IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Friday, March 21, 2014
RAPATKAN SAF
BETULKAN & RAPATKAN SAF
Dari Anas r.a,dari Nabi Muhammad s.a.w, bersabda baginda “ Betulkanlah
saf- saf(barisan) kamu semasa solat berjemaah, kerana sesungguhnya
pembetulan saf-saf itu ( adalah ia) dari amalan mengerjakan solat dengan
sempurna (H.R.Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah,dari
Rasulullah s.a.w.,sabda baginda:
“ Sesungguhnya Allah SWT dan para
malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang merapatkan
barisan-barisannya dalam solat,”(H.R. Ahmad, Ibnu Majah disahkan oleh
Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hiban & Hakim) Ibnu Majah menambahkan :
Barangsiapa yang menutup celah dalam solat berjemaah, maka Allah SWT
akan mengangkat orang itu satu darjat. BETULKAN SAF SEBELUM ATAU SELEPAS QAMAT ? ( Lihat di Masjid/Surau Tuan2, Biasanya QAMA T dahulu,lepas itu Imam betulkan saf,lalu solat)
Nabi s.a.w. membetulkan saf sebelum Qamat. Rapatkan saf dengan merapatkan bahu dan samakan tumit kaki iaitu belakang kaki.
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w.sabda baginda “ Luruskan saf!. Aku dapat
melihatmu dibelakangku. Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan
bahu kawannya dan tumit dengan tumit.
“ Rapatkan saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu bahu.” (H.R. Abu Daud & an-Nasai ).
RAPAT SAF,RAPAT PERPADUAN
Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a…dia berkata, “ Rasulullah s.a.w.
biasa masuk memeriksa ke saf- saf bermula dari satu hujung (sisi) ke
hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “ Jangan
lah kalian berbeza ( tidak lurus safnya) , kerana akan menjadikan hati
kalian berselisih” (H.R. Muslim)
ALLAH SWT TERIMA SOLAT YANG SEMPURNA SAFNYA.
Berikan penghormatan kepada Allah SWT, secara zahirnya dengan
meluruskan & merapatkan sepertimana polis/askar memberi penghormatan
kepada ketuanya yang memeriksa perbarisan.
SYAITAN TIDAK MASUK SAF YANG RAPAT
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Demi jiwaku yang
ada di tangan-Nya (kekuasaan Nya), aku melihat syaitan masuk di
celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing” ( Diriwayatkan oleh
Abu Daud,no.666. an-Nasa’i,2/93. Ahmad,2/97)
Saf yang rapat
tidak dimasukki syaitan,(walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh
memasukkinya melalui celah betis).Begitu juga rumah yang dibaca
BISMILLAH sebelum ditutup pintu (walaupun syaitan boleh masuk melalui
lubang, ia tidak masuk),atau makanan yang ditutup dan dibaca Bismillah.
No comments:
Post a Comment