Pages

Wednesday, March 26, 2014

Bagaimana Para Jurutera Membuat Rumusan MH370 Terhempas Di Selatan Lautan Hindi




Bagaimana Para Jurutera Membuat Rumusan MH370 Terhempas Di Selatan Lautan Hindi 

Najib mengumumkan yang penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - penemuan konklusi yang beliau rujuk kepada hasil analisis data yang diperolehi daripada satelit Inmarsat dan siasatan yang disahkan sebagai kukuh oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Namun begitu laporan awal yang diterima daripada salah sebuah satelit Inmarsat pada 11 Mac lalu iaitu tiga hari selepas pesawat berkenaan hilang adalah permulaan kepada konklusi ini dan membantu para jurutera dan pasukan siasatan antarabangsa untuk mengecilkan pusat pencarian kepada koridor utara dan selatan bermula dari tempat terakhir ia dikesan oleh radar tentera Malaysia di Butterworth.

Pada hari-hari berikutnya selepas data itu diperolehi, para jurutera telah menggunakan satu kaedah yang dianggap sebagai kiraan matematik yang tradisional tetapi ternyata berkesan berjaya menjuruskan carian ke selatan Lautan Hindi.

Jadi, bagaimanakah para jurutera ini mengenalpasti yang koridor selatan adalah laluan sebenar pesawat berkenaan?

Kesimpulan mereka adalah berasaskan penyelidikan yang dipanggil Kesan Doppler - satu teori yang dinamakan sempena saintis fizik bernama Christian Doppler yang mengesyorkan bahawa frekuensi sesuatu gelombang bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu objek berubah mengikut jarak daripada pemerhatinya.
Dalam kes unik ini, MH370 telah menghantar 'ping' sebanyak enam kali kepada satelit Inmarsat dalam tempoh enam jam ketika ia sedang terbang tanpa dikesan di atas Lautan Hindi dengan transponder di dalam pesawat itu tertutup.

Gelombang bunyi 'ping' itu - yang ditermakan sebagai tanda menjabat tangan - dihantar menerusi antena Boeing 777 tersebut kepada salah sebuah daripada 10 satelit Inmarsat. Sebagai respon, satelit yang menerima isyarat gelombang bunyi tersebut terus menghantar isyarat semula kepada pesawat MH370 setiap jam selagi ia masih berfungsi dan bergerak sebagai 'tanda isyarat diterima.'
Isyarat 'ping' tersebut terhenti selepas jam yang keenam - menandakan yang pesawat berkenaan tidak lagi berfungsi dan mengeluarkan gelombang isyarat.

Hasilnya, para jurutera di Inmarsat membuat kiraan menggunakan teori "Gerakan Doppler" - yang bermakna mereka mula mengira kedudukan 'ping' yang terakhir berasaskan perubahan walau sekecil mana sekali pun frekuensi 'ping'yang terhasil ekoran pergerakan pesawat itu dengan jarak 'pemerhatinya' iaitu satelit Inmarsat.

Para jurutera yang bertungkus lumus menganalisa bunyi 'ping' tersebut kemudiannya membuat perbandingan dengan data yang diperolehi daripada pesawat Boeing 777 lain yang keluar masuk di sekitar kawasan tersebut untuk melihat di manakah Kesan Doppler itu sepadan dengan data yang diperolehi dari MH370.
"Mereka bekerja tanpa henti selama enam hingga tujuh hari,"kata jurucakap Inmarsat, Chris McLaughlin, dengan pasukan penyiasat antarabangsa yang lain membuat kesimpulan hasil daripada penemuan luar biasa ini.

Rumusannya ialah gelombang bunyi 'ping' yang dihantar oleh antena Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia datang dari koridor selatan dan bukannya utara. Itu adalah rumusan muktamad hasil daripada data yang dikumpulkan oleh satelit Inmarsat dan disahkan kesahihannya oleh AAIB.

Hasil rumusan penemuan itu dicapai pada 21 Mac dan pegawai-pegawai AAIB memberi taklimat terus kepada perdana menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kemudiannya menegaskan yang analisa menggunakan teori ini belum pernah dilakukan di dalam siasatan kemalangan pesawat.


---------------------------------------

~http://www.hmetro.com.my/articles/DataINMARSATpetunjukutama/Article?BeritaUtama

------------------------------------------------
 Profesor Madya Dr Aduwati Saleh
~ https://www.facebook.com/photo.php?v=567451556704478

~https://www.facebook.com/photo.php?v=616009225134806&set=vb.106812712721129&type=2&theater
-------------------------------------------------------

Misteri MH370 terbongkar
http://www.sebastianphiu.com/2014/03/barat-cuba-selindung-fakta-sebenar.html

No comments:

Post a Comment