ah yang dilakukan Khameini adalah “amalan qabih.”

Nah, sekarang jawaban yang tepat dari tujuan Khameini sujud menggunakan turbah Karbala pada dahinya adalah dalam rangka bertabaruk (mencari berkah) dengan tanah Karbala. Inilah jawapannya.

Sudahlah Syiah, tinggalkanlah dalih-dalih mencari alasan sampai mengutip-ngutip perkataan Imam Syafi’i yang tidak ditempatkan pada makna yang beliau maksudkan.

Sekarang kami persilakan bagi Syaikh kami yang mulia, yang merupakan Ahli Hadits abad ini yakni Syaikh Muhammad Nashruddin Al-Albani rahimahullah yang menerangkan mengenai sujud dengan turbah Karbala dari Kitab Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, ketika beliau memberi komentar hadits berikut:

قَامَ مَنْ عِنْدِي جِبْرِيْلُ قَبْلُ فَحَدَّثَنِيْ أَنَّ الْحُسَيْنَ يُقْتَلُ بِشَطِّ الْفُرَاتِ.
Telah datang malaikat Jibril di sisiku, lalu dia mengabarkan kepadaku bahwa Husein akan dibunuh di Syaththil Furaats (Karbala). (HR. Imam Ahmad dalam Musnadnya (1/85); dishahihkan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dengan beberapa syawahid (penguat-penguat hadits tersebut) dalam kitabnya Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, jilid III, hal. 159-162)

Setelah beliau men-takhrij dan menyebutkan pelbagai syawahid-nya secara lengkap, beliau berkata sebagai berikut: “Hadits-hadits ini[1] tidak menunjukkan kesucian tanah Karbala, keutamaan sujud di atas tanah tersebut dan tidak pula menunjukkan sunnah menjadikan qursh (batu lapisan) dari tanah Karbala untuk sujud di atasnya ketika solat sebagaimana yang dilakukan kaum Syi’ah pada hari ini. Kalau hal ini termasuk perkara sunnah, maka menjadikan qursh dari tanah Masjidil Haram (Makkah) dan Masjid Nabawi (Madinah) paling pantas untuk sujud di atasnya ketika solat, tetapi hal ini merupakan bid’ah Syi’ah dan sikap ghuluw mereka dalam mengagungkan ahlul bait dan peninggalan-peninggalan mereka.

Termasuk dari keanehan kaum Syi’ah yang lain ialah pendapat mereka bahawa akal termasuk sumber tasyri’ (yang dijadikan patokan dalam syari’at). Oleh kerana itu mereka mengatakan baik dan jelek berdasarkan akal. Bersamaan dengan hal ini (akal sebagai sumber tasyri’), mereka meriwayatkan atsar tentang keutamaan sujud di atas tanah Karbala, padahal atsar tersebut adalah termasuk hadits-hadits yang dapat dibuktikan kebatilannya oleh akal yang sihat secara benar.[2]

Aku (Syaikh Al-Albani) mendapatkan risalah (tulisan / karangan) yang ditulis oleh seorang Syi’ah yang biasa dipanggil As-Sayyid Abdur-Ridla Al-Mar’isyi Asy-Syihristaani (selanjutnya disingkat ARMS –pent.) dengan judul As-Sujud ‘ala At-Turbah Al-Husainiyyah pada hal. 15 dia berkata: “Telah diriwayatkan bahwa sujud di atas tanah Karbala paling utama kerana kemuliaan dan kesucian tanah tersebut. Serta kesucian orang yang dikubur di tanah tersebut". Dan telah diriwayatkan hadits dari A`imatil ‘Ithrah Ath-Thahirah alaihimus salam[3] bahwa sujud di atas Karbala menerangi bumi yang ketujuh. Dalam riwayat lain: “Dapat menembus ketujuh hijab". Dan dalam riwayat lain: Allah menerima solat orang yang bersujud di atas tanah Karbala yang Dia tidak menerima solat orang yang bersujud di selainnya. Dalam riwayat lain bahawa sujud di atas tanah kuburan Husein menerangi bumi.”

Hadits-hadits seperti ini jelas kebatilannya menurut kami dan para Imam Ahlul Bait radliyallahu ‘anhum berlepas diri dari hadits-hadits tersebut. Hadits-hadits tersebut tidak memiliki sanad-sanad di sisi mereka, sehingga dimungkinkan untuk dikritik dari segi ilmu hadits dan ushul-ushul ilmu hadits. Hadits-hadits tersebut hanyalah hadits-hadits yang mursal[4] dan mu’dlal[5].

