Pages

Wednesday, February 20, 2013

22 Buah Buku Tangkis Fitnah Ke Atas 'Wahhabi'.


22 Buah Buku Tangkis Fitnah Ke Atas 'Wahhabi'.

Golongan pencerca saya mati-matian melaga-lagakan saya dengan tokoh pujaan mereka yang sememangnya gemar menghabiskan masa mencaci saya di belakang. Bahkan siap anjurkan debat lagi.

Saya katakan: Terpulanglah jika mereka nak gelar saya sebagai penakut kerana menolak ajakan debat itu. Saya tidak gemar debat kerana ia lebih kepada bermain sentimen emosi semata, menunjuk siapa hebat dan fasih lagi kurang cermat. Sama-sama kita fikirkan, antara debat lisan dan jihad di atas pena, mana satu yang lebih dicenderungi dan lebih banyak dilakukan oleh para ulamak salaf kita yang mulia?

Saya lebih gemar 'debat' tulisan ilmiah kerana fakta yang dipersembahkan lebih kemas, jelas dan telus. Setiap fakta yang dipersembahkan boleh koreksi statusnya, sama ada benar atau salah, keliru atau tepat.

Termasuk buku saya yang bakal terbit, berikut dikemukakan beberapa buku yang sehingga kini tidak ada sebuah pun mereka jawab secara ilmiah lagi beradab: [Lihat komen pertama]
 
 
----------------------------------------
Mohd Hairi Nonchi Senarai buku yang menjawab pelbagai fitnah ke atas Ahlus Sunnah yang digelar Wahhabi:

1. Islamiyyah La Wahhabiyyah karya Prof. Dr. Nashir Abdul Karim Al-‘Aql. Bagi edisi terjemahan, lihat Hanya Islam Bukan Wahhabi oleh Abdur Rosyad Shiddiq (Darul Falah, Jakarta).

2. Syaikh Al-Islam Muhammad Bin Abdul Wahhab: Mushlih Mazhlum Wa Muftari ‘Alaih karya Mas’ud Al-Nadwi. Bagi edisi terjemahan, lihat Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab: Tokoh Yang Dizalimi oleh Mohd Amin Yaacob (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).

3. Tashih Khata’ Tarikhi Hauli Al-Wahhabiyyah karya Dr. Muhammad Sa’ad asy-Syuwai’ir. Bagi edisi terjemahan, lihat Wahhabi Dan Imperealisme oleh Abu Muawiyyah Hammad (Griya Ilmu, Jakarta).

4. Haqiqat Da’wat Al-Imam Muhammad Ibnu Abd Al-Wahhab Wa Namadzij Min Rasa-ilihi, Wasyahadati Ulama’ Al-Haramain Lahu karya Syaikh Abdurrahman Hammad Al-Umr. Bagi edisi edisi terjemahan, lihat Hakikat Dakwah Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab oleh Abdul Rosyad Shiddiq (Darul Falah, Jakarta).

5. Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab: Antara Fakta & Palsu oleh Sakinah Ariff Johor (Karya Bestari Sdn. Bhd., Selangor).

6. Meluruskan Salah Faham Terhadap Syaikh Muhammad Abdul Wahhab & Gerakan Wahhabi karya Ibnu Syihab (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).

7. Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab karya Abdul Aziz Muhammad Ali al-Abd. Al-Lathit; terjemahan oleh Mohammad Amin Yaacob (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).

8. Muhammad Ibn Abdil Wahhab: His Life story And Mission karya Jalal Abualrub (Madinah Publishers And Distributors, Florida).

9. 100 Tokoh Dalam Sejarah Islam karya Husain Ahmad Amin (Pustaka Antara Sdn. Bhd., Kuala Lumpur).

10. Meluruskan Sejarah Wahhabi karya Abu Ubaidah Yusuf Mukhtar As-Sidawi (Pustaka Al-Furqon, Gresik).

11. Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah: Suatu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan Wahhabiyyah karya Ibnu Ahmadain al-Barlisi (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).

12. Ada Apa Dengan Wahhabi? karya Syaikh Muhammad Jamil Zainu (Al-Ghuroba Blc, Bekasi).

13. Virus Wahhabi: Mitos Negatif Bagi Salafi karya Abu Mujahid & Haneef Oliver (Toobagus Publishing, Bandung).

14. Katakan Tidak Pada Wahhabi! susunan Mohd Hairi Nonchi (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).

15. Fahaman Wahhabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia karya Mohd Yaakub Mohd Yunus (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).

16. Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?: Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin Al-Ghari Ke Atas Pegangan Ahli Sunnah Dan Para Tokohnya karya Dr. Azwira Abdul Aziz (Perniagaan Jahabersa).

17. Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyyah Wahhabiyyah: 73 Penilaian Semula Ke Atas Penilaian Zamihan Mat Zin Al-Ghari karya Hafiz Firdaus Abdullah (Perniagaan Jahabersa).

18. Salafi Antara Tuduhan Dan Kenyataan: Bantahan Ilmiah Terhadap Buku Sejarah Berdarah Sekte Salafi Wahhabi karya Ustaz Sofyan Chalid Idham Ruray, (Toobagus Publishing, Bandung).

19. Wahhabi, Wahhabi, Wahhabi!: Apa Kata Uthman El-Muhammady Dan Apa Ulasan Ustaz Rasul Dahri karya Ustaz Rasul Dahri (Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd., Johor Bahru).

20. Aliran Dakwah Di Malaysia: Satu Titik Pertemuan karya Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah (Karya Bestari Sdn. Bhd., Selangor).

21. Bersikap Adil Pada Wahhabi: Bantahan Kritis Dan Fundamental Terhadap Buku Propaganda Karya Syaikh Idahram karya A.M Waskito (Pustaka Al-Kautsar, Jakarta).

22. Orang Kata Wahhabi Ialah.... : 25 Fakta Wahhabi Pengikut Imam Syafie Sejati (bakal terbit).

Masih banyak lagi, memadai judul di atas untuk rujukan perbandingan kita semua.
 

2 comments:

  1. Assalam..

    berkenaan wahabi.. Aku sendiri mahu halang kebencian sesama muslim . Dari kajianku , mereka yg sebut dan beri tuduhan wahabi kpd seseorang muslim adalah kelakuan syiah ..

    insan kekurangan :
    https://www.facebook.com/mysty.nasir

    ReplyDelete
  2. Assalam..

    berkenaan wahabi.. Aku sendiri mahu halang kebencian sesama muslim . Dari kajianku , mereka yg sebut dan beri tuduhan wahabi kpd seseorang muslim adalah kelakuan syiah ..

    insan kekurangan :
    https://www.facebook.com/mysty.nasir

    ReplyDelete