Pages

Wednesday, December 5, 2012

BIARLAH DENGAN BUKU DARIPADA BERGURU TETAPI.....

BIARLAH DENGAN BUKU DARIPADA BERGURU TETAPI.....



Oleh: Mohd Hairi Nonchi @ Cikgu Arie

Kami difitnah kerana kononnya belajar agama hanya melalui buku (padahal kami juga memiliki guru). Maka kami jawab:

1- Tidak mengapa kami belajar dengan buku selagimana buku itu mengandungi maklumat yang sahih di sisi al-Qur'an dan as-Sunnah sesuai dengan kefahaman dan amalan para sahabat.

2- Tidak mengapa kami belajar dengan buku selagimana buku itu tidak mengajari kami untuk merasa megah diri, ujub lagi takbur dengan ilmu yang ada.

3- Tidak mengapa kami belajar dengan buku selagimana buku itu tidak mengajari kami untuk memutarbelit fakta agama dan menyembunyikan kebenaran, padahal kami mengetahuinya.

4- Tidak mengapa kami belajar dengan buku selagimana buku itu tidak mendidik kami untuk mudah mengeluarkan perkataan kesat lagi kotor kepada sesama umat Islam.

Apalah ertinya memiliki sekian banyak guru akan tetapi:

1- Guru itu menyampaikan maklumat yang salah tentang agama dan sengaja menyembunyikan kebenaran.

2- Guru itu gagal mendidik kami untuk menjadi insan yang tawadhuk / rendah diri dengan ilmu dan kedudukan yang diberikan Allah. Sebaliknya membiarkan kami berlaku takbur lagi ujub kerana memiliki sekian banyak guru dan title sebagai 'orang agama'.

3- Guru itu gagal mengajari kami untuk berkata lunak lagi beradab kepada sesama manusia. Sebaliknya membiarkan kami melontarkan kata-kata yang kasar, kotor lagi biadap, seakan-akan
ia menjadi kebiasaan dan mainan lidah kami.
------------------------------------------------

* Kata belajar agama, memiliki ramai guru agama tetapi mulut sangat celupar mengeluarkan perkataan kesat seperti 'bodoh', 'babi', 'sial' dan seumpama kepada umat Islam. Bahkan diserikan lagi dengan memek muka semacam hendak membunuh orang. Inikah lidah dan wajah orang yang belajar agama?
Tak usahlah takbur dan merasa megah dengan bilangan sijil berdozen dan rapinya jubah agamamu itu, lidahmu yang kotor itu sudah memaparkan sifat hatimu. Sijil dan title agamawanmu itu bukanlah wadah tumpahnya redha Allah.

~Muhasabah~
*WAJIB BERGURU 24 JAM?
Sungguh munafiq orang yang mewajibkan setiap umat Islam belajar agamanya 100% melalui guru padahal dia sendiri belum tentu memperolehi ilmu agama 100% secara talaqqi berhadapan dengan guru.

Apakah setiap inci amalan dan perkataan mereka itu didapati 100% daripada guru, tidak sedikit pun melalui pembacaan? Guru manakah yang boleh mensyarahkan setiap huruf dalam kitab dan duduk 24 jam bersama muridnya?

Peliknya tidak pernah kedengaran daripada golongan pendusta ini yang lebih keras tentangannya terhadap orang yang membaca novel cinta, majalah, buku kartun dan seumpama yang jelas penuh maksiat dan membuang masa melebihi kebencian mereka terhadap golongan yang mengisi masa lapangnya dengan membaca buku agama. Siapakah yang mendorong kebencian mereka ini jika bukan syaitan di sebaliknya?

*Iyya! Kami tetap mengatakan keperluan untuk berguru dalam mempelajari ilmu agama. Namun ini tidak menafikan kami untuk membudayakan amalan membaca, apatah lagi buku-buku yang di dalamnya terdapat kalam Allah dan Rasul-Nya yang mulia serta para sahabat yang diredhai-Nya.
 by Mohd Hairi Nonchi on Thursday, December 6, 2012 at 2:06am ·

No comments:

Post a Comment