Pages

Sunday, March 9, 2014

BEZA TOKOH ASYA'IRAH ZAMAN AWAL DENGAN PENGAKU ASYA'IRAH ZAMAN SEKARANG

 

 

BEZA TOKOH ASYA'IRAH ZAMAN AWAL DENGAN PENGAKU ASYA'IRAH ZAMAN SEKARANG


Ketahuilah bahawa terdapat perbezaan yang mendasar antara para tokoh 'Asya'irah pada zaman awal dengan mereka yang MENGAKU sebagai Asya'irah pada hari ini.

 Perbezaan ini dilihat daripada dua sudut seperti berikut: 

PERTAMA

Tokoh Asya'irah yang awal mentakwil nas sifat atas dasar membentengi akidah umat daripada permainan kotor golongan musyabbihah dan mujassimah yang mengambil zahir nas sifat sebagai dalil bahawa Allah adalah sama dengan makhluk. 

Berbeza dengan pengaku Asya'irah zaman sekarang yang mentakwil nas atas dasar anti kepada nas itu dan menganggapnya sebagai mentasybihkan Allah. Di sini mereka telah menunjukkan bahawa pada asalnya merekalah berakidah tasybih lalu cuba untuk lari daripadanya dengan menolak nas melalui jalan takwil. Bahkan jika diperhalusi, ternyata akidah mereka bukan sahaja mirip kepada akidah musyabbihah, bahkan juga Mutazilah, Qadariyyah dan Jahmiyyah. 

KEDUA

Tokoh Asya'irah yang awal tetap mengunggulkan akidah Salaf meskipun dalam situasi tertentu mereka memilih manhaj takwil. Pada masa yang sama, mereka sama sekali tidak pernah mengkafirkan sesiapa sahaja yang mengikuti manhaj Salaf, yakni menetapkan sifat Allah tanpa tasybih, tanpa tajsim dan tanpa takwil. 

Berbeza dengan para pengaku Asya'irah zaman sekarang yang bukan sahaja memfitnah Salaf tidak memahami makna nas sifat, bahkan mereka begitu rakus mengkafirkan sesiapa sahaja yang menetapkan sifat Allah tanpa takwil

March 9, 2014


 https://www.facebook.com/notes/mohd-hairi-nonchi/beza-tokoh-asyairah-zaman-awal-dengan-pengaku-asyairah-zaman-sekarang/866294806730111

No comments:

Post a Comment