Pages

Saturday, April 19, 2014

Niat: Penentu Sesat & Benarnya Agama Seseorang.





Niat: Penentu Sesat & Benarnya Agama Seseorang.

Kesahihan pegangan agama seseorang banyak berkait rapat dengan niatnya dalam beragama. Orang yang ikhlas dalam beragama mudah untuk menerima kebenaran. Ini kerana yang menjadi fokus ketaatannya ialah Allah dan Rasulullah, bukan selainnya.

Demi mempertahankan ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah, dia sanggup membelakangkan segala yang menjadi kesukaan ramai manusia berupa kepercayaan syirik dan tahyul serta amalan yang bid'ah dalam agama. 

Demi mengikuti ajaran Allah dan Rasulullah, dia sanggup dihina dan dipulaukan oleh masyarakatnya, bahkan tidak gentar jika diancam bunuh.

Berbeza dengan mereka yang menjadikan selain Allah dan Rasulullah sebagai tujuan beragama seperti populariti, harta dan kedudukan. Maka golongan ini mudah terjebak kepada kesesatan.

Ini kerana, apabila datang suatu perintah daripada Allah dan Rasulullah yang bercanggah dengan pegangan atau amalan yang menjamin kepentingannya di atas, maka yang didahulukannya ialah amalan yang menjamin kepentingan duniawinya itu.

 Oleh itu menjadilah dia orang yang tersesat lagi menyesatkan orang lain.
Justeru marilah sama-sama kita bersihkan niat kita dan memurnikan ketaatan hanya kepada Allah semata-mata.
P/S: Cuba buat kajian terhadap semua amalan syirik dan bid'ah, anda pasti akan terkejut kerana di sebalik amalan itu terkandung banyak habuan duniawi kepada para pembelanya.
~

No comments:

Post a Comment