IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga. Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Friday, April 12, 2013
Jangan kita terpengaruh dengan...
Jangan kita terpengaruh dengan orang yang membawa ayat-ayat Al-Quran kemudian mentafsirkan dan menjelaskan maksudnya dengan sesuka hati mengikut perkiraan akal mereka. Umat Islam harus berhati-hati dengan kelas pengajian tafsir yang seperti ini.
Mereka membuka Al-Quran terjemahan, contohnya membaca terjemahan surah Al-Fatihah. Kemudian mereka menjelaskan maksud dan faedah dari surah dan ayat tersebut mengikut logik dan pemahaman mereka sendiri.
Sedangkan ada metodologi dan kaedah yang perlu diikuti di dalam pentafsiran Al-Quran. Antara cara yang diguna pakai dalam mentafsirkan Al-Quran dipanggil Tafsir bil maktsur (tafsir dengan riwayat/dalil), iaitu mentafsirkan Al-Quran dengan ayat Al-Quran yang lain, disusuli dengan mentafsirkan Al-Quran dengan Hadis, perkataan Sahabat Nabi dan disusuli perkataan Tabi’ut Tabi’in.
Tetapi mereka mentafsirkan Al-Quran mengikut akal mereka sendiri atau perkataan manusia lain yang bukan dari kalangan yang disebutkan di atas.
Wujud di sana kitab tafsir yang baik seperti Adhwa-ul Bayan fi Taudhih Al-Quran bi Al-Quran disusun oleh Syaikh Al-‘Allamah Muhammad Al-Amin Al-Syanqiti.
No comments:
Post a Comment