Pages

Wednesday, February 13, 2013

Melempar Yee Sung itu termasuk dosa besar, Syirik akbar...

 
 
Kita perlu berhati-hati untuk "berguru " dengan orang kafir (*terutama bila sudah rapat ) bila berkaitan dengan ugama, budaya dan kepercayaan mereka. Jika soal Dunia yang tak ada kaitan dengan kepercayaan dan keyakinan itu tak apalah - kata Nabi SAW :"kamu lebih tahu tentang urusan dunia mu "..Contohnya sama-sama menyambut tahun baru cina dan sama-sama melempar Yee Sung ..kita merasakan tak apa...

MELEMPAR YEE SUNG ITU TERMASUK DOSA BESAR ,SYIRIK AKBAR..
 Beberapa kesalahan berhubung melempar Yee sung (sempena CNY):
1, Melahirkan rasa gembira sempena perayaan kaum kafir.

Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

“Sesungguhnya bagi setiap kaum (agama atau bangsa) ada perayaannya, dan hari ini (‘Iedul ‘adha) adalah perayaan kita.” (Shahih al-Bukhari, no. 952. Muslim, no. 892)

Ini dijelaskan lagi dengan hadis daripada Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu, di mana beliau berkata:

قَدِمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ: إِنَّ اللهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْفِطْرِ، وَيَوْمَ النَّحْرِ

“Ketika mula-mula Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang ke Madinah, penduduk Madinah ketika itu memiliki dua hari khusus untuk bergembira yang padanya mereka selalu bermain-main di masa Jahiliyah. Maka beliau kemudian bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah mengganti dua hari tersebut dengan yang lebih baik lagi darinya. Iaitu ‘Ied al-fithri dan hari an-Nahr (‘Ied al-adh-ha).” (Musnad Ahmad, no. 12006. Sunan Abu Daud, no. 1134. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H):

واستنبط منه كراهة الفرح في أعياد المشركين والتشبه بهم وبالغ الشيخ أبو حفص الكبير النسفي من الحنفية فقال من أهدى فيه بيضة إلى مشرك تعظيما لليوم فقد كفر بالله تعالى

“Berdasarkan hadis ini, diambil ketetapan hukum dilarangnya melahirkan rasa gembira sempena perayaan (hari-hari kebesaran) kaum musyrikin dan meniru-niru (atau menyerupai) mereka (dalam perayaan). Dan disampaikan oleh Syaikh Abu Hafs al-Kabir an-Nasafi dari kalangan ulama mazhab Hanafi, beliau menegaskan, “Menghadiahkan walau sebutir telur kepada orang-orang musyrik sebagai tanda penghormatan terhadap perayaan mereka, maka bererti ia telah kafir terhadap Allah Ta’ala.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 2/442)
 2, Ritual melempar Yee Sung termasuk amalan kaum kafir. Termasuk perbuatan tasyabbuh, iaitu menyerupai kaum kafir dalam hal perbuatan dan kepercayaan. 
  3, Kepercayaan bahawa Yee sung mampu membawa tuah-tuah tertentu termasuk hal-hal ramalan, khurafat dan tahyul yang tidak dapat dibuktikan secara syara' (dengan nash wahyu) mahupun kauni (saintifik). Maka ia adalah Syirik.
 4, Perbuatan melempar Yee Sung (sempena CNY) termasuk penzahiran wala' (kasih-sayang) dan persahabatan terhadap kaum kafir.
5, Amalan melempar Yee Sung adalah bid'ah yang sesat. Kenapa makanan perlu dilempar-lempar dan ditimang-timang? Sudah tentu kerana wujud kepercayaan di sebalik amalan.
Jangan pandang remeh amalan yg syirik.

Daripada Thariq B. Syihab, daripada Salmaan radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

دَخَلَ رَجُلٌ الْجَنَّةَ فِي ذُبَابٍ وَدَخَلَ رَجُلٌ النَّارَ، مَرَّ رَجُلَانِ عَلَى قَوْمٍ قَدْ عَكَفُوا عَلَى صَنَمٍ لَهُمْ. وَقَالُوا: لَا يَمُرُّ عَلَيْنَا الْيَوْمَ أَحَدٌ إِلَّا قَدَّمَ شَيْئًا، فَقَالُوا لِأَحَدِهِمَا: قَدِّمْ شَيْئًا، فَأَبَى فَقُتِلَ، وَقَالُوا لِلْآخَرِ: قَدِّمْ شَيْئًا، فَقَالُوا: قَدِّمْ وَلَوْ ذُبَابًا، فَقَالَ: وَأَيْشٍ ذُبَابٌ، فَقَدَّمَ ذُبَابًا فَدَخَلَ النَّارَ، فَقَالَ سَلْمَانُ: فَهَذَا دَخَلَ الْجَنَّةَ فِي ذُبَابٍ، وَدَخَلَ هَذَا النَّارَ فِي ذُبَابٍ.

“Ada seseorang yang masuk Syurga kerana seekor lalat, dan ada seseorang yang masuk Neraka kerana seekor lalat.”
[Orang-orang bertanya, “Kenapa jadi demikian?”]

