Pages

Thursday, January 31, 2013

Bacalah Al Quran kerana sesungguhnya ia adalah zikir yang terbaik..


Bismillaah

Sesungguhnya didalam Al Quran Al Kareem terdapat 240 rubu' (suku) untuk mempermudahkan kita membaca and berhenti bacaan. Setiap rubu' itu tidaklah panjang hanya antara 1 setengah hingga 3 mukasurat.

Jika seseorang melazimi and beristiqamah membaca setiap hari satu rubu' maka insyaAllah seseorang itu akan mengkhatamkan Al Quran setiap 8 bulan. Bagi wanita mungkin lewat sedikit tetapi tidak mustahil setiap tahun kita boleh mengkhatamkanAl Quran. Bagi mereka yang mahir membaca Al Quran mungkin lebih lagi boleh kita mengkhatamkannya.

Pernahkan anda mengkhatamkan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda ???

Adalah sesuatu yang sungguh mengaibkan dan amat memalukan jika seseorang itu tidak pernah sekalipun didalam hidupnya mengkhatamkan Al Quran ... tidakkah begitu ?

Masa yang diamanahkan Allah kepada seseorang itu dihabiskan berfoya-foya, melakukan BID'AH, sibuk bermaulid, sibuk berDiba'i, sibuk berzikir bergoyang sambil menari. Sibuk mencari harta bertimbun, sibuk mengumpat mencari kesalahan orang lain, sibuk menjadi polis manhaj kononnya manhaj dia sahaja yang betul. 
 
Ada yang berhenti mengaji Al Quran kerana sering sukar baca, ada yang berhenti mengaji Al Quran kerana sering ditegur Ustadz/Ustadzah kerana salah baca, ada yang berhenti mengaji Al Quran kerana rasa dia lebih baik dari guru dan banyak lagi karenah-karenah mereka. Ini semua manusia yang bodoh lagi jahil, manusia yang rugi sepanjang hayat.

Malah mereka akan sibuk membaca Al Quran bila ada kematian atau rumah dimasuki makhluk halus (hantu) atau terkena rasukan syaithan. Masa inilah mereka berhempas pulas mencari Ustadz untuk menghalau makhkuk tersebut. Lebih malang lagi, mereka mencari 'para tidak normal' yakni bomoh-bomoh.

Para Sahabat Rasulullaah SAW, para salafussalih, mengkhatamkan Al Quran setiap minggu yakni setiap hari Jumaat.
Rujuk kitab, Mabahith Fee Ulumil Quran oleh Syaikh Dr Manna' Al Qattan.

Bacalah Al Quran kerana sesungguhnya ia adalah zikir yang terbaik, ialah adalah nur. Ia adalah Kalamullah yang terpelihara dari sebarang noda. Hati-hati akan menjadi tenang dengan Al Quran.

"Sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar Al Quran dan mengajarkannya."
Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Berusahalah belajar Al Quran, ilmu Tajwid and perelokkan bacaan anda. Carilah guru yang muktabar lagi bersanad sahih dalam bidang Al Quran. Bukanlah sembarang orang boleh menjadi guru Al Quran, kecuali mereka yang bersanad sahih.

Bacalah hanya Al Quran Rasm Uthmani sahaja, tidak dibenarkan membaca Al Quran kecuali dengan Rasmi Uthmani. Mana-mana Al Quran yang tidak menuruti kaedah Al Quran Rasm Uthmani maka diharamkan mengunanya, sesuai dengan fatwa Imam Malik.
Rujuk kitab Tajwid, oleh Syaikh Abdul Qadir Leong.

Semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang senantiasa membaca dan mengamalkan isi Al Quran Al Kareem.

Allaahul musta'aan.
 

No comments:

Post a Comment