Pages

Monday, September 9, 2013

Syiah lebih bahaya dari Komunis..



Syiah lebih bahaya dari Komunis, mufti gesa putus hubungan dengan Iran

Presiden baharu Iran, Hassan Rouhani. Gambar oleh Reuters.Presiden baharu Iran, Hassan Rouhani. Gambar oleh Reuters.Ajaran Syiah lebih berbahaya berbanding fahaman Komunis, kata Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta menggesa kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang mempunyai majoriti penganut mazhab itu.

Wan Zahidi berkata, meskipun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak sekian lama, negara berkenaan tidak pernah menyebarkan fahaman komunis melalui hubungan diplomatik, dan perkara itu jelasnya berbeza dengan pegangan penganut Syiah.

Malah, katanya, kajian beliau sejak 1980-an mendapati, ajaran Syiah juga lebih berbahaya berbanding Yahudi dan Nasrani.

"Dua puak ini tidak pernah mencerca sahabat Nabi Musa dan Nabi Isa sebaliknya mereka menyanjung sahabat mereka. Ini berbeza dengan Syiah, mereka mencerca sahabat Rasullullah," katanya dipetik akhbar Utusan Malaysia ketika bercakap dalam satu forum bertajuk Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam.

"Walaupun kita ada hubungan dengan China sejak zaman Tun Abdul Razak, kerajaan itu tidak pernah menyebarkan fahaman mereka melalui hubungan diplomatik," katanya.

Wan Zahidi berkata, tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran akan dapat mengekang penularan fahaman berkenaan daripada tersebar secara meluas.

Kenyataan mufti itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu cuma dihalang untuk menyebarkannya kepada orang ramai.

Awal bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran, Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang ditakuti negara Barat kerana kelantangannya menyuarakan bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Israel “membuli” negara lain. – 9 September, 2013. 

No comments:

Post a Comment