IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Saturday, March 2, 2013
OPS SULU : KENAPA POLIS BUKAN TENTERA?
Oleh : Panggung Opera Persoalan Kenapa polis bukan tentera dalam menguruskan isu Lahad Datu sebelum ini. 1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU. 2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita. 3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protokol Antarabangsa. Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna.. 1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang. 2) Polis kita
akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan
menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya) 3) Untuk
mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan
penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti
tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan
sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di
ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan
atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka
dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black
Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo
Bay juga. Susah macam tu. Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan
ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna
perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk
keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad
Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu? Nota Tambahan.
Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih.
Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua
Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang
kepada Yang di-Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam
iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai
combatant Perang.
No comments:
Post a Comment