IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga. Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Friday, October 25, 2013
Inilah ‘gharar’ dan ‘Jahalah’ dalam harga perkhidmatan.
807. Soalan : Saya pernah membuat rawatan di Pusat Perubatan Swasta kerana sakit tulang belakang. Sebelum berjumpa doktor saya telah dipinta membayar wang pendaftaran. Ujian air kencing dan darah di jalankan dahulu baru ujian X-ray di jalankan. Doktor pakar tulang telah membuat pemereksaan terdapat sedikit keretaakan tidak perlu menjalani pembedahan hanya makan beberapa ubat untuk memulihkan keretakan tersebut. Ubat-ubatan yang berbagai jenis dan terpaksa diambil di farmasi hospital tersebut.
Soalan saya adakah cara hospital tersebut mengenakan cas dan kos yang tinggi di setiap rawatan yang dijalankan adakah halal darisegi syarak kerana saya tidak diberitahu kos setiap rawatan, perundingan kesihatan , X-Ray dan ubat-ubatan?
Adakah terdapat gharar dalam perniagaan tersebut?
Jawapan :
Inilah ‘gharar’ dan ‘Jahalah’ dalam harga perkhidmatan.
Definisi Gharar menurut istilah Shariah ialah:
ما يكون مستور العاقبة أو الخطر الذي يستوي طرفاه , أي الوجود والعدم
Ertinya: Apa yang terlindung penghujungnya dan risiko yang sama tahap mungkin wujud atau tidak. (Bada’i As-Sonai’e, Al-Kasani, 5/263 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 3/194)
Nabi Muhammad SAW menegaskan:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الغرر
Ertinya: “Nabi melarang daripada mengurus perniagaan dengan Gharar” (Hadis Riwayat Muslim, 5/3 )
Jahalah pula bermaksud ketidaktahuan dengan jelas samada barang dibeli, atau harga barang yang perlu bayar. Justeru, secara ringkas, soalan saudara di atas termasuk dalam kategori ‘jahalah’ dan boleh juga dikategorikan sebagai ‘gharar’ atau ketidaktentuan.
Para doktor perlu sedar, pendapatan mereka yang dihasilkan dengan cara ini adalah ‘syubhah’ manakala sebahagiannya boleh dianggap tidak sah menurut Shariah.
Cara perniagaan seperti ini tidaklah haram, tetapi cara ini kurang baik, syubhah dan adakalanya boleh membawa kepada gharar fashiyh atau gharar besar yang merosakkan aqad.Barangkali orang ramai telah biasa dan rela dengan cara ini, maka isu gharar dan kezaliman cara pengiraan ini tidak begitu ketara. Cuma adalah terlebih baik jika ia dapat diperbaiki.
Ini kerana disebutkan oleh ulama islam ketika menerangkan tentang gharar bahawa :-
باع ما لم ير ولم يوصف له فلم يصح
Ertinya : Kerana ia adalah jualan barang yang tidak dilihat dan tidak disifatkan, maka ia tidak sah ( AL-Mughni , 4/15 )
Apabila tidak diberitahu harga dan juga tidak ada dimaklumkan cara kiraan yang dikenakan keatas pesakait ianya boleh menjadi gharar yang besar.
Apa yang perlu dilakukan adalah mereka PERLU mendedahkan dengan jelas sebarang kos rundingan atau rawatan sebelum ianya dilakukan. Jika perlu letak gantung di depan pintu atau di papan kenyataan senarai harga untuk rundingan atau rawatan.
Cara ini dapat mengelakkan dari Jahalah (ketidaktahuan) dan Gharar (ketidaktentuan) yang besar (gharar fashisyh) dari berlaku dalam pendapatan mereka.
Selain kos perundingan, kos ubat-ubatan yang diberikan juga menjadi ‘jahalah’ dan ‘gharar’ kedua.
Isunya adalah ubat-ubatan tersebut mempunyai harga yang pelbagai. Adakalanya kita tidak boleh memilih, sedangkan mungkin wujud ubat yang sama fungsinya tetapi lebih murah. Malangnya, doktor telah menulis kepada farmasi untuk diberikan ubat tertentu, maka pesakit tiada kuasa melihat harga, berbincang harga dan fungsi ubat. Jika boleh berbincang, maka masalah ‘jahalah’ dapat dielakkan.
Pesakit sememangnya jarang bertanya, semuanya seolah-olah redha dengan apa juga harga yang diletakkan tanpa banyak soal. Itu bagi yang berkemampuan, bagaimana jika tidak berkemampuan.? Redha begini adalah tidak begitu menepati kehendak Shariah.
Ringkasnya, bagi mengelakkan jahalah dan gharar :-
1) Harga rundingan doktor perlu di nyatakan sebelum rundingan bermula.
2) Jenis ubat dan harga setiap ubat yang ingin dicadangkan kepada pesakit perlulah diberitahu.
3) Semua harga rawatan, pembedahan dan yang berkaitan perlu dimaklumkan sebelum ianya dilakukan.
Sesetengah hospital swasta telah mensyaratkan atau seolah mensyaratkan perkhidmatan ini dengan ubat ditempatnya sahaja. Ini sekali lagi membawa masalah Shariah di dalam industri perubatan apabila pesakit seolah dipaksa secara pakej untuk berubat dan membeli semua ubat yang dicadangkan tanpa sebarang soal. Biasanya pesakit memang tidak menyoal kerana mereka sakit dan hanya ingin sembuh secepat mungkin. Oleh kerana bimbang hasrat ingin sembuh ini menyebabkan mereka dinafikan hak untuk mengetahui harga ubat dan hak memilih.
~Abu Basyer
No comments:
Post a Comment