Penulis risalah tersebut belum puas memenuhi risalahnya dengan nukilan-nukilan ini yang dianggap dari para imam Ahlul Bait. Bahkan dia mengelabui para pembaca bahawasanya nukilan-nukilan tersebut juga seperti nukilan-nukilan kita Ahlus Sunnah. Dia mengatakan (pada hal. 19): “Hadits-hadits keutamaan tanah Husainiyyah (tanah Karbala) dan kesuciannya tidak terbatas pada hadits-hadits para Imam Ahlul Bait alaihimus salam kerana hadits-hadits yang serupa dengan hadits-hadits ini masyhur (terkenal) dan banyak terdapat dalam kitab-kitab induk firqah Islam yang lain dari jalan ulama-ulama dan rawi-rawi mereka. Di antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Suyuthi dalam kitabnya Al-Khasha`ishul Kubra bab Ikhbarun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biqatlil Husein alaihis salam. Dia meriwayatkan dalam kitab tersebut sekitar 20 hadits dari tokoh-tokoh yang terpercaya di kalangan mereka seperti Al-Hakim, Al-Baihaqi, Abu Nu’aim, At-Thabrani, Al-Haitsami dalam Al-Mujma’ (9:191) dan lain-lain dari perawi-perawi mereka yang terkenal.”

Wahai saudarakum muslim, ketahuilah bahawasanya tidak ada pada As-Suyuthi dan tidak pula pada Al-Haitsami satu hadits pun yang menunjukkan keutamaan tanah Al-Huseiniyyah (tanah Karbala) dan kesuciannya.

Setiap nukilan yang ada pada kitab-kitab tersebut yang sesuai kosa kata-kosa katanya sesungguhnya hanyalah berupa pengkhabaran Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang terbunuhnya Husein di tanah Karbala. Dan baru saja aku (As-Syaikh Al-Albani) paparkan intisari-intisari nukilan tersebut. Apakah kalian dapatkan pada kitab-kitab tersebut sebagaimana yang dinyatakan oleh Syi’ah ini (ARMS) pada risalahnya atas As-Suyuthi dan Al-Haitsami?

“Demi Allah, tidak! Tetapi, Syi’ah dalam mendukung kesesatan bid’ahnya menggunakan dalil yang lebih lemah dari sarang labah-labah. Dia (orang Syi’ah ini) terus menerus membuat pengkaburan terhadap para pembaca dan orang awam bahkan sampai berdusta atas nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.” Sebagaimana perkataannya pada hal. 13:

“Orang pertama yang menjadikan batu lapisan dari tanah untuk sujud di atasnya adalah Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam pada tahun ketiga Hijriah tatkala terjadi peperangan yang luar biasa antara kaum muslimin dan Quraisy pada perang Uhud dan gugur pada peperangan tersebut tokoh yang paling agung dalam Islam yaitu Hamzah bin Abdil Muthalib bapa saudara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepada para wanita Islam untuk berniyahah (meratap) atas kematian Hamzah tersebut pada setiap pertemuan. Perkara pemuliaan Hamzah ini berkembang sampai mereka (para shahabat) mengambil tanah kuburannya unntuk meminta berkah dan sujud di atasnya kerana Allah Ta’ala dan mereka membuat alat tasbih dari tanah tersebut sebagaimana yang terdapat dalam kitab Al-Ardhu wat Turbatul Husainiyyah. Dan para tabi’in melakukan yang demikian ini. di antaranya Al-Faqih…”

Kitab tersebut di atas (Al-Ardhu wat Turbatul Husainiyyah) merupakan bahagian dari kitab-kitab Syiah. Wahai pembaca yang mulia! Perhatikanlah! Bagaimana dia berdusta atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan pernyataannya bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang pertama yang menjadikan batu lapisan untuk sujud di atasnya. Selanjutnya tidaklah dia memaparkan (‘atsar) untuk menyokong pernyataannya tersebut kecuali kepada kedustaan yang lain, iaitu perintah Rasulullah kepada para wanita untuk meratapi kematian Hamzah pada setiap pertemuan, padahal tidak ada kaitan antara perintah niyahah ini –sekalipun shahih- dengan menjadikan batu lapisan untuk sujud di atasnya sebagaimana yang dinyatakan. Perintah niyahah ini tidak benar (tidak sah) dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bagaimana hal ini terjadi, padahal beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam membai’at para wanita agar mereka tidak berniyahah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan selain keduanya dari Umu ‘Athiyyah (lihat kitab kami Ahkamul Jana’iz hal. 28). Dan tampak bagiku bahawasanya dia (penulis) menyertakan kedustaan yang ketiga kepada kedustaan di atas, iaitu ucapannya tentang shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“… perkara tentang pemuliaan Hamzah ini berkembang sampai mereka (para shahabat) mengambil tanah kuburannya untuk meminta berkah dan sujud di atasnya kerana Allah Ta’ala…” Hal ini adalah kedustaan atas para shahabat radliallahu ‘anhum. Dan mustahil para shahabat mendekati pemujian berhala seperti ini. Cukup bagi pembaca melihat bukti kedustaan orang Syi’ah ini atas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para shahabatnya bahawasanya dia tidak bisa menisbatkan (menyandarkan) yang demikian ini kepada sumber yang ma’ruf dari sumber-sumber kaum muslimin kecuali kitab Al-Ardhu wat Turbatul Husainiyyah yang termasuk kitab-kitab orang-orang akhir di kalangan mereka dan tidak diketahui pengarangnya. Orang Syi’ah ini (ARMS) tidak berani menyebutkan nama pengarang kitab tersebut dan menutupi identitinya agar tidak terbuka kedoknya (kejelekan dan kesalahannya) dengan penyebutan nama pengarang tersebut yang hal ini sebagai sumber kedustaannya.

