Pages

Tuesday, March 12, 2013

Mengenali Tasik Tiberia (Laut Galilee)..


Anda Kenal Tasik Tiberia?

Tasik Tiberia (Lake Tiberias) atau Laut Galilee (Sea of Galilee) juga dikenali sebagai Lake of Gennesaret (Hebrew: ים כנרת atau Arabic: بحيرة طبرية).

Tasik Tiberia terletak di zon utara Palestin yang dijajah (yang dipanggil Israel), berdekatan dengan Bukit Golan, Syria dan juga Yarmuk, Jordan.

Pada ketinggian 209 meter (686 kaki) bawah paras laut, ia adalah tasik air tawar yang paling rendah di dunia dan merupakan tasik yang ke 2 rendah di dunia selepas Dead Sea (Laut Mati - air masin).

Tasik Tiberia mempunyai banyak hubungan sejarah dengan utusan kenabian terdahulu dan mempunyai hubungan dengan fasa bakal berakhirnya era dunia kini.

Apakah kaitannya Tasik Tiberia dengan kedatangan Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi ?

Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. 
 
Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal, “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering'.

(Riwayat Imam Muslim dalam Sahih Muslim)

Keringnya Tasik Tiberia...

Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Tasik Tiberia ini menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel, Syria & Jordan. Namun penggunaannya secara rakus telah dimonopoli oleh Zionis Israel.

Kemarau yang panjang terjadi beberapa kali juga menyebabkan keadaan ini semakin tenat. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada ketika ini.
 

No comments:

Post a Comment