Pages

Friday, April 12, 2013

Tashih 'Aqidah:


 
Tashih 'Aqidah:

Antara salah faham 'aqidah adalah ucapan sebahagian kita berkenaan pelaku maksiat: "jagan benci dia, siapa tahu dia akan taubat di akhir hayat", "jagan hina dia, mungkin nanti dia jadi lebih baik", dan seumpamanya seolah-olah maksiatnya tidak menjejaskan iman.
 
Pernyataan ini tidak tepat dengan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah:

Pertama: dri segi Tauhid al-Asma' was Sifat; ia berlawanan dengan iktiqad ASWJ bahawa ALLAH membenci pelaku maksiat semasa dia melakukan maksiat dan kebencian ini akan ALLAH tukar dgn reda jika dia bertaubat, yakni: ALLAH mempunyai sifat fi'liah ikhtiariah. pernyataan di atas dibina atas 'aqidah yang berlawanan dengan 'aqidah ASWJ ini iaitu 'aqidah ahli kalam seperti al-Kullabiah yang melihat perbuatan ALLAH Qadim dari segi jensi dan perinciannya, yakni: ALLAH sentiasa reda sejak azali t'hadap pelaku maksiat yg ALLAH tahu dia akan bertaubat akhirnya dan sebaliknya
 
'Aqidah ini salah kerana ALLAH ta'ala menetapkan bagi diri-Nya sifat perbuatan ikhtiyari yang berubah-ubah; ALLAH reda kepada pelaku taat semasa taatnya dan ALLAH murka kepada pelaku maksiat semasa dia melakukan maksiatnya.

Kedua: dari segi al-Wala' wal Bara', kita disuruh membenci maksiat & pelakunya, kekufuran & pelakunya, namun yamg dilarang adalah berlebih2an sehingga memutuskan raja' (harapan), ini yg dilarang, bukan semata-mata benci, bahkan benci itu disuruh dengan kadarnya.

Ketiga: kita disuruh berhukum secara zahir, dilarang mengintai-ngintai niat orang yang tersembunyi, maka tidak perlu kita cuba hendak meneka-neka benda yg ghaib.

Keempat: Maksiat menjejaskan Iman sama ada Iman menjadi kurang atau rosak. Pernyataan di ats seolah-olah ada bau irja' yg beranggapan iman tidak rosak dgn maksiat bahkan tetap utuh sempurna bagaikan Iman Jibril. -na'uzubillah minal irja'-.

maka yang wajar disebut: "aku benci pelaku maksiat itu, mudah2an ALLAH ampunkan dia & membuka hatinya kpd Taubat", "bencilah pelaku maksiat, tapi jangan putuskan harapan yg ALLAH akn memberinya taubat" ... ini yg disebut Ulama': berhimpunnya Wala' & Bara' sekaligus pd mukmin yg 'asi (melakukan maksiat).

No comments:

Post a Comment