Pages

Wednesday, November 7, 2012

[Fatwa Ulama'] Ciri-Ciri Khusus Wanita Salafiyyah

Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’i
Terjemahan: http://taysirulziwaj.blogspot.com
ما هي خصائص المرأة السلفية ؟
Apakah Ciri-Ciri Khusus Wanita Salafiyyah?

أنها تتمسك بكتاب الله وبسنة رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم في حدود ما تستطيع على فهم السلف الصالح
1. Ia berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wa ala aalihi wa sallam dalam hukum-hukum sesuai dengan kemampuannya dengan pemahaman Salafush Soleh
وينبغي لها أيضا أن تتعامل مع المسلمين معاملة طيبة بل ومع الكافرين ،فإن الله عزوجل يقول في كتابه الكريم : (وقولوا للناس) حسناالبقرة83 ، ويقول : (إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها) النساء58، ويقول أيضا : (وإذا قلتم فاعدلوا) الأنعام 158 ، ويقول سبحانه وتعالى : (يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين بالقسط شهداء لله ولو على أنفسكم أو الوالدين والأقربين إن يكن غنيا أو فقيرا فالله أولى بهما فلا تتبعوا الهوى أن تعدلوا وإن تلووا أو تعرضوا فإن الله بما تعملون خبيرا) النساء 135
2. “Dan juga selayaknya baginya untuk bermuamalah dengan sesama muslim dengan muamalah yang baik, bahkan kepada orang-orang kafir. 

Allah azza wa jalla berfirman dalam kitab-Nya yang mulia : “Serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia” (Al-Baqarah : 83). Dan firman Allah: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya…” (an-nissa 58).

Dan juga firman-Nya: “Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil “ (Al-An’am : 158).
Dan firman Allah subhanahu wa ta’ala: “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.” (An-Nisa’ : 135)”
كما أنه يجب عليها أن تلازم اللباس الإسلامي وأن تبتعد عن التشبه بأعداء الإسلام ، روى الإمام أحمد في مسنده من حديث عبدالله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم : ” من تشبه بقوم فهو منهم ”
.ورب العزة يقول في شأن اللباس : (يا أيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن ذلك أدنى أن يُعرفن فلا يُؤذين) الأحزاب 59
وروى الترمذي في جامعه من حديث عبدالله بن مسعود رضي الله تعالى عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم : ” المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان”
3. Wajib baginya untuk mengenakan pakaian yang Islami dan menjauhkan diri dari tasyabbuh (menyerupai) terhadap musuh-musuh Islam. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dari hadis Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma dia berkata : Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk dari kaum tersebut.”.

Dan firman Allah tentang pakaian: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzaab 33:59)

Dan diriwayatkan dari at-Tirmidzi dalam Jami’nya dari hadis Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu anhu ta’ala, dia berkata : Rasulullah sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam bersabda : “Wanita itu aurat apabila dia keluar maka syaitan akan memperindahkannya (mata lelaki).”

وننصحها أن تُحسن إلى زوجها إذا أرادت الحياة السعيدة فإن النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم يقول : ” إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأبت لعنتها الملائكة ” متفق عليه . وفي صحيح مسلم : ” إلا كان الذي في السماء غاضبا عليها
4. “Dan kami nasihatkan kepadanya untuk berbuat baik kepada suaminya jika ia menghendaki kehidupan yang bahagia. Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda : “Bila seseorang mengajak isterinya ke tempat tidurnya (untuk berhubungan), dan ia menolak untuk memenuhinya, maka ia dilaknat oleh malaikat.” (Muttafaqun alaihi). Dan dalam riwayat Muslim : “melainkan yang di langit akan murka kepadanya.
 
وهكذا أيضا تقوم برعاية أبنائها رعاية إسلامية فقد روى البخاري ومسلم في صحيحيهما من حديث عبدالله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم : ” كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته ” وذكر المرأة أنها : ” راعية في بيت زوجها ومسؤولة عن رعيتها “
وفي الصحيحين من حديث معقل بن يسار رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم : ” ما من راع يسترعيه الله رعيه ، ثم لم يحطها بنصحه إلا لن يجد رائحة الجنة ” فلا ينبغي أن تشغلها الدعوة عن تربية أبنائها
5. Dia juga harus mendidik anak-anaknya dengan pendidikan yang islami. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam sahihnya dari hadis Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, dia berkata : Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : “Setiap kalian adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggung-jawaban tentang kepemimpinannya”. 

Dan menyebutkan tentang wanita bahwasanya dia : “Pemimpin di rumah suaminya dan akan dimintai pertanggungjawaban tentang kepemimpinannya.”

Dan dalam Sahihain dari hadis Ma’qil bin Yasar radhiyallahu anhu dia berkata : Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : “Berapa banyak seorang pemimpin yang diberikan amanah oleh Allah untuk memimpin kemudian ia tidak menjaganya dengan memberi nasihat kepadanya, kecuali dia tidak mendapatkan bau surga.”. Maka tidak sepatutnya baginya lebih menyibukkan diri dalam berdakwah daripada mendidik anak-anaknya.”

