Pages

Monday, October 1, 2012

"Nasihat Gadis Melayu yang pernah terperangkap dengan lelaki Syiah".



"Nasihat Gadis Melayu yang pernah terperangkap dengan lelaki Syiah".

Assalammualaikum...

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya bertunang dengan lelaki Syiah. Semasa mempunyai hubungan, dia mengajar saya berselawat, nikah muta’ah, solat 2 waktu dalam 1 masa, serta cara dan bacaan dalam solat, contoh solat 2 waktu yang dimaksudkan ialah zohor+asar / maghrib+isyak, ia sama seperti kita melaku
kan solat jamak, tapi golongan syiah ini mereka lakukannya setiap hari. Cara solat yang dia ajarkan kepada saya tangan tidak seperti biasa tapi disisi, bacaan mereka juga lain daripada yang biasa kita baca dalam solat.

Selawat yang diajar oleh dia pada saya “Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ali Muhammad”. Katanya pada saya jangan percaya sahabat-sahabat nabi tapi percaya ahli keluarga nabi Muhammad S.A.W sahaja.

Nikah muta’ah pula cuma kami berdua tiada saksi dan wali, mahar dan tempoh ditetapkan oleh saya, begitu juga lafaz cerai, dalam tempoh muta’ah saya tidak dibenarkan berhubungan dengan lelaki lain dan dalam masa yang sama dia boleh nikah dengan mana-mana perempuan.

Bab pemakanan, mereka tidak makan makanan seperti siput sedut, sotong, ketam, kerang dan pari, katanya kotor sebab lumpuh, sotong pula ada racun.

Lagi 1 yang saya ingin kongsikan mereka ni tak pergi Solat Jumaat dan Solat Tarawih. Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan.
Kepada wanita-wanita diluar sana atau yang sedang membaca, saya harap anda selidik dahulu siapa bakal pasangan anda sebelum hubungan pergi lebih jauh dengan mereka, perhatikan cara mereka solat dan tidak makan makanan yang saya senaraikan tadi.

*Pihak admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada wanita yang ikhlas berkongsi pengalamannya.


No comments:

Post a Comment