[Salmaan berkata:] “Ada dua orang (lelaki) yang berjalan melintasi suatu kaum yang memiliki berhala, yang tidak seorang pun dibenarkan melintasinya melainkan setelah mengorbankan (menyembelih) sesuatu untuk berhala mereka. Mereka (kaum tersebut) berkata, “Tidak dibenarkan melintas atas kami hari ini seorang pun melainkan setelah menyembelih (mengorbankan) sesuatu.” Berkata mereka kepada salah seorang daripada keduanya, “Berqurban-lah (sembelih-lah) sesuatu.” [Ia pun berkata, “Aku tidak akan mengorbankan (menyembelih) sesuatu apa pun kepada selain Allah.”] Kerana lelaki itu enggan, maka dibunuhlah ia. Lalu dikatakan kepada lelaki yang seorang lagi, “Berqurbanlah walau hanya dengan seekor lalat.” Lelaki itu pun menyembelih seekor lalat. [Ia pun dibenarkan melintas pergi]. Lalu dengan sebab perbuatan sembelihannya tersebut, masuklah ia ke Neraka.

Maka kata Salmaan, “Maka inilah punca seorang lelaki masuk Syurga disebabkan seekor lalat, manakala seorang lelaki lagi masuk Neraka kerana seekor lalat.” (Atsar Riwayat Ahmad dalam az-Zuhd, m/s. 15. Hilyah al-Awliya’, 1/203. Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 33038. Secara mauquf kepada Salman al-Faarisy. Kata Syaikh al-Albani, “Sahih secara mauquf daripada Salmaan radhiyallahu ‘anhu.”)

Sebahagian dari faedah atsar/hadis tersebut:

1, Si pelaku syirik di dalam hadis ini tidaklah dia niatkan untuk berbuat syirik dari awal, tetapi dia lakukan dengan rela hati hanyalah semata-mata kerana ingin melepasi kaum penyembah berhala itu sahaja. Maka, dengan sebab kerelaan hatinya terhadap amal-amal kesyirikan tersebut telah menjadi sebab dia terhumban ke Neraka.

2, Manakala yang seorang lagi yang terbunuh, maka dia termasuk orang yang memahami hakikat bahaya syirik sehingga dia tidak sanggup melakukannya dan tidak redha pula terhadap kesyirikan walau dalam keadaan terancam nyawanya.

[Baca lagi perinciannya di, http://www.ilmusunnah.com/?p=9396
]
  [Peringatan Nabi terhadap kepercayaan terhadap berkat tuah yang bukan-bukan]

Dalam sebuah hadis disebutkan: Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar dalam perjalanan menuju ke medan Hunain, beliau melewati sebatang pokok milik golongan Musyrikin yang dikenali sebagai Zaatu Anwaath yang digunakan (oleh para Musyrikin) sebagai tempat persinggahan dan menggantung senjata sambil berkumpul di sekitarnya, beribadah, dan mencari keberkahan. (Ibnu Katsir, al-Fushuul fii Siirah ar-Rasuul, Tahqiq: Salim al-Hilali, no. 447. Zaid B. ‘Abdul Karim az-Zaid, Fikih Sirah, m/s. 526 dan 536 – Darus Sunnah)

Mengenangkan manfaat (mahu mencari berkat/tuah) dengan pokok tersebut, sebahagian sahabat yang turut serta pun berkata: “Wahai Rasulullah, jadikanlah untuk kami Zaatu Anwaath sebagaimana mereka juga memiliki Zaatu Anwaath.”

Mendengar kata-kata Sahabat tersebut, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:

سُبْحَانَ اللهِ هَذَا كَمَا قَالَ قَوْمُ مُوسَى {اجْعَلْ لَنَا إِلَهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ} وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَرْكَبُنَّ سُنَّةَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ

“Subhanallah (Maha Suci Allah)! (Perkataan) ini sama seperti perkataan kaum Musa:

“Buatkanlah untuk kami (sebuah patung) sebagai sembahan sebagaimana mereka juga memiliki beberapa patung (sembahan).”
Demi jiwaku yang berada di Tangan-Nya! Sesungguhnya kamu akan mengikuti sunnah-sunnah golongan sebelum kamu.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2180. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)
 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?”

Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.” (Shahih Muslim, no. 55)

Tidaklah dapat kita melaksanakan hadis ini, melainkan kita sendiri yg terlebih dahulu belajar, berilmu, dan memperbaiki diri.

Hadis ini sangat masyhur kerana termasuk hadis jawami'ul kaliim dan dimasukkan oleh Imam an-nawawi dalam al-Arba'in beliau. Disyarah dan dibahaskan oleh ramai ulama. Kita boleh sama-sama semak dalam mana-mana syarah hadis 40.
-----------------------------------------------

Kita meyakini bahwa Allah Ta’ala Dialah yang memilih untuk umat ini pemimpin-pemimpin mereka. Kalau umat ini baik maka Allah akan memilih untuk mereka pemimpin-pemimpin yang baik pula, (sabaliknya) kalau mereka buruk maka Allah akan memilih untuk mereka pemimpin-pemimpin yang buruk pula. Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala:

وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضاً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Dan demikianlah Kami jadikan sebagian orang-orang yang zhalim itu menjadi pemimpin bagi sebagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan.” (Qs. al-An’aam: 129)

Maka orang yang zhalim akan menjadi pemimpin bagi masyarakat yang zhalim, demikianlah keadaannya.

Kalau demikian, upayakanlah untuk menghilangkan kezhaliman dari umat ini, dengan mendidik mereka mengamalkan ajaran Islam (yang benar), agar Allah memberikan untuk kalian pemimpin yang kalian idam-idamkan, yaitu seorang pemimpin yang shaleh. Karena Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Dalam ayat ini) Allah tidak mengatakan “…sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada pemimpin-pemimpin mereka”, akan tetapi (yang Allah katakan): “…sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”~
(Rizaudin Ismail)
melempar yee Sung, palimg tinggi , makin ada omm  nya... 
Melempar Yee Sung itu termasuk dosa besar, Syirik akbar...

No comments:

Post a Comment