Pages

Sunday, September 15, 2013

Logik Dan Syaitan


LOGIK DAN SYAITAN

Nas syara tidak sesekali bertentangan dengan logik akal.
Cuba perhatikan ayat:
يا أيها الذين ءامنوا إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا.
"Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya orang musyrikin itu hanyalah najis. Janganlah mereka mendekati tanah haram (Makkah) pada tahun mereka ini" [At-Taubah:28]
Ini nas perintah daripada Allah.

Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata:
لما نفى الله المشركين عن المسجد الحرام، ألقى الشيطان في في قلوب المؤمنين الحزن، قال: من أين تأكلون وقد نفي المشركون وانقطعت عنهم العير، فنزلت: وإن خفتم عيلة فسوف قسوف يغننيكم الله من فضله إن شاء. فأمرهم بقتل أهل الكتاب فأغناهم.
Apabila Allah menghalau orang Musyrikin daripada tanah haram, SYAITAN MENCAMPAKKAN KESEDIHAN pada hati-hati orang beriman. Syaitan berkata: Dari mana sumber makanan kamu sedangkan kaum musyrikin telah dihalau dan tersekat kafilah pedagang?

Maka, Allah berfirman: "Jika kamu takut akan kefakiran, maka Allah akan mencukupkan kamu dengan kurniaanNya jika dia kehendaki".

Maka Allah memerintahkan mereka untuk memerangi ahli kitab dan mencukupkan mereka dengan kurniaannya. [Tafsir At-Tobari 14/193]

Logiknya kamu Muslimin di Makkah akan kebuluran dan rugi dalam perniagaan mereka. Namun, Allah menjelaskan bahawa logik mereka itu tidak benar.
Begitu juga dalam nas-nas Syara' yang lain.

Jika ada logik yang bertentangan dengan nas, maka ketahuilah bahawa SYAITAN telah mencampakkan LOGIK tersebut seperi kata Ibnu Abbas.

Semoga Allah pelihara kita daripada mendahulukan logik akal daripada nas Syara. Dan daripada Syaitan, pengikut modennya dan logik mereka.
[Syukran; ARAR. 15/9/2013].

No comments:

Post a Comment