IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Tuesday, September 24, 2013
3 STRATEGI PERNIAGAAN ABDUL RAHMAN BIN AUF
Abdul Rahman bin Auf adalah merupakan salah seorang sahabat nabi yang
dijanjikan syurga. Beliau juga adalah merupakan salah seorang saudagar
yang paling kaya ketika di zaman nabi.
Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: "Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?"
Jawabnya: 1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit... 2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta... 3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran...
Apa yang boleh dihuraikan dari nasihat beliau ini ialah:
1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Kadangkala, ada di kalangan
pelanggan kita yang ingin membeli produk kita dengan kuantiti atau harga
yang sedikit. Jangan sesekali mengabaikan mereka. Layanlah mereka
sebaik mungkin sepertimana kita melayan pelanggan yang membeli "banyak"
dari kita. Insyallah, bermula dari pembelian yang sedikit dari pelanggan
tersebut, apabila dia menerima layanan yang terbaik, pelanggan itu akan
datang semula dan membeli lagi berulang-ulang kali. Lebih menakjubkan
lagi, si pelanggan tadi, mungkin akan menjadi si tukang promosi bagi
perniagaan kita apabila dia merekemenkan kita kepada rakan-rakannya yang
lain.
2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan
segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini,
kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang
tinggi.
3. Penjualan hanya secara tunai.. Sememangnya
itulah yang terbaik apabila kita menjual produk kita kepada pelanggan.
Elakkan menjual secara hutang. Menjual produk secara hutang sebenarnya
boleh menimbulkan pelbagai risiko yang akhirnya akan mengugat perjalanan
perniagaan kita.
~ Rakan ushawan semuga PERKONGSIAN membawa manafaat ~♥ iman
No comments:
Post a Comment