Pages

Monday, June 3, 2013

Bashar Yang Kejam, Tipu Daya Zionis & Versi Demokrasi

Oleh: AZMAN HUSSIN
 
KONFLIK di Syria adalah antara fitnah akhir zaman yang telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Syam suatu masa dahulu adalah sebuah negara atau jajahan yang luas dan makmur. Dalam sirah, Nabi Muhammad SAW ketika baginda berusia 12 tahun pernah berdagang ke Syam mengikut bapa saudaranya, Abu Thalib, sehingga menemukan baginda dengan pendeta Nasrani bernama Bahira. 

Sekarang Syam telah terpecah kepada empat buah negara moden, iaitu Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria. Syria moden kini diperintah oleh regim diktator Bashar al-Assad. Negara itu kini sedang menghadapi pergolakan. Presidennya, Bashar al-Assad sedang mendepani pemberontakan rakyatnya sendiri. 

Sebenarnya Syria adalah termasuk di dalam pelan asal negara Israel Raya yang dijanjikan tuhan Yahweh dalam kitab Taurat versi Yahudi yang diyakini Zionis. 

Melalui media antarabangsa, dunia telah diperlihatkan dengan berita-berita kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyatnya sendiri. Adakah kita harus menerimanya tanpa menyelidik berita-berita dari media kuffar ini? Malah dikatakan Bashar al-Assad telah meminta disembah sebagai tuhan oleh pengikutnya, dan tidak mahukah kita berfikir seketika, bertanya sejenak, apakah maksud semua kebaikan-kebaikan media kuffar dalam melaporkan hal ini kepada dunia? Adakah semua ini hanya untuk menaikkan kemarahan umat Islam sedunia dan menghalalkan operasi ketenteraan ke atas Syria? Kita tidak boleh berhenti menyelidik setakat kepada kesimpulan sama ada ia benar atau tidak. Tetapi, ia haruslah diselelidik sehingga kepada motif ia disebarkan. 

Ya, adakah media-media kuffar telah memaparkan kebenaran dengan tujuan yang bathil?

Umat Islam sedunia telah diperlihatkan berita-berita dan gambar kekejaman regim Bashar al-Assad. Dengan liputan internet, melalui rangkaian-rangkaian sosial misalnya, sebaran dan propaganda tersembunyi mereka lebih luas dan lebih cepat bergerak ke seluruh dunia. Bashar al-Assad telah dikutuk melebihi kita mengutuk kekejaman perdana menteri negara haram Israel yang membunuh ratusan ribu rakyat Palestin sejak bertahun-tahun dahulu.
 
Apakah ini rasional? Tidakkah ini pelik?
 

Kita diperingatkan agar menyiasat sesuatu berita itu sesuai dengan maksud ayat ini, “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah Hujarat ayat 6).
 

Maka, tidakkah kita mahu berfikir, daripada sumber manakah kita mendapat berita-berita tentang Syria? Jika gambar-gambar yang menimbulkan emosi marah itu boleh direka dan dilakonkan, tidakkah kita tertanya-tanya, adakah ia benar? Jika benar, tidakkah timbul kecurigaan bahawa ia juga boleh dilakukan oleh pihak ketiga untuk menimbulkan huru-hara agar persepsi buruk dan buruk pemerintah Syria terus dipercayai?

Sebenarnya wujud tangan-tangan ghaib yang sedang memainkan percaturan semua ini. Tangan-tangan ghaib yang mahu meruntuhkan semua pemerintahan orde lama untuk digantikan dengan pemerintahan orde baru yang boleh dikawal dari Bukit Zion, Jerusalem. Ini semua sebenarnya sudah lama dirancang oleh seorang pemikir Zionis bernama Theodor Hertzl.

Selepas pemerintah Iraq ditumbangkan melalui operasi ketenteraan atas dakwaan menyimpan senjata pemusnah besar-besaran (WMD), Afghanistan dibom bertubi-tubi atas alasan melindungi Osama Ben Laden yang dipercayai terlibat dalam pengeboman WTC, kemudian kepada siri revolusi rakyat di Mesir, Tunisia, Yaman dan Libya atas hujah menentang pemerintah zalim, maka kini misi mereka seterusnya adalah menuju Syria, sebuah negara yang diketuai diktator berfahaman Syiah, yang memang mempunyai sentimen permusuhan dengan negara-negara Sunni. 

Ingatlah, janganlah kebencian kita kepada sesuatu kaum itu menjadikan kita buta dan tidak berlaku adil. Ulama dan pemimpin-pemimpin negara Islam dunia tanpa sedar telah ditipu dan tertipu dalam konflik Syria ini.
 
Mereka telah diperalatkan untuk menghalalkan tindakan yang bakal diambil ke atas Syria seperti mengebom Syria, atas dasar jihad agama di mata awam, walaupun tujuan sebenar perang yang mungkin akan dilancarkan itu adalah untuk matlamat penguasaan kuasa asing ke atas Syria, seterusnya ke atas dunia ini, melengkapi cita-cita New World Order (Novus Ordo Seclorum).

Konflik di Syria bukanlah isu agama sebenarnya, walaupun yang diperlihatkan media-media kuffar adalah kekejaman Syiah kepada Sunni, pembunuhan Syiah ke atas Sunni, kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyatnya. Tangan-tangan ghaib itu bijak mengatur konflik ini supaya tangan mereka bersih dan tujuan sebenar mereka tidak diketahui.
 
Benar, katakanlah Bashar al-Assad itu memang zalim dan membunuh para ulama sunni, kanak-kanak, pemberontak, musuh politik dan sebagainya. Tetapi, ia bukanlah isu agama. Ia tidak sama seperti situasi di Palestin. Ia adalah kisah dalaman negara, iaitu tentang kaedah pemerintah menghadapi penentangan rakyatnya yang berasa diri dianiayai dan dizalimi.
 

