IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Saturday, March 9, 2013
Kuasa pelukan kepada kanak-kanak umur bayi-6 tahun...
Kuasa pelukan kepada kanak-kanak umur bayi-6 tahun...
Aidil di pulau oleh rakan-rakannya kerana tidak lancar
bercakap,menyebabkan Aidil menyendiri diceruk dinding dan tak nak
menyiapkan aktiviti...Guru sedar tentang situasis ini..Lalu....
Guru : Aidil, jom kita buat aktiviti ni
Aidil : Nak rumah...(nak balik rumah)
Guru : Tengok jam ni belum pukul 12.30tghr lagi, nanti mak datang ambil baru boleh balik Lantas guru menarik kerusi Aidil ke sebelahnya
Guru : Jom Aidil duduk sebelah cikgu, Adil kawan dengan cikgu, ye..jom..jom.. Lantas Aidil bangun dan duduk dikerusi tu
Guru : Cikgu nak kawan dengan Aidil dan sayang Aidil (sambil guru memeluk Aidil) Subhanallah Aidil terus ambil pensil dan menyiapkan kerjanya..tanpa disuruh oleh guru
Aidil tak nak buat bukan kerana tak tahu buat (IQ nya sgt hebat) tapi kerana EMOSI nya terganggu olh rakan-rakannya... Kuasa pujukan dan pelukan mengembalikan EMOSInya terus terpancar KEPANDAIANNYA Kuasa emosi mengatasi kemampuan intelektual
Marilah sama-sama kita (Ibu bapa dan guru) merangsang emosi anak-anak
kita agar menjadi anak-anak yg berJIWA BESAR...yg tahan menerima
kritikan, cacian org disekitarnya...
Banyak yg kita labur untuk
IQnya (susu yg terbaik,permainan yg mahal,tadika yg hebat dll),
tapi...bagaimana pula membangunkan EQ mereka?Walhal kosnya xde pun,
kurang marah menengking anak-anak, banyakkan senyuman,
pelukan,kucupan,usapan dan kata2 positif yg merangsangkan anak-anak itu
sudah cukup.....
No comments:
Post a Comment