IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Thursday, October 24, 2013
Misi kristianisasi di sebalik penggunaan kalimah Allah
Misi kristianisasi di sebalik penggunaan kalimah Allah
BANGI, 23 Okt – Desakan terus-menerus pihak Kristian untuk
menterjemahkan God kepada Allah dalam penerbitan berbahasa Melayu adalah
satu misi kristianisasi yang halus dan licik.
Menurut Naib Presiden I Ikatan Muslimin
Malaysia, misi kristianisasi ini cukup jelas apabila mereka
bersungguh-sungguh mahu menggunakan perkataan Allah hanya dalam terbitan
bahasa Melayu.
“Mereka tidak mahu menukarnya dalam
bahasa Inggeris, Cina mahupun Tamil. Sedangkan pembaca Bible dalam
bahasa Melayu tidak ramai.
“Maknanya terbitan itu ditujukan kepada
orang Melayu. Ini kita lihat satu niat yang cukup jelas dalam misi
kristianisasi oleh pihak mereka,” ujarnya.
Katanya dalam satu rancangan DIMENSI
terbitan TV ISMA, beliau bercakap berasaskan pada bukti, berdasarkan
kepada sejarah di India, berdasarkan kepada pengakuan paderi sendiri
bahawa mereka tidak mahu umat Islam terus menolak di peringkat awal,
mereka nak orang Melayu terus membaca.
“Kita melihat pengalaman yang berlaku
di India, di benua India dalam kurun ke-19. Apabila Kristian datang ke
sana, mereka menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Benggal.
“Masyarakat di Benggal mempunyai Tuhan
tempatan orang bernama Ishwar. Mereka menterjemahkan God kepada Ishwar.
Mengapa diterjemahkan God kepada Ishwar?
“Itu maknanya strategi untuk
mengkristiankan orang tempatan iaitu dengan menggunakan nama tuhan orang
tempatan. Hal ini kerana orang Kristian sendiri mengakui bahawa masalah
mereka dalam kristianisasi, adalah masalah linguistik.
“Apabila mereka menukarkan kepada
Ishwar, maka orang tempatan akan merasakan bahawa kitab yang dibaca itu
kitab mereka dan tidak menolak pada peringkat awalnya dan terus
membaca,” jelasnya.
Oleh itu ujar Ustaz Fauzi, taktik yang sama juga digunakan kepada orang Islam dengan menukarkan God kepada perkataan Allah.
Orang Islam yang muda-muda tidak akan
terus menolak, malah mereka akan terus membaca. Samaada terkesan atau
tidak terkesan itu bergantung kepada iman seseorang.
“Begitu juga jika di Indonesia, kenapa ramai murtad di Indonesia? “Antara puncanya di sebelah sini rumah
Allah masjid, di sebelah lagi rumah Allah gereja. Orang melihat agama
itu sudah sama. Akhirnya orang pergi kepada agama yang sama,” terangnya
lagi.
Justeru tambah Ustaz Fauzi, melihat
kepada kesungguhan orang Kristian untuk menggunakan kalimah Allah
menggantikan perkataan God, ia adalah kesungguhan yang cukup luar biasa
seolah-olah ada udang di sebalik batu.
No comments:
Post a Comment