Pages

Monday, August 19, 2013

Zikir dan Amalan mengelak Fitnah Dajjal

Zikir bukan sahaja santapan rohani tetapi juga merupakan makanan untuk jasmani kita terutamanya diakhir zaman menghampiri Kiamat ini. Percaya atau tidak dengan berzikir boleh membuatkan kita hilang lapar, cuba banyakkan berzikir apabila berpuasa dan lihat kesannya. Dikatakan didalam sebuah hadits apabila Al-Masih Dajjal muncul ramai orang yang lemah iman mereka akan mengikuti dan menjadi pengikut Dajjal kerana Dajjal memegang kunci ekonomi dan rezeki. 
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.



Mereka yang menjadi pengikut Dajjal akan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah sedangkan mereka yg tidak mahu mengikut Dajjal akan menjadi miskin dan kebuluran. Orang yang beriman dikenyangkan hanya dengan berzikir kepada Allah SWT. Bukankah Allah SWT yang menciptakan lapar & kenyang, bukannya disebabkan oleh makanan.
Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui Dajjal sebagai tuhan akan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kontang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“.
Rasulullah s.a.w. bersabda “Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Sesiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparannya”
Orang yang berzikir hidup disisi Allah SWT dan orang yg tidak berzikir seumpama orang yg mati disisi Allah SWT. Sedangkan haiwan dan tumbuhan serta makhluk lain juga sentiasa berzikir kepada Allah SWT, apabila mereka berhenti berzikir disitulah berakhirnya riwayat mereka. 
Semua Makhluk Berzikir dan Bertasbih.
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al- Israa Ayat 44)
Semut dan katak juga berzikir kepada Allah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?
Rasulullah s.a.w. bersabda “suara katak itu tasbih, memuji Allah“ (Riwayat An-Nasai)
Fitnah Dajjal amat hebat dan kita mungkin tewas dan tidak mampu melawan kehebatan fitnah ini. Kerana itu kita harus mempersiapkan diri dengan menguatkan keimanan dan keyakinan kita kepada Allah SWT agar kita tidak terkesan dengan fitnah Dajjal yang amat hebat ini. Hanya Allah SWT sahaja dapat memelihara kita dari fitnah dan ujian ini.
Untuk menyelamatkan kita dari fitnah ini Nabi SAW menggalakkan kita agar menghafal/membaca 10 ayat permulaan dan 10 ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi. Kita juga digalakkan untuk mengamalkan Zikir harian seperti yang disarankan oleh ulama.
Sebagai orang awam, zikir harian yang di’prescribe’kan oleh Ulama adalah :-
1.            Istighfar – Sebagai tanda kita kasihkan diri kita yg berdosa ini
2.            Selawat – Sebagai tanda kita kasihkan Nabi Muhammad SAW
3.            Tasbihat – Subhanallah Alhamdulillah Laailaha illallah Allahu Akbar sebagai tanda kita kasihkan Allah dan bersyukur diatas segala nikmatNya.
Setiap Zikir diatas dibaca 100 kali pagi dan petang insyaallah memadai buat kita agar kita tidak termasuk didalam orang yang lalai. Zikir menghidupkan hati kita, amalkan selama setahun dgn istiqamah dan lihat perubahan jiwa & rohani kita. Antara zikir lain termasuk membaca Al-Quran dan juga Doa Masnun iaitu Doa Harian.
Semoga Allah SWT menghindarkan kita dari fitnah Dajjal ini dan matikan kita sebagai orang yang beriman. Marilah kita amalkan Zikir Harian dan 10 ayat didalam Surah Kahfi serta doa didalam Tahiyyat Akhir sebelum salam yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW :-

No comments:

Post a Comment