Pages

Saturday, March 29, 2014

Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?



 
Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?
Oleh: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.

بسم الله الرحمن الرحيم

Khilaf di kalangan ulama’ pada asalnya adalah suatu keluasan Syariah dan rahmat bagi umat ini. Ianya akan menjadi sempit dan susah apabila dimasuki oleh hawa nafsu, atau mementingkan diri sahaja, atau berlaku tanpa mengikut jalan yang dibenarkan oleh Syariah. Pada ketika itu ia akan bertukar kepada perpecahan, perbalahan, persengketaan dan menimbulkan huru-hara di kalangan ummah.


Perbincangan kali ini akan mengupas tajuk Qaedah yang masyhur di kalangan para pendakwah iaitu; “Tidak boleh ingkar masalah khilaf”. 
Ungkapan “Tidak boleh ingkar masalah khilaf” sangat masyhur, sehingga sebahagian ulama menjadikannya sebagai satu Qaedah dalam fiqh dan memasukkannya dalam karangan tentang Qawaed Al-Fiqh. Tetapi sebahagian pendakwah atau ustaz memahaminya dengan cara yang silap. Kononnya asalkan ia dikira sebagai satu pendapat, maka automatik permasalahan tersebut dilabelkan sebagai permasalahan khilaf yang tidak boleh diingkari.
Inilah ungkapan yang kadangkala membantut sesuatu perbincangan atau penilaian terhadap kesahihan sesuatu pendapat atau amalan. Kata-kata ini kerap dijadikan benteng untuk mempertahankan satu-satu pendapat sekalipun pendapat itu tidak muktabar dalam syariat bahkan hujahnya semata-mata kerana ada khilaf.

Para ulama’ yang memperhalusi (muhaqqiq) kepada masalah ini mengatakan bahawa mengambil qaedah secara umum adalah tidak tepat, bahkan ia sebenarnya adalah “Tidak boleh ingkar masalah IJTIHAD”. Iaitu masalah yang tidak terdapat dalil atau nas yang soreh (jelas) kepada masalah tersebut.  
Dhabit masalah Ijtihadiyyah; ialah satu hukum yang dikeluarkan dengan cara ijtihad, kerana tiada ijma’ atau nas yang qat’i dalam perkara tersebut. Jika ada nas sekalipun, ianya bersifat zhanni, ertinya boleh diterjemahkan kepada banyak kemungkinan dan ditakwil. (Ini kerana jika sudah ada nas yang jelas, tiada lagi ijtihad dalam perkara tersebut!)

Baca seterusnya di sini..


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak semua khilaf itu perlu diraikan.

Al-Hafizh As-Suyuthi menuturkan dalam Al-Itqan fi Ulum Al-Qur-an:

".... Laisa kullu khilafin jaa-a mu'tabaron, illa khilafan lahu hazhzhun minan nazhor....."

Imam Asy Syafie - dalam ar-Risalah - menjelaskan bahawa khilaf yang dibenarkan (dibolehkan untuk meraikannya / berlapang dada padanya) adalah khilaf yang berpaksi kepada tiga pendalilan berikut:

1- Al-Qur'an
2- As-Sunnah
3- Ijma' (kesepakatan)

Adapun prselisihan yang ditolak adalah:

1- Perselisihan dalam masalah akidah, yakni semua keyakinan / pemikiran / kepercayaan yang menyelisihi akidah Salafus Soleh (para sahabat Nabi, tabi'in dan tabi'ut tabi'in).

2- Pendapat yang dibina di atas dasar hawa nafsu dan akal semata, tidak berpandukan dalil al-Qur'an, as-Sunnah, ijmak dan qiyas.

P/S: Qiyas tidak dibolehkan dalam masalah ibadah.

----------------------------------

Qiyas adalah kaedah untuk memberi hukum pada perkara baharu yang tidak muncul pada zaman nabi berdasarkan kesamaan illat (analogi) pada perkara yang wujud pada zaman Nabi. Ibadah adalah persoalan yang sudah selesai dan lengkap sebelum ALlah mewafatkan Rasul-Nya. Tidak mungkin ibadah berevolusi mengikut perkembangan zaman dan tamadun manusia. Hanya manusia yang tidak bertamadun sahaja berani mereka cipta ibadah dan menjanjikan sekian-sekian pahala di atas ibadah itu

~Mohd Hairi Nonchi

No comments:

Post a Comment