Jika sentimen di Syria adalah berkenaan kebangkitan perjuangan agama, adalah tidak logik jika pihak berkuasa Israel berdiam diri. Bukankah kebangkitan Islam itu berbahaya kepada negara haram Israel yang terkepung di tengah-tengah kepulauan Arab? Logiknya pemerintah negara haram Israellah yang mahu Syria dijatuhkan kerana Syria sebenarnya termasuk dalam pelan Israel Raya.

Mengakui Bashar al-Assad zalim dan kuffar, tidaklah boleh dijadikan hujah menghalalkan tindakan negara-negara Islam lain menyerang dan menjatuhkannya secara ketenteraan, kerana mudarat yang lebih besar pasti akan berlaku. Ia akan menyalakan api yang tidak akan padam sebegitu mudah. Konflik Syria sebenarnya adalah salah satu fitnah akhir zaman. 
 

Ramai yang akan tertipu dalam konflik ini, termasuk ulama-ulama dunia yang menyokong serangan dilakukan ke atas Syria. Kecuali ulama Said Ramadhan al-Buti yang menimbulkan kontroversi dengan mempertahankan regim Bashar, yang akhirnya terbunuh dalam serangan bom pada 21 Mac 2013 lalu.

Tidakkah kita terfikir, mengapakah Israel yang lebih kejam dan telah lama mengganas di Palestine tidak diambil tindakan apa-apa?
 

Kuasa-kuasa asing yang tersembunyi dan rahsia ini menggunakan konsep berperang dengan menggunakan askar-askar musuh sendiri. 
 

Dari manakah pemberontak-pemberontak tersebut mendapatkan bekalan senjata api dan bom yang banyak?
 

Ke manakah menujunya konflik ini? Tidak mustahil selepas ini kuasa-kuasa besar yang tersembunyi tadi akan menggunakan pengaruh mereka untuk mendesak NATO menyerang Syria tanpa menimbulkan kemarahan dan tentangan dunia umumnya, dan umat Islam khasnya. Kemudian mereka akan meletakkan pemerintah boneka mereka seperti di Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir dan sebagainya. Malah negara-negara Islam lain juga, misalnya Arab Saudi yang sedang bersiap-siaga, turut akan menyertai NATO, menyerang Syria sehingga dunia akan terjerumus ke dalam malapetaka fitnah yang besar, seperti tertipu menjadi bala tentera agen-agen sistem Dajjal.
 

Konflik ini mungkin akan melebar dan membesar menjadi seperti plot khayalan perang Armageddon yang direncanakan dalam Taurat. China, Russia dan Iran mungkin akan menyebelahi Syria. Dan umat Islam belahan Sunni mungkin akan menyertai Amerika dan pakatannya, yang sebenarnya di bawah telunjuk Yahudi Zionis. Ini mungkin perang Armageddon yang akan dimenangi tentera Romawi yang disertai tentera negara-negara Islam-Sunni yang tidak berjanggut.
 

Umat Islam yang merupakan majoriti penduduk dunia akan tertipu dengan fitnah ini. Media-media kuffar telah menyebarkan cerita Bashar al-Assad itu zalim dan kuffar yang telah membunuh rakyatnya, dengan maksud agar umat Islam sedunia berasa marah dan menyetujui tindakan ketenteraan ke atas regim Bashar al-Assad. Kepada negara-negara Islam Sunni, mereka telah mengeksploitasi sentimen anti-Syiah yang menjadi anutan Bashar al-Assad. untuk merasionalkan serangan ke atas Syria. 

Hakikatnya, seperti di dalam sejarah, dan di mana-mana, mengikuti kesesuaian sesebuah negara itu, kuasa-kuasa asing ini telah mengeksploitasi kezaliman penguasa sesebuah negara itu untuk mencapai maksud sebenar mereka, iaitu menguasai negara tersebut. Orang awam akan mudah terpedaya apabila melihat kezaliman pemerintah ini, dan akan segera menyokong jika pemerintah itu mahu dijatuhkan.
 
Walhal semua ini adalah jalan-jalan menuju kepada New World Order. Kuasa-kuasa asing ini sebenarnya telah menjadikan umat Islam sebagai sebahagian tentera mereka untuk menjatuhkan pemerintah-pemerintah yang tidak diperlukan dan menghalang mereka dalam membentuk satu sistem pemerintahan dunia yang baru di dunia ini.
 

Sekiranya apa yang berlaku di Syria itu adalah versi revolusi, apa yang terjadi di Malaysia pula ia adalah versi demokrasi, iaitu tentang bagaimana kuasa-kuasa asing yang tersembunyi ini cuba mengambil alih kuasa dengan menggunakan tangan-tangan orang lain.

 http://mysuara.net/index.php/suara-variasi/warisan/1175-bashar-yang-kejam-tipu-daya-zionis-versi-demokrasi

1 comment:

  1. Benar, katakanlah Bashar al-Assad itu memang zalim dan membunuh para ulama sunni, kanak-kanak, pemberontak, musuh politik dan sebagainya. Tetapi, ia bukanlah isu agama. Ia tidak sama seperti situasi di Palestin. Ia adalah kisah dalaman negara, iaitu tentang kaedah pemerintah menghadapi penentangan rakyatnya yang berasa diri dianiayai dan dizalimi.

    jadik kamu katakan membunuh tu tidak berdosa?
    http://id.wikipedia.org/wiki/Peraturan_perang_Islam
    jadik apakah jawapan anda?

    ReplyDelete