Pages

Sunday, December 15, 2013

"Kafirkah Aku" : terbaru beliau menulis buku "Khianatkah Aku", Cikgu Non


Pengaruh Syiah yang disebarkan oleh orang politik...
 
 Di dalam buku Kafirkah Aku, Cikgu Non, ahli seumur hidup PAS menceritakan bagaimana dia sendiri yang terpengaruh dengan Amanat Hadi yang dibuat oleh Hadi pada 7 April 1981 itu, telah mengkafirkan ayah kandungnya! Dan yang paling beliau kesal ialah beliau tidak sempat memohon ampun dan maaf daripada Allahyarham Haji Ismail, ayah kandungnya sendiri!

Kekesalan itu bertambah parah kerana Cikgu Non teringat kepada hadis Rasulullah saw yang bersabda, "sesiapa yang mengkafirkan seorang Muslim dan ternyata tidak benar, maka kafir itu kembali kepadanya"

Cikgu Non bukan sahaja kesal mengkafirkan Allahyarham bapanya dan tidak sempat memohon ampun, yang dia lebih kesal dan khuatir ialah tuduhan kafir itu kembali semula kepadanya.

Atas keinsafan itulah maka Cikgu Non menulis buku Kafirkah Aku. Tujuan beliau hanya satu, untuk mendedahkan kesan buruk dan serius Amanat Hadi Awang, dan semoga sesiapa yang membacanya dan terlibat dengan kafir-mengkafir ahli UMNO ini segera sedar dan bertaubat dan memohon keampunan kepada sesiapa yang pernah dikafirkan.

Beliau juga berharap buku Kafirkah Aku itu akan menjadi kifarah dan penebus dosanya kerana pernah mengkafirkan Allahyarham bapanya.

"Amanat Hadi Awang 1981"

"Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku".
  "Amanat Hadi Awang 2003"

"Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR_PAS) dahulu, maka PAS perlu membuat satu perngorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan
Negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat Federal. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan kini di peringkat Federal. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan Demokratik dan Adil diperingkat Federal atau Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!".
  
Sejauh mana kita boleh mendakwa perilaku berdasarkan segala bukti yang telah dikumpulkan oleh KDN. Ini amat penting dalam memastikan rakyat faham bahawa fahaman Syiah yang seolah-olah didokong oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini merupakan fahaman yang sesat nyata
Syiah bakal merosakkan akidah umat Islam dan seterusnya menggugat keamanan Negara. Tindakan yang tegas dan bijak perlu bagi menangani isu ini. Jangan sampai isu ini menjerat leher kita dengan manipulasi perundangan yang selama ini dijuarai oleh pakatan pembangkang.
  Terbaru beliau menulis buku "Khianatkah Aku" untuk bacaan penyokong2 PAS.




No comments:

Post a Comment