كما أنه ينبغي لها أن ترض بما حكم الله من تفضيل الرجل على المرأة ، يقول سبحانه وتعالى : (ولا تتمنوا ما فضل الله به بعضكم على بعض) النساء32، ويقول سبحانه وتعالى : (الرجال قوامون على النساء بما فضل الله به بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أموالهم فالصالحات قانتات حافظات للغيب بما حفظ الله واللاتي تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن في المضاجع واضربوهن فإن اطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا) النساء 34
وفي الصحيحين من حديث أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم : ” استوصوا بالنساء خيرا فإنهن خُلقن من ضِلع ، وإن أعوج ما في الضِلع أعلاه ، فإن ذهبت تقيمه كسرته ، وإن تركته لم يزل به عوج “
فينبغي للمرأة أن تصبر على ما قدّر الله لها من تفضيل الرجل عليها وليس معناه أن يستعبدها ، الرسول صلى الله عليه وعلى آله وسلم يقول – كما في جامع الترمذي : ” استوصوا بالنساء خيرا ، فإنما هن عوان عندكم ، لاتملكون منهن غير ذلك ألا وإن لكم في نساءكم حقا ، ألا وإن لنسائكم عليكم حقا ، فحقكم عليهن أن لا يوطئن فرشكم من تكرهون ولا يأذنّ في بيوتكم من تكرهون ، وحقهن عليكم أن تحسنوا إليهن في طعامهن وكسوتهن ” وفي السنن ومسند الإمام أحمد من حديث معاوية بن حيدة أن رجلا قال : يا رسول الله ما حق زوج أحدنا عليه ؟ قال : ” أن تطعمها إذا أطعمت ، وتكسوها إذا اكتسيت ، ولا تضرب الوجه ولا تقبح ، ولا تهجر إلا في البيت ”
6. “Selayaknya baginya untuk redha terhadap hukum Allah tentang keutamaan laki-laki atas wanita, sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala : “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain” (An-Nisa’ : 32)

Dan firman Allah : “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka) Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya“ (An-Nisa’ : 34)

Dan dalam kitab sahihain dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu anhu, dia berkata : Rasulullah sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam bersabda : “Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya, jika dibiarkan maka ia akan tetap bengkok. ” (Muttafaq ‘alaih)

Maka selayaknya bagi seorang wanita harus bersabar terhadap apa yang ditakdirkan Allah atasnya dari keutamaan laki-laki atasnya. Akan tetapi maknanya bukanlah memperhambakannya. 

 Rasul sallallahu alaihi wa sallam bersabda dalam Jami’ at-Tirmidzi : “Hendaklah kalian berbuat baik kepada wanita. Kerana mereka laksana tawanan kalian. Kalian tidak berkuasa terhadap mereka sedikitpun selain itu. Ketahuilah bahawa kalian mempunyai hak-hak yang wajib dipenuhi oleh isteri-isteri kalian, dan mereka juga mempunyai hak yang wajib kalian penuhi. Adapun hak kalian yang wajib dipenuhi oleh isteri kalian adalah mereka tidak boleh mengizinkan seorangpun berada di tempat tidur kalian dan tidak mengizinkan masuk ke dalam rumah kalian orang yang kalian benci. Sedangkan hak istri kalian yang wajib kalian penuhi adalah memberikan makanan dan pakaian kepada mereka dengan baik “

Dan dalam Kitab Sunan dan Musnad Imam Ahmad dari hadits Mu’awiyah bin Haidah, bahawa seorang laki-laki bertanya: “Wahai Rasulullah apakah hak isteri salah seorang dari kami terhadap kami?” Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam menjawab : “Kamu memberinya makan jika kamu makan, kamu berikan pakaian kepadanya jika kamu berpakaian, jangan memukul wajahnya, jangan menjelek-jelekkannya, dan janganlah kamu meninggalkannya kecuali di dalam rumah.”

Penutup dari Syaikh:
فماذا- بارك الله فيكم – فينبغي أن نتعاون جميعا على الخير ، الرجل يعامل امرأته معاملة إسلامية ويعينها على طلب العلم ويعينها على الدعوة إلى الله ، والمرأة تعامل زوجها معاملة إسلامية وتعينه على العلم وعلى الدعوة إلى الله وعلى حسن التدبير لما في البيت ، فإن الله عزوجل يقول : (وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان) المائدة
“Maka – Semoga Allah memberkati kalian- Seharusnya kita semua tolong-menolong dalam kebaikan, laki-laki bergaul dengan isterinya dengan pergaulan yang Islami serta menolongnya dalam menuntut ilmu dan dakwah kepada Allah, dan begitu juga isteri bergaul dengan suaminya dengan pergaulan yang Islami serta menolongnya dalam menuntut ilmu dan dakwah kepada Allah, dan juga dalam pengaturan yang baik terhadap apa-apa yang berhubungan dengan rumah. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman : “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Al-Ma’idah : 2)”
والله المستعان
Wallahul Musta’an.

 http://www.1aqidah.net/v2/fatwa-ulama-ciri-ciri-khusus-wanita-salafiyyah/
--------------------------------------------
الشيخ :الشيخ مقبل بن هادي الوادعي رحمه الله
تاريخ الإضافةالثلاثاء 15/ جماد أول /1429هـ   
 عدد المشاهدات 607 | عدد مرات الإرسال 2

No comments:

Post a Comment