Pages

Sunday, July 14, 2013

Pertembungan yang panjang


Pertembungan yang panjang

Seorang ulamak terkemuka, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa tentang kewajiban ke atas semua rakyat Mesir untuk turun memberikan sokongan kepada Presiden Mesir yang sah yang telah telah dipilih melalui pilihanraya umum iaitu Ir Dr Muhammad Mursi.

Beliau menekankan kewajiban untuk mengheret keluar pihak ketenteraaan dari medan politik Mesir. Beliau menambah lagi, bahawa campur-tangan tentera dalam pemecatan Presiden telah menafikan sistem demokratik dan undang-undang. Beliau juga menegaskan bahawa para alim ulamak Universiti Al-azhar Sharif bersetuju dengan pendapat itu.

Dalam masa yang sama jutaan rakyat Mesir telah turun ke medan untuk mempertahan dan memperjuangakan hak-hak mereka yang termaktub di dalam undang-undang serta bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Tidak ada tanda-tanda bahawa mereka akan mengundur diri mahu pun menyerah kalah kepada pasukan bersenjata Mesir yang didalangi oleh pihak yang berkepentingan daripada dalam dan juga di luar negara.

Didoakan agar pasukan bersenjata Mesir 'berubah' pendirian dan mengembalikan kepimpinan kepada yang selayaknya secara terhormat.

Didoakan agar Ramadhan ini adalah Ramadhan yang bermakna buat rakyat dan negara Mesir, khususnya kepada para mahasiswa dan pengunjung dari Malaysia yang bermastautin di sana.

Moga-moga umat ini akan terus bekerja, berkeringat dan bergegas menuju kejayaan dan kemenangan yang hakiki di sisi Allah swt.


Baca lagi :

https://www.facebook.com/MesirKini?fref=ts

https://www.facebook.com/ismamesir?fref=ts
 

No comments:

Post a Comment