IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Friday, February 14, 2014
Lim, kekufuran adalah ekstrim sebenar
Lim, kekufuran adalah ekstrim sebenar
BANGI, 13 Feb – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah
Zaik Abd Rahman mengingatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa
kekufuran adalah ekstrim yang sebenar. Disebabkan kekufuran, hakikat kewujudan tuhan tidak dirasai dan ia membawa kepada rasa tidak bersyukur. “Lim, kekufuran itulah yang sebenarnya
ekstrim. Orang kafir yang tidak beriman dan tidak percaya hakikat Allah,
Tuhan yang mencipta tidak akan tahu bersyukur. Itulah punca kepada
ketegangan yang berlaku di dalam negara ini,” katanya kepada wartawan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas
seruan Lim Kit Siang kepada golongan moderat untuk sama-masa melawan
kumpulan pengkhianat negara yang telah mencetuskan kekacauan dan
ketegangan kaum.
Sebaliknya ujar Ustaz Abdullah,
kekacauan berlaku apabila orang kafir yang tidak tahu bersyukur mula
menuntut dan mencabar pelbagai perkara termasuk kedaulatan Islam dan
perlembagaan.
“Mereka tidak tahu menghargai nikmat.
Tidak bersyukur. Sebab itu mereka mencabar Allah, rasul, perlembagaan
dan kontrak sosial yang telah dipersetujui selama ini.
“Mereka mencabar agama Allah dan mahu sistem yang berasaskan kepada athies sebagai cara hidup,” jelasnya lagi.
Tambahnya, tuntutan-tuntutan melampau
yang diperjuangkan oleh DAP dan puak-puak di dalam PR adalah kemungkaran
besar yang patut dihalang.
“Ia (perjuangan DAP dan PR) tidak ada
kena mengena dengan kesederhanaan. Kalau itu dianggap moderat maka ia
merupakan seburuk-buruk kekufuran,” ujarnya lagi.
Lim Kit Siang menyatakan dirinya dan
DAP adalah kumpulan moderat yang menentang ketegangan kaum semasa
berucap di Forum Legasi Tunku Abdul Rahman di Kolej New Era, Kajang pada
Isnin lalu. http://www.ismaweb.net/v4/2014/02/lim-kekufuran-adalah-ekstrim-sebenar/
No comments:
Post a Comment