Pages

Monday, November 5, 2012

Larangan menbangunkan kubur dan tidak dikapur/disemen...



Muhammad bin Idriis Asy-Syaafi’iy rahimahullah berkata :

وأحب أن لا يبنى ولا يجصص فإن ذلك يشبه الزينة والخيلاء وليس الموت موضع واحد منهما ولم أر قبور المهاجرين والانصار مجصصة ......

“Dan aku senang jika kubur tidak dibangun dan tidak dikapur/disemen, karena hal itu menyerupai perhiasan dan kesombongan. Orang yang mati bukanlah tempat untuk salah satu di antara keduanya. Dan aku pun tidak pernah melihat kubur orang-orang Muhaajiriin dan Anshaar dikapur..... ” [Al-Umm, 1/316].
 
  Pada kata-kata Imam syafie rahimahullah dapat kita ambil pelajaran iaitu:

1. Brangsiapa apabila membangunkan kubur dan dikapur atau disemen ia telah menyerupai perhiasan dan kesombongan.

2. Imam syafie rahimahullah mengambil tauladan dari para sahaba
t ridwanullahu ajma'in bahwasanya mereka tidak menghias kubur pada zaman mereka dan berbangga bangga dgn perhiasan kuburan kerana mereka faham bahwasanya itu dari sifat kesombongan...
 
 An-Nawawiy rahimahullah berkata :

فيه أن السنة أن القبر لا يرفع على الأرض رفعاً كثيراً ولا يسنم بل يرفع نحو شبر ويسطح وهذا مذهب الشافعي ومن وافقه،

“Pada hadits tersebut terdapat keterangan bahwa yang disunnahkan kubur tidak terlalu ditinggikan di ata
s permukaan tanah dan tidak dibentuk seperti punuk onta, akan tetapi hanya ditinggikan seukuran sejengkal dan meratakannya. Ini adalah madzhab Asy-Syaafi’iy dan orang-orang yang sepakat dengan beliau” [Syarh An-Nawawiy ‘alaa Shahih Muslim, 3/36].

Di tempat lain ia berkata :

وَاتَّفَقَتْ نُصُوصُ الشَّافِعِيِّ وَالْأَصْحَابِ عَلَى كَرَاهَةِ بِنَاءِ مَسْجِدٍ عَلَى الْقَبْرِ سَوَاءٌ كَانَ الْمَيِّتُ مَشْهُورًا بِالصَّلَاحِ أَوْ غَيْرِهِ لِعُمُومِ الْأَحَادِيثِ

“Nash-nash dari Asy-Syaafi’iy dan para shahabatnya telah sepakat tentang dibencinya membangun masjid di atas kubur. Sama saja, apakah si mayit masyhur dengan keshalihannya ataupun tidak berdasarkan keumuman hadits-haditsnya” [Al-Majmuu’, 5/316].
 
 
-------------------------------------------------
 

  •  Kalaulah orang2 yang claim diri mereka bermazhab shafie betol2 belajar kitab2 dan fatwa2 imam shafie, pasti mereka sedar terdapat banyak perbezaan dengan amalan yang mereka lakukan sekarang..

No comments:

Post a Comment