Pages

Wednesday, February 27, 2013

Armen Halim Naro Untukmu Yang Berjiwa Hanif







[ Qalbun Salim (Hati yang sejahtera) hanya boleh dicapai dengan menyempurnakan Tauhid dan berlepas diri dari Syirik ]

Ramai yang terkeliru dengan menafsirkan hati yang sejahtera atau penyucian jiwa boleh dicapai dengan mengikut tariqat-tariqat sufi dan mengamalkan zikir-zikir yang tidak ada asal-usulnya apatah lagi dengan mendakwa penyucian jiwa dan hati boleh dicapai dengan mendengar lagu-lagu nasyid ciptaan manusia dan sebagainya,namun sedarkah Allah Ta`ala telah menjelaskan sifat bapa kita Ibrahim `alaihissalam:

وإن من شيعته لإبراهيم . إذ جاء ربه بقلب سليم . إذ قال لأبيه وقومه ماذا تعبدون . أئفكا آلهة دون الله تريدون . فما ظنكم برب العالمين .فنظر نظرة في النجوم . فقال إني سقيم . فتولوا عنه مدبرين. فراغ إلى آلهتهم فقال ألا تأكلون . ما لكم لا تنطقون .فراغ عليهم ضربا باليمين.فأقبلوا إليه يزفون . قال أتعبدون ما تنحتون . والله خلقكم وما تعملون

Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya (agama Nuh).(Ingatlah) ketika dia datang kepada Tuhannya dengan hati yang sejahtera.(Ingatlah) ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah yang kamu sembah itu?.Apakah kamu menghendaki sembahan-sembahan selain Allah dengan jalan berbohong?.Maka apakah anggapanmu terhadap Tuhan semesta alam?".Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang. Kemudian ia berkata: "Sesungguhnya aku sakit".Lalu mereka berpaling daripadanya dengan membelakang.Kemudian ia pergi dengan diam-diam kepada berhala-berhala mereka; lalu ia berkata: "Apakah kamu tidak makan?.Kenapa kamu tidak menjawab?". Lalu dihadapinya berhala-berhala itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya (dengan kuat). Kemudian kaumnya datang kepadanya dengan bergegas.Ibrahim berkata: "Apakah kamu menyembah berhala-berhala yang kamu pahat itu?. Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu".

[ As-Saffaat: 83-96 ]




Tafsiran Qalbun Salim( Hati yang sejahtera)


  Kata Ibnu `Abbas r.a:
يعني شهادة أن لا إله إلا الله
" Iaitu persaksian bahawa tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah "

Kata Al-Hasan rh:
سليم من الشرك
" Sejahtera daripada kesyirikan"

[ Rujuk Tafsir Al-Quran Al-`Azhim ]

P/S: Semoga kita dapat mencontohi keberanian Ibrahim `alaihissalam dalam menegakkan Tauhid dan menolak kesyirikan


~Muhammad Fashan


No comments:

Post a Comment