Pages

Wednesday, January 23, 2013

Bila Ibrahim Ali Seru Supaya Bible Ada KALIMAH ALLAH Dibakar…


gambar-bakar-injil-bible-malaysia-bible-burning-in-malaysia
Rupa-rupanya pecacai Pakatan Rakyat jenis yang boleh memberikan reaksi. Bagaimanapun, reaksi mereka hanya membabitkan kepentingan kaum bukan Islam. Apabila menyentuh tentang Islam dan umatnya di Malaysia, mereka biasanya menutup mulut, memekakkan telinga dan menghijabkan hati masing-masing. Malah mereka tercari-cari pula alasan untuk membenarkan penghinaan serta perlecehan terhadap umat Islam atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.
Polemik dan kontroversi KALIMAH ALLAH yang dicetuskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Natal dan Tahun Baru, beberapa minggu lepas, telah dijadikan oleh pecacai Pakatan Rakyat untuk menutup beberapa skandal yang memalukan termasuklah pembalakan rakus, penyelewengan tanah serta pemindahan milik tanah oleh PAS Kelantan kepada dua orang pemimpin tertinggi DAP Perak.



marah karpal


Walaupun kelihatan berjaya, namun Lim Guan dan DAP yang sekarang ini hanya memerhatikan sahaja apa yang berlaku sambil bertepuk tangan, dan bergelak tawa.

Paling kalam-kabut adalah para pemimpin dan penyokong PAS. PAS terbahagi kepada dua iaitu satu menyokong keinginan Lim Guan Eng dengan alasan, umat Islam yang telah diperkukuhkan dengan Islam tidak akan berpaling ke arah agama lain. Manakala satu lagi golongan PAS berpendapat, KALIMAH ALLAH adalah eksklusif untuk umat Islam berdasarkan Perlembagaan dan keadaan negara Malaysia serta wajib dipertahankan fundamental itu.

DAP melihat penyatuan pendapat umat Islam apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan pada 14 Januari sebagai sesuatu yang amat merbahaya. Lantas dengan menggunakan ANJING BESARnya, Karpal Singh, DAP cuba menyemarakkan semula polemik berkenaan. Apatah lagi, semakin banyak pula pendedahan berhubung masalah dalaman DAP, terutama sekali yang membabitkan pemilihan CEC yang dipertikaikan oleh ahli-ahli DAP sendiri.

Untuk itu, DAP cuba mencari jalan lain bagi meneruskan semula motif kewujudan DAP di Malaysia sendiri.
Kenyataan berapi daripada Ibrahim Ali, cuba dimanipulasikan oleh DAP. Sekalipun, berdasarkan kata-katanya, Ibrahim Ali memberikan kenyataan yang dilihat seperti satu provokasi dengan UGUTAN akan membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan KALIMAH ALLAH yang ditemui di Semenanjung, hakikatnya, Ibrahim Ali tidak akan melakukannya sama sekali.

Bukan kerana Ibrahim Ali atau PERKASA dari jenis penakut seperti Anwar Ibrahim yang hanya berani bercakap tetapi tidak pernah berani melakukannya, sebaliknya kerana Ibrahim Ali dan PERKASA amat arif dengan undang-undang serta peraturan di negara ini yang mana Ibrahim Ali sendiri merupakan orang yang terlibat dalam penggubalan akta atau undang-undang.
edar bible

DAP dan PKR melihat PERKASA sebagai entiti UMNO walaupun hakikatnya PERKASA dan UMNO adalah dua entiti yang terpisah dengan Ibrahim Ali sendiri merupakan ahli UMNO yang dipecat dan tidak lagi memohon untuk menjadi ahli UMNO.

Menariknya, dalam kes ini, DAP tidak pula memperhatikan perbuatan dan tindak tanduk mereka sendiri. Apabila umat Islam membantah keras penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam Bible versi Bahasa Melayu, DAP telah mengarahkan sebilangan pemimpin PAS untuk mempertahankan tuntutan mereka. Kemarahan umat Islam, segera dilabelkan sebagai RASIS dan KETERLALUAN. Sedangkan tuntutan mereka yang jelas melanggar Perlembagaan Malaysia, tidak pula dianggap sebagai satu perkara subversif, sebaliknya dikatakan sebagai ketelusan dan keterbukaan serta kesamarataan.

Mengambil kesempatan daripada kegelinciran lidah Ibrahim Ali itulah, konco-konco DAP cuba menambahkan api yang sedang marak membakar. DAP melihat peluang mereka untuk melaga-lagakan umat Islam dengan kaum Kristian di negara ini, terbuka luas.

Penyebaran risalah yang mengajak umat Islam membakar Bible, telah dikesan di beberapa tempat di Pulau Pinang. Dan DAP serta konco-konconya segera mengisytiharkan di dalam blog, facebook, portal dan media mereka kononnya itu adalah angkara PERKASA dan UMNO – kaedah tuduhan yang cukup dimahiri oleh DAP.

gambar-bakar-injil-bible-malaysia-bible-burning-in-malaysia

Seandainya benar DAP jujur dalam hubungan antara kaum dan agama di negara ini, sudah tentu Lim Guan Eng tidak akan memulakan semula kontroversi yang telah dibuat oleh IFC pada 2007 lalu sebelum disambut dan dikembangkan oleh beberapa orang pemimpin PAS termasuklah Khalid Samad, Dzulkefly Ahmad, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mat Sabu dan sebilangan yang lain.

Bahkan pada PRN Sarawak April 2011, DAP telah menjadikan isu Bible versi Bahasa Melayu sebagai bahan kempen mereka untuk membuatkan kaum pribumi-Bumiputera Sarawak agar melihat Barisan Nasional sebagai ANTI-CHRIST yang akhirnya menyaksikan DAP berjaya memperolehi 15 Kerusi DUN.
Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan KALIMAH ALLAH tersebut berasal dari Indonesia.

Malaysia membenarkan Bible tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak di mana majoriti penduduknya beragama Kristian dan amalan menggunakan Bible berkenaan telah lama dilakukan.

DAP bagaimanapun, mendesak agar Bible versi Bahasa Melayu itu dibenarkan dicetak, diedar dan disebarkan secara meluas di Semenanjung pula. Bahkan apabila Kementerian Dalam Negeri cuba meletakkan nombor siri pada setiap naskhah Bible versi Bahasa Melayu, sepertimana amalan yang dilakukan oleh KDN terhadap setiap naskhah al Quran di Malaysia, DAP merupakan pihak yang paling kuat serta lantang menentang dengan alasan, tindakan KDN itu telah melanggar Perlembagaan Malaysia.



bible melayu bakar

Nampaknya DAP dan Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan masalah dalaman DAP, cuba bermain api.

Dan kali ini, cubaan mereka begitu mirip dengan cubaan serta desakan menghapuskan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Persekutuan dan Raja-raja Melayu pada tahun 1969 berulang.

 Cuma kali ini, lebih teruk apabila DAP cuba melaga-lagakan orang Islam dan kaum Kristian secara terbuka dengan melakukan fitnah terhadap mana-mana entiti Melayu-Bumiputera yang menentang mereka!

------------------------------------------------------------

GEMPAR BERAPI! DAP BUAT KERJA PALING TERKUTUK DI PULAU PINANG! MESTI BACA

http://networkedblogs.com/HrmZG

No comments:

Post a Comment