Pages

Friday, June 14, 2013

4 Tips Kuatkan Memori


4 Tips Kuatkan Memori

Sifat pelupa ialah sesuatu yang berbeza tahapnya antara individu dengan individu yang lain. Antara cara untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa. Kata Imam Syafie RA : Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak menyuluh ahli maksiat.

2. Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Allah berfirman “Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa” (Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak. Kerana makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan dan minuman.

4. Makan kismis dan madu. Sesetengah ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan seperti madu lebah dan kismis.
Imam Az-Zuhri menyebut “Kamu patut mengambil madu sebab ia baik untuk memori…..Barangsiapa ingin menghafal hadith, ia patut memakan kismis”

Ada juga yang menyebut, mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah ingatan. Contoh makanan berasid, jeruk.

*Pintalah doa agar Allah beri kita ingatan yang kuat.
Bagi yang menghadapi exam, sentiasa ulang pelajaran. Imam Subqi RA sekali baca kitab, 1000kali ulang. Makanya kita yang xsampai maqam Imam Subqi kena banyakkan mengulang.

Semoga bermanfaat untuk semua.


~ Abdullah Hussin

No comments:

Post a Comment