Pages

Thursday, December 19, 2013

MANHAJ AT TALAQQI WAL ISTIDLAL : Pendirian Orang Musyrik Terhadap Hujah-Hujah Yang Nyata

 

 

EDISI MANHAJ AT TALAQQI WAL ISTIDLAL : Pendirian Orang Musyrik Terhadap Hujah-Hujah Yang Nyata

December 18, 2013 at 3:02pm
Segala puji hanya bagi ALLAH Azza Wa Jalla Rabb semesta alam .Kami memuji-NYA, memohon pertolongan dan meminta ampunan kepada-NYA. Kami berlindung kepada ALLAH dari kejelekan diri-diri kami dan dari keburukan amalan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh-NYA maka tidak ada seorang pun yang dapat memberinya petunjuk. Kami bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali ALLAH Azza Wa Jalla,tidak ada sekutu bagi-NYA dan hanya kepada NYA kami berserah diri. Dan kami juga bersaksi bahawa Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam adalah hamba dan rasul-NYA. Amma Ba'du.

Kuliah ini disampaikan oleh
Profesor Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman
Jabatan Al Qur’an dan As Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Makluman : Sebahagian isi dari nota ini telah saya olah dengan perkataan saya sendiri.

Alhamdulillah, dinota kuliah yang telah lalu kita telah pun selesai membincangkan tanda-tanda penghujahan dan pemikiran jahiliah. Adapun didalam nota hari ini kita akan memasuki bab baru iatu Pendirian Orang Musyrik Terhadap Hujah-Hujah Yang Nyata.

Apabila telah terseleweng timbangan pemikiran penghujahan disisi orang Musyrik dan ahli kebatilan maka mereka akan mula teraba-raba didalam kegelapan kejahilan. Apabila mereka tidak berupaya membawa hujah yang benar dan shahih maka mereka akan berdebat dengan degil dan berbalah dengan kasar dengan orang yang menyeru kepada kebenaran. Bawalah dalil yang sebanyak mana sekalipun, namun tetap sahaja mereka tidak mahu menerimanya. Keadaan ini diceritakan ALLAH didalam surah Hud Ayat 32 iatu tentang Kaum Nabi Nuh yang tidak mampu berhujjah akhirnya membalas hujjah dengan cara yang bathil.



Sekarang kita akan mempelajari bagaimana keadaannya orang musyrik dan ahli kebatilan di dalam mempertahankan kesesatan yang mereka kerjakan. Walaupun kita sedang mempelajari akhlaknya orang musyrik dan kaum jahiliah namun akhlak ini telah kita dapatkan pada umat Islam pada hari ini. Zaman Jahiliah telah jauh meninggalkan kita namun yang disayangkan adalah masih sahaja pemikiran dan cara akhlak mereka menempel pada sebahagian umat Islam hari ini. ( baca : yang mendokong firqah sesat seperti Pendokong Bid'ah, Syiah , Khowarij, Quraniyyun, Jahmiah ,Mukthazilah , Al Asyairah , Sufi dan seumpamanya)

Perhatikan peta minda dibawah bersama kronologi yang ditunjukkan dengan anak panah berwarna hijau.



Silalah semak sepanjang kita berdepan dengan pengikut/ pendokong bid'ah adakah hal-hal semacam ini ada pada diri mereka dalam menentang hujjah yang benar ? Maka janganlah terkejut kerana kelakuan begini telah dikisahkan oleh ALLAH apabila menerangkan kisah kaum musyrikin dan jahiliah apabila berdepan dengan hujjah yang benar.

Sekarang kita akan membincangkan berkenaan cara yang pertama iatu Al Mujadalatu bil Bathil ya'ni Mereka akan membalas hujjah yang diberikan tetapi dengan cara bathil atau tidak cerdik. Perhatikanlah didalam bagaimana ALLAH menceritakan keadaan mereka ini :



Yang kedua (ya'ni B) adalah Al Mu'anadah Wal istiqbal yang bermaksud Degil Dan Takkabur. Apabila gagal dalam berhujjah maka mereka akan menjadi degil dan takkabur, menolak kebenaran yang telah sampai kepada mereka.




Sungguh indah akan soalan yang ditanyakan oleh ALLAH kepada golongan ini, perhatikan .




Dan ALLAH Ta'ala juga berfirman ;




Mengapakah kita mempelajari akan keburukan-keburukan kaum Musyrikin dan Jahiliah ini ?

Tidak lain tidak bukan agar kita tidak terjerumus ke dalamnya. Sebagai orang Islam, akhlak kita apabila diberikan dalil dari Al Qur'an dan As Sunnah sebagaimana yang difahami oleh para sahabat Radhiyallahu anhum ajma'in adalah untuk mendengar dan ta'at. Apabila kita menolaknya dengan alasan; ' Syaikh itu telah berkata', ' pada pendapat saya' , 'ramai orang buat' , maka ini adalah antara jawapan yang didasari hawa nafsu. Akhlak yang semacam ini tidak sewajarnya tertempel pada diri kita, lebih-lebih lagi yang mengakui diri mereka sebagai Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Silalah sahabat luangkan masa untuk membaca hadis shahih tentang Hudzaifah Al Yamani Radhiyallahu Anhu yang bertanyakan kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam hal-hal keburukan agar dia dapat menjaga dirinya dari terjerumus ke dalamnya.

Ingin juga saya kongsikan akan puisi/syair dari Imam Syafie Rahimahullah iatu ;

Saya tahu keburukan,
Bukan untuk melakukan keburukan,
Tetapi untuk melindungi diri saya darinya,
Begitu ramai orang tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan,
Akan terjerumus ke dalam keburukan.

Setakat disini dahulu nota kuliah hari ini. Di nota kuliah akan datang kita akan membincangkan tentang hal selanjutnya iatu Al Jahdu Bil Haqqi Ba'da Zuhuri 'Alamati iatu Menolak Kebenaran Setelah Jelas, In shaa ALLAH. Semoga tulisan ini bermanfaat bagi kaum muslimin. Barakallahu Feekum.


~ Rabiah Rosdi Yaman

No comments:

Post a Comment