Penulis (ARMS) belum puas menyandarkan kedustaannya terhadap as-salaful awwal bahkan berlanjut kedustaan terhadap orang setelah mereka. Perhatikanlah lanjutan ucapannya di atas:

“Dan di antara mereka adalah Al-Faqih Al-Kabir Masruq bin Al-Ajda’ meninggal tahun 62 Hijriah, seorang tabi’i besar yang tergolong rijal shihah yang enam. Dia (Masruq) mengambil batu lapisan dari tanah Madinah Munawwarah dalam safar-safarnya untuk sujud di atasnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hafidh Imamus Sunnah Abu Bakar Ibnu Abi Syaibah dalam kitabnya Al-Mushannaf jilid 2 bab Man Kaana Yahmilu fis-Safiinah Syaian Yasjudu ‘Alaihi. Dia mengeluarkan (meriwayatkan)nya dengan dua sanad, bahwasanya Masruq apabila safar dalam perahu ia membawa batu lapisan dari Madinah Munawwarah untuk sujud di atasnya.

Aku (Syaikh Al-Albani) katakan: “Dalam ucapan ini banyak kedustaan:

1. Ucapannya: “Dia (Masruq) mengambil batu lapisan dalam safar-safarnya.” Ucapan safar ini mencakup safar di daratan dan ini menyelisihi atsar yang dia sebutkan (yaitu di laut –pent.)

2. Penetapan penulis bahwa Masruq melakukan demikian memberikan (makna) bahwa atsar tersebut tsabit dari Masruq padahal tidak demikian, bahkan dhaif munqathi’[6] sebagaimana akan datang penjelasannya.

3. Ucapannya: “… dengan dua sanad” adalah dusta. Sesungguhnya sanadnya hanya satu yang bersumber dari Ali Muhammad bin Siriin. Terjadi perselisihan tentang Ali Muhammad bin Siriin dalam atsar ini. Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dalam Al-Mushannaf (2/43/2) dari jalan Yazid bin Ibrahim dari Ibnu Siriin bahwa dia (Yazid) berkata: “Aku khabarkan bahwa Masruq membawa batu lapisan dalam perahu untuk sujud di atasnya.” Dan dari jalan Ibnu ‘Aun dari Muhammad bahwasanya Masruq apabila safar dalam perahu dia membawa batu lapisan untuk sujud di atasnya.”

Anda dapat melihat bahwa atsar yang pertama dari jalan Ibnu Siriin dan yang lain (kedua) dari jalan Muhammad yang dia itu tidak lain adalah Ibnu Siriin juga. Maka sanad ini pada hakikatnya satu sanad. Tetapi Yazid bin Ibrahim berkata darinya (Ibnu Siriin): “Aku khabarkan”. Dia (Yazid) menetapkan bahwa Ibnu Siriin melakukan demikian dengan perantaraan Masruq sedangkan Ibnu ‘Aun tidak menetapkan demikian. Masing-masing dari keduanya (Yazid bin Ibrahim dan Ibnu ‘Aun) tsiqah/terpercaya dalam periwayatan (‘atsar), hanya saja Yazid bin Ibrahim membawa tambahan ini (“Aku khabarkan”) dalam sanadnya. Maka tambahan tersebut diterima sebagaimana yang ditetapkan dalam Al-Musthalah (Ilmu Musthalah Hadits) bahwa: “Orang yang hafal sebagai hujjah atas orang yang belum hafal.” Dan atas dasar ini maka penyandaran perbuatan ini kepada Masruq adalah dhaif (lemah) yang tidak tegak hujjah dengannya kerana sumber atsar tersebut adalah satu rawi yang tidak disebut namanya (majhul). Maka tidak boleh penetapan dengan menisbatkan perbuatan tersebut pada Masruq radliallahu ‘anhu wa rahimahu sebagaimana yang dilakukan oleh orang Syi’ah ini (ARMS).

