Pages

Monday, December 31, 2012

SALAF TIDAK DISANDARKAN KEPADA MASA ATAU TARIKH




Kalau maksud salaf disandarkan kepada masa atau tarikh maka marhalah salaf telah berlalu dengan kematian mereka iaitu mereka yang hidup dikurun generasi pertama (sahabat) dikurun kedua (tabi’in) dan dikurun ketiga (dizaman para tabi’ut at-tabi’in). Namun jika disandarkan kepada manhaj maka salaf, salafi atau salafiyah kekal berterusan sehingga ke Hari Kiamat.

Tetap sah, diterima dan dianggap sebagai salafi setiap individu apabila menasabkan (menyandarkan) susur galur akidah, ibadah, akhlak atau amal mereka kepada para salaf yang telah berlalu setelah memenuhi syarat-syarat, tuntutan dan komited kepada prinsip manhaj salafi. Hakikat ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:


لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ اُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الْحَقِّ ، لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ ، حَتَّى يَاْتِيَ اَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ.

“Akan sentiasa ada satu golongan (kelompok) dari umat ini, yang terang-terangan di atas kebenaran, tidak akan membahayakan mereka sesiapa yang menentang mereka sehinggalah datang urusan Allah sedangkan mereka masih tetap seperti itu (meniti di atas manhaj salaf yang benar)”.[1]

Hadis di atas ini adalah khabar dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Melalui sabdanya inilah baginda memberi khabar dan keyakinan kepada orang-orang yang beriman bahawa golongan Salaf as-Soleh akan sentiasa ada disetiap generasi dan zaman sehinggalah ke Hari Kiamat.


-----------------------------------------------------------------------------------------

[1] . H/R Muslim 3/1523. Kitab al-Imarah.

~ Oleh : Abu Farouq

No comments:

Post a Comment