Pages

Tuesday, November 6, 2012

[Q&A] Perlukah Berwudhu’ Selepas Mandi Wajib


 
Name: Zainal Ariffin Ashari

Soalan: Adakah saya perlu utk mengambil wudhu’ selepas mandi hadas besar utk bersolat?

Jawapan:

Ustaz Idris bin Sulaiman Hafizahullah menjawab:

Tidak perlu mengambil wuduk selepas Mandi Hadis Besar. Ini kerana dengan Niat Mandi Hadas Besar, ia akan mengangkat kedua Hadas Besar dan Hadas Kecil. Hal ini berdasarkan firman Allah:
وَإِن كُنتُمْ جُنُباً فَاطَّهَّرُواْ
Dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib” (Al-Ma’idah, ayat 6)

Allah Ta’ala dalam ayat di atas hanya mewajibkan bagi orang yang berHadas Besar supaya Mandi Wajib dan tidak pula menyebutkan tentang perlunya berwuduk sesudah Mandi Wajib itu.

Bahkan dalam Sunnah tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa Nabi sallalahu alaihi wasallam berwuduk sesudah Mandi Wajib.

Walaubagaimanapun, afdalnya seseorang itu berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah sallalahu alaihi wasallam. Cuma wuduk ini menurut para Ulama hukumnya sunat dan bukan wajib.

Tetapi harus diingat bahawa ketika Mandi Hadas Besar perlu berkumur-kumur dan memasukkan air dalam hidung kerana kedua-duanya termasuk dalam anggota yang wajib dibasuh ketika Mandi Wajib.

Ini yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Arab Saudi di bawah pimpinan Syeikh Abdulaziz Bin Baz rahimahullah (Fatwa No. 4213) begitu juga dengan fatwa Syeikh Muhammad Saleh Al-Uthaimin rahimahullah (Himpunan Fatwa Syeikh Uthaimin No. 180).

Wallahu a’lam.

~ June 11, 2012 by admin in Persoalan Fiqh,

No comments:

Post a Comment