Pages

Wednesday, March 13, 2013

Hanya yang Ikhlas menyembah Allah akan terselamat




 Hanya yang Ikhlas menyembah Allah akan terselamat

 Apabila kita dipihak yang benar maka Iblis menghasut kita supaya menjadi sombong dan angkuh. Bicara kita pun tinggi, orang lain dipandang rendah maka rugilah kita walau diatas kebenaran kerana akhirnya berakhir dengan kemurkaan Allah.

 Apabila kita dipihak yang salah, maka si Iblis menghasut kita pula supaya jangan mendengar nasihat, digoda kita supaya menjadi bebal dan degil lalu disingkapkan kepada kita keburukan-keburukan penyeru kebaikan supaya kita menjadi ragu-ragu dan meninggalkan seruan-seruan yang membawa kebaikan.

Lalu rugilah kita kerana bertemu dengan Allah dalam keadaan kesesatan. Allah SWT berfirman: 


 قَالَ رَب بِمَا

 أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ . إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

'Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, maka pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. kecuali hamba-hamba Engkau yang al-mukhlasin di antara mereka.'
[Al-Hijr: 39-40]

Ya Allah jadikanlah kami hamba-hamba yang termasuk dalam golongan al-mukhlasin itu !

~Emran Ahmad

No comments:

Post a Comment