IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Saturday, March 2, 2013
PKR Lacurkan PAS untuk KRISTIAN
PKR LACURKAN PAS UNTUK KRISTIAN
Oleh : Beruang Biru Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng tentunya sedang tersenyum lebar tika ini,
memandangkan tuntutannya supaya kalimah Allah s.w.t digunapakai dalam
kitab Bible versi Bahasa Melayu akhirnya sekali lagi dipersetujui oleh
PAS sekaligus kini menjadi polisi muktamad PR. Kira-kira dua
minggu lepas segelintir pemimpin PAS yang berlatarbelakang agama terdiri
daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua
Dewan Ulama PAS, Haron Taib telah tampil penuh yakin dan tegas membantah
tuntutan tersebut.
Kedua-dua
senada bahawa kalimah suci Allah s.w.t hanya terhad kepada agama Islam
dan umatnya serta tidak sepatutnya diseleweng kesuciannya, sebaliknya
perkataan Tuhan lebih sepadan bagi menggantikan kata nama 'God' untuk
kegunaan dalam Bible versi Bahasa Melayu. Pandangan
mereka betul kerana Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa, yakni
satu-satunya yang wajib disembah dan tidak layak dipersekutukan apatah
lagi untuk disamatarafkan dengan konsep ketuhanan dalam agama Kristian
yang bersifat trinity - Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Amat benar
Allah s.w.t adalah Tuhan kepada seluruh manusia, pencipta langit dan
bumi serta segala isi kandungannya, itu iktikad kepercayaan umat Islam.
Namun Allah s.w.t bukannya Jesus, bukan juga Tuhan Bapa dan bukan juga
Roh Kudus sebagaimana difahami oleh penganut Kristian. Dalam hal ini,
pemimpin Kristian dalam DAP, PKR atau mana-mana penganut Kristian di
Malaysia tidak berhak untuk meletakkan kedudukan dan kebesaran Allah
s.w.t setaraf dengan konsep ketuhanan triniti kepercayaan mereka.
Namun begitu,
seperti mana semua kita telah maklum, pandangan kedua-dua pemimpin PAS
itu akhirnya tidak pun memberi nilai tambah yang mampu mempengaruhi
pendirian bersama PR. Dalam Mesyuarat
Pimpinan Tertinggi PR yang terkini telahpun di ambil keputusan muktamad
untuk memperakui kalimah Allah s.w.t sewajarnya dibenarkan
penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Presiden PAS,
Abdul Hadi Awang yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut ternyata
gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t dan maruah agama
Islam. Satu kesinambungan bukti yang menonjolkan betapa lemahnya PAS
dalam menghadapi pengaruh DAP serta PKR dalam gabungan parti tidak
berdaftar itu. Dasar PAS
sekarang ternampak jelas lebih mengutamakan polisi liberalisme dan
pluralisme yang dianuti PR semata-mata untuk memenangi undi masyarakat
Kristian yang sebahagian besarnya tegar menyokong DAP dan PKR. Persoalan
sekarang kenapa dan mengapa PAS sebegitu lemah sehinggakan tergamak
tunduk mengikut segala tuntutan DAP serta begitu kelu bila berdepan
dengan kemahuan penganut agama lain?
Jawapan kepada
persoalan itu tidak sukar untuk dikupas. Sebahagian puncanya bersangkut
paut dengan pengaruh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kuat mencengkam
PAS ditambah lagi dengan kewujudan ramai pimpinan generasi baru PAS yang
serba liberal bertuhankan ideologi Anwarinas. Dengan
penguasaan total oleh golongan Anwarinas dalam kepimpinan PAS menjadikan
parti itu bertindak seakan sayap kanan untuk PKR bagi mencapai agenda
peribadi Anwar yang begitu kemaruk mahu mengejar puncak kuasa yang lama
diidam-idamkan. Rata-rata
pemimpin pro Anwarinas percaya percaturan politik Anwar dalam isu ini
pastinya bakal memberi pulangan besar dalam bentuk sokongan pengundi
bukan Islam kepada PR khususnya melibatkan penganut agama Kristian,
serentak dengan itu diyakini berupaya membuka laluan kuasa ke Putrajaya. Suka atau
tidak, para penyokong tradisi PAS mahupun mereka yang bersimpati dengan
perjuangan parti berlabel Islam itu harus, sudah tiada peluang untuk PAS
kembali ke landasan asalnya selagi PAS terus terperangkap dalam
keindahan angan-angan yang dipropagandakan oleh Anwar dan PKR.
No comments:
Post a Comment