4. Orang Syi’ah ini (penulis/ARMS) telah memasukkan pada atsar ini tambahan yang tidak ada asalnya pada Al-Mushannaf yaitu ucapannya: “Dari tanah Madinah Munawwarah.” Tidak ada penyebutan tambahan ini pada masing-masing riwayat tersebut sebagaimana yang anda lihat.

Tahukah anda kenapa orang Syi’ah ini mengadakan tambahan dalam atsar ini? Telah jelas baginya bahwa pada atsar tersebut tidak ada dalil secara mutlak atas pengambilan batu lapisan dari bumi Al-Mubaarakah (Madinah Munawarah) untuk sujud di atasnya apabila dia membiarkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah. Oleh kerana itu ia sertakan tambahan ini pada atsar tersebut untuk mengelabui para pembaca bahwa Masruq rahimahullah menjadikan batu lapisan dari Madinah untuk sujud di atasnya dalam rangka minta barakah. Apabila hal ini tsabit ia sertakan pada atsar ini kebolehan menjadikan lapisan dari tanah Karbala dengan seluruh penyertaan sebagai bumi yang disucikan.

Apabila anda mengetahui bahawa yang dijadikan qiyas atasnya adalah batil dan tidak ada asalnya, melainkan hanya berupa rekaan (perbuatan bohong) orang Syi’ah tersebut (ARMS) maka anda mengetahui bahwa mengqiaskan kepadanya juga batil. Sebagaimana yang dikatakan dalam pepatah: “Tidak akan tegak (lurus) suatu bayangan sedangkan tongkat itu bengkok.”

Wahai pembaca yang mulia, perhatikanlah keberanian Syi’ah yang luar biasa atas pendustaan ini sampai mereka berdusta atas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam rangka mendukung kesesatan yang ada pada mereka. Perhatikan yang demikian ini, nescaya akan jelas bagi anda kebenaran orang yang mensifati mereka dari kalangan aimmah dengan ucapan: “Sedusta-dusta kelompok adalah Rafidlah (Syi’ah Rafidhah).”
Termasuk kedustaan-kedustaan adalah ucapannya (halaman 9): “Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari (!) (1/331) bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci solat di atas sesuatu yang bukan tanah.”

Perkataan ini adalah dusta dari dua sisi:

1. Tidak terdapat dalam shahih Bukhari lafadz ini, tidak dari beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak pula dari kalangan salaf.
2. Atsar tersebut disebutkan oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Syarhihi ala Al-Bukhari (1/388-cetakan al-Bahiyyah) dari ‘Urwah dia berkata: “Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari ‘Urwah dan Az-Zubair bahwasanya dia membenci solat atas sesuatu yang bukan selain tanah.”

(Diterjemahkan oleh al Faqir ila maghfiratil Jaliil Abu Sa’id Hamzah bin Halil dari Kitab Silsilah Al-Ahadits As-Shahihah/Al-Albani jilid 3 hal. 162-166)

Sumber: Majalah SALAFY edisi VIII/Rabi’ul Awwal/1417/1996
 

4 comments:

  1. Terima Kasih artikelnya..
    Ini yg saya cari..
    mohon juga dibahas/ dibantah juga tentang lebih utamanya shalat dengan tangan tidak bersedekap/ tidak dilipat setelah takbir. apakah ini juga di'iyakan' oleh maliki?.

    http://mantankyainu.blogspot.com/2010/12/salat-tanpa-sedekap.html

    http://syiahali.wordpress.com/2011/10/08/dalil-nabi-tidak-shalat-bersedekap/

    Ditunggu jawaban dari ustad
    jazzakallah

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dengan Hadits-hadits yang menjelaskan tentang sujudnya Rasulullâh Saw adalah sebagai berikut:

    1. Abî Sa'îd al-Khudrî berkata, ”Aku masuk menjumpai Rasulullâh Saw. Ketika itu beliau sujud di atas hasîr, yaitu tikar yang terbuat dari daun". Silakan cek Sunan al-Baihaqî, jilid 2, hal. 421 pada Kitâbus Salât dalam Bâbus Salâh 'alâl Hasîr;

