Pages

Friday, November 29, 2013

Maka Imam Syafie juga tidak terlepas daripada tohmahan sebagai wahabi..


Nik Ahmad Farhan kata Wahabi ialah isbat dan nafi sifat Allah.

Maka Imam Syafie juga tidak terlepas daripada tohmahan sebagai wahabi kerana berpegang kepada manhaj yang sama.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani Asy-Syafi’e rahimahullah (852H) di dalam kitabnya Fath Al-Bari Bi Syarh Shahih Al-Bukhari, 13/407 telah menukilkan perkataan Ibn Abi Hatim sebagaimana yang diriwayatkan daripada Yunus Ibn ‘Abd al-A’la:

سمعت الشافعي يقول: لله أسماء وصفات لا يسع أحدا ردها ومن خالف بعد ثبوت الحجة عليه فقد كفر، وأما قبل قيام الحجة فإنه يعذر بالجهل لأن علم ذلك لا يدرك بالعقل ولا الرؤية ولا الفكر، فنثبت هذه الصفات وننفي عنه التشبيه كما نفى عن نفسه.

“Aku dengar Asy-Syafi’e berkata: “Allah mempunyai nama-nama dan sifat-sifat yang tidak boleh sesiapa pun menolaknya dan sesiapa yang menyalahinya setelah nyata hujah ke atasnya, maka sesungguhnya dia telah kufur. Adapun sebelum tertegaknya hujah, maka sesungguhnya dia dimaafkan di atas kejahilan itu kerana ilmu yang demikian tidak boleh dicapai melalui akal, mimpi atau fikiran. Maka kita menetapkan (isbat) sifat-sifat ini dan kita juga menafikan tasybih (penyerupaan makhluk) dari-Nya sebagaimana Dia menafikannya dari diri-Nya.”


~ Mohd Hairi Nonchi

No comments:

Post a Comment