Pages

Thursday, March 27, 2014

Slogan ‘Freedom’ IIIuminati Senjata Baru Tumbangkan Kerajaan

 



Slogan-slogan itu diciptai oleh pemilik bank antarabangsa sebagai senjata politik untuk mencapai matlamat New World Order (NWO).
“Apabila mereka berakidah ‘Humanisme’, mereka kata, Tuhan tidak ada, yang penting ‘demokrasi’. Sistem yang berteraskan atas sistem bank ribawi, bursa saham menyerupai ‘kasino global’. Ia seakan-akan menjadi enjin untuk pembangunan negara. Enjin ini boleh jadi sakit, boleh meletup seperti yang sedang berlaku sekarang di Eropah dan di Amerika. Cuma kali ini mungkin natijahnya akan melahirkan pentadbir ekonomi dunia yang centralised“.
“Jadi, demokrasi yang berakar umbi kepada sistem bank ribawi ini membolehkan negara besar yang kaya menindas negara miskin melalui sistem bank ribawi. Contoh yang ketara ialah pertubuhan IMF. Pemiliknya seperti George Soros mencari peluang untuk memainkan sistem kewangan negara yang tidak mengawal sistem kewangannya dengan baik.
Sistem bank ribawi ini akan membawa kewujudan jurang perbezaan yang semakin besar antara kelas kaya dan kelas yang tidak berada. Orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin miskin. Inilah punca masalah yang sebenar yang perlu dibetulkan bukan menukar pemerintah. Yang lebih dahsyat lagi ialah penyusunan semula dalam rancangan ‘NWO’ Zionis. Mereka ingin menghapuskan kelas pertengahan!
“Supaya ada tiga golongan kelas sahaja seperti dalam negara Komunis iaitu ‘Pemerintah’(Banksters), ‘pekerja’ dan ‘tentera’. Itulah maksud sebenar Orde Baru Dunia. Nama ringkasnya NWO yang ditulis dalam rancangan ‘Protokol’ mereka pada tahun 1776 di Bavaria, Germany.
Ikutilah wawancara AIDC bersama Dr Sulaiman Noordin, 22 November untuk memahami persoalan ini.


Teruskan mermbaca di..sini

No comments:

Post a Comment