    2. Anas bin Mâlik dan Ibnu 'Abbâs dan sebagian istri-istri Rasulullâh Saw seperti 'Âisyah, Ummu Salamah dan Maîmunah meriwayatkan suatu hadits, yaitu Rasulullâh Saw biasa melakukan salât di atas humrah, yaitu sejenis tikar yang ditenun dari daun kurma". Silakan cek Sunan Ibnu Mâjah, jilid 1, hal. 328 pada Bâbus Salât 'alâl humrah dan juga lihat Sunan Al-Baihaqî, jilid 2, hal 421 dan Musnad Ahmad bin Hanbal jilid 1, hal.40;

    3. Abî Sa'îd al-Khudrî meriwayatkan, ”Aku melihat Rasulullâh Saw salât di atas tikar dan beliau sujud di atas tikar tersebut”. Silakan cek Sîratunâ wa Sunnatunâ pada hal. 130 yang menukil dari Sahih Muslim;

    4. 'Âisyah ra berkata, ”Bahwa Rasulullâh Saw mempunyai tikar dan beliau biasa menggelar dan salât di atasnya”. Silakan cek Fathul Bârî, jilid 1 hal. 413.;

    5. Anas bin Mâlik meriwayatkan dan ia berkata, ”Rasulullâh Saw salât di atas humrah dan sujud di atas humrah tersebut”. Silakan cek Lihat Al-Mu'jamul Ausat was Saghîr oleh Tabrani;

    6. Anas juga meriwayatkan dan berkata, ”Rasulullâh Saw adalah insan yang mempunyai akhlak yang paripurna. Pernah suatu ketika datang waktu salat beliau berada di rumah kami. Ketika itu di rumah kami ada sebuah tikar kemudian beliau menyapu dan membersihkan tikar itu dan mengimami salât, lalu kami pun salât di belakang beliau dan tikar yang dipakai itu terbuat dari pelepah kurma”. Silakan cek Sahih Muslim, jilid 1, hal. 457 dan Sunan Al-Baihaqî, jilid 3 hal 436;

    7. Bukhârî, Muslim dan Ahmad meriwayatkan sebuah hadits dari Anas. Mereka berkata, ”Maka kemudian aku berdiri menuju ke tikar yang sudah menghitam karena sudah lamanya dipakai. Kemudian kami bersihkan tikar itu dengan air. Kemudian Rasulullâh Saw berdiri dan melakukan salât berjamaah bersama kami”. Silakan cek Lihat Sahih al- Bukhârî, jilid 1, hal.107 dan Sahih Muslim, jilid 1 hal. 457;

    8. Abî Sa'îd al-Khudrî bahwa dia pernah masuk menjumpai Rasulullâh Saw dan menemukan Rasulullâlh Saw sedang salât di atas tikar dan beliau salât di atasnya. Silakan cek Lihat Sahih Muslim, jilid 1, hal 458.

    9. Anas bin Mâlik meriwayatkan satu hadits, ia berkata, ”Pernah Rasulullâh Saw mengunjungi rumah Ummu Sulaîm ketika tiba waktu salât, beliau melakukan salât di atas tikar yang kami miliki. Tikar itu beliau bersihkan dengan air”. Silakan cek At-Tabaqâtul Kubrâ , jilid 8 hal 312.

    Mohon penjelasannya, terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Ini soal khilafiyah bukan pokok agama, pertanyaan senderhana apakah nabi dan sahabat waktu itu sholat di masjid nabi diatas tanah atau kain atau tikar? Mana lebi utama sujud diatas tanah atau di atas kain atau karpet? Apa sama tikar yg digunakan nabi bersujud dengan kain dan karpet? Klo sujud diatas tanah lebih baik sunnah atau dibolehkan apa masalah sujud di atas turba Karbala? Dalil hadist dan pendapat imam syafi'i, kata ardi bisa di interpretasi bumi ya tanah tapi fakta masjid nabi di waktu itu sujud diatas tanah sepakat tak terbantahkan.

    ReplyDelete
  4. Ini soal khilafiyah bukan pokok agama, pertanyaan senderhana apakah nabi dan sahabat waktu itu sholat di masjid nabi diatas tanah atau kain atau tikar? Mana lebi utama sujud diatas tanah atau di atas kain atau karpet? Apa sama tikar yg digunakan nabi bersujud dengan kain dan karpet? Klo sujud diatas tanah lebih baik sunnah atau dibolehkan apa masalah sujud di atas turba Karbala? Dalil hadist dan pendapat imam syafi'i, kata ardi bisa di interpretasi bumi ya tanah tapi fakta masjid nabi di waktu itu sujud diatas tanah sepakat tak terbantahkan.

    ReplyDelete