Pages

Saturday, August 17, 2013

Mengapa agama syiah sangat berbahaya?




Mengapa agama syiah sangat berbahaya?

1). Syiah menghalalkan darah orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah.Ini kerana syiah menganggap ahli sunnah adalah kafir dan musuh utama mereka.-rujukan kitab syiah: Muhammad bin 'Ali bin Babuwaih al-Qummi, 'ilal al-syarai', hlmn. 601, cetakan Najaf.

2). Syiah menghalalkan harta orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah.Orang syiah dibenarkan mengambil harta orang Islam dengan apa cara sekalipun.-rujukan kitab syiah: Abu Ja'far al-Tusi, tahzib al-ahkam, jil. 4, hlmn. 122, cetakan Dar al-kutub al-islamiah, Tehran.

3). Syiah menganggap semua Ahli Sunnah adalah najis.Ini kerana orang syiah menghukum Ahli Sunnah sebagai kafir dan menentang ahli Bait.-rujukan kitab syiah: Muhsin al-Hakim, Mustamsik al-'Urwat al-Wuthqa, jil. 1, hlmn. 391-393, cetakan ke-4 Matba'ah al-Adab, Najaf, thn. 1391.

4). Syiah melaknat jenazah dari kalangan Ahli Sunnah.Orang syiah tidak dibenarkan memandikan dan mensolatkan jenazah Ahli Sunnah, bahkan mereka digalakkan melaknat jenazah tersebut.-rujukan kitab syiah: Muhammad bin Muhammad bin al-Nu'man, al-Muqni'ah, hlmn. 85, cetakan Muassasah al-Nasyr al-Islami, Qom, Iran.

5). Syiah mengharuskan mengumpat Ahli Sunnah.Orang-orang syiah dibolehkan untuk mengumpat Ahli Sunnah kecuali orang-orang yang mengiktiraf imam-imam mereka.-rujukan kitab syiah: al-Rahil Ruh Allah al-Musawi al-Khumaini, al-Makasib al-Muharramah, jil. 1, hlmn. 251, cetakan Qom, Iran.

6). Syiah mengatakan agama yang benar ialah agama yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah.Sesuatu yang bertentangan dengan Ahli Sunnah dianggap betul pada pandangan syiah manakala apa yang dipegang oleh Ahli Sunnah adalah sesat dan kufur.-rujukan kitab syiah: al-Hur al-'Amili, Wasail al-Syiah, jil. 18,hlmn. 84.

7). Syiah mengharuskan menggunakan lafaz sumpah untuk menipu Ahli Sunnah.Orang syiah mengharuskan menipu Ahli Sunnah dengan menggunakan lafaz-lafaz sumpah kerana mereka dianggap bertaqiyyah.-rujukan kitab syiah: Murtadha al-Ansari, al-Taqiyyah, hlmn. 73.

8). Syiah menuduh semua Ahli Sunnah sebagai anak haram.Syiah mengatakan semua umat Islam yang lahir adalah anak haram kecuali anak-anak orang yang berfahaman syiah, mereka dipelihara daripada syaitan yang melakukan kejahatan.-rujukan kitab syiah: al-Bahrani, Tafsir al-Burhan, jil. 2, hlmn. 300, cetakan Dar al-Tafsir, Qom, Iran.

9). Syiah mencela dan mengkafirkan sahabat Nabi saw.Syiah mencela dan mengkafirkan sahabat terutamanya khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman dan menganggap mereka sebagai syaitan dan berhala Makkah.-rujukan kitab syiah: al-Kulaini, al-Kafi, jil. 8. Riwayat no. 523.

10). Syiah mencela imam mazhab dari Ahli Sunnah.Syiah mengatakan mazhab Ahli Sunnah adalah rekaan yang direka oleh pemerintah bahkan mereka mengatakan merekalah yang sebenarnya Ahli Sunnah.-rujukan kitab syiah: Dr. Muhammad al-Tijani, al-Syiah Hum Ahli al-Sunnah, hlmn. 84-287.

11). Syiah menghukumkan kafir kepada orang yang tidak beriman dengan imam-imam mereka yang 
12.Syiah beri'tiqad bahawa beriman dengan imam-imam adalah perkara usul dalam aqidah kerana Nabi telah melantik imam-imam mereka melalui nas!-rujukan kitab syiah: Muhammad bin 'Ali bin Babuwaih al-Qummi, al-i'tiqadat, hlmn. 103, cetakan Markaz Naysr al-Kitab, Iran.

12). Syiah mengatakan imam-imam mereka lebih mulia daripada para Nabi.Syiah mengatakan martabat imam-imam mereka sangat mulia yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana nabi kerana keyakinan imam-imam mereka lebih tinggi.-rujukan kitab syiah: al-Sayyid Amir Muhammad al-Kazimi al-Qazwaini, al-Syiah Fi 'Aqa'idihim Wa Ahkamihim, hlmn. 73, cetakan ke-2.

Kesimpulan: Dalam satu riwayat di dalam kitab syiah daripada Daud bin Farqad : (( aku bertanya kepada Abi Abdillah A.S: apa pandangan kamu tentang membunuh orang al-Nasib (iaitu Ahli Sunnah)? Dia menjawab: halal darah mereka, akan tetapi aku takut (mereka akan membalas) kepada kamu. Sekiranya kamu mampu, kamu terbalikkan dinding ke atasnya atau tenggelamkan mereka ke dalam air supaya orang tidak dapat mengesan perbuatan kamu, maka buatlah.

Rujukan kitab: Hatta La Nankhadi' Haqiqat al-Syiah. Karangan Abdullah [truncated by WhatsApp]
 

No comments:

Post a Comment