Pages

Friday, May 9, 2014

Kenduri Arwah -Bukti Amalan agama Hindu yang disangka ibadah oleh umat Islam.

 

 

Bukti Amalan agama Hindu yang disangka ibadah oleh umat Islam.

"Agama Hindu juga punya dalil atau dasar ilmunya....dalam Islam, kamu juga perlu datangkan dalil atau dasarnya.

Apa itu dalil ?  

Dalil itu ialah dasar ilmu Allah, dalil itu ialah ilmu wahyu Allah, barangsiapa yang menolak ilmu wahyu Allah, bererti dia telah menolak AlQuran." 
- Ustaz Abdul Aziz, mantan pendita Hindu.

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, SESAT yang nyata."
- Surah 33:36

Kitab Hindu Samaveda Jilid 1 m/s 333 =  "asal kenduri selamatan 1, 3, 7, 40, 100 hari....."

"Nilai Hindu sangat kuat mempengaruhi budaya Jawa"
- Prof Adi Sureto = Duta agama Hindu, Nepal, India, Sekretariat Agama Hindu Indon.

Mungkinkah banyak amalan Bid'ah yang umat Islam buat susah payah tidak hanya sesat tapi menjadi kebanggaan penganut Hindu ?

= http://youtu.be/7vsJ1KnXZio

----------------------------------------------------------------

Assalamualaikum. Dahulu saya pernah berjiran dengan orang Hindu dari India dan dia 'terharu' yang orang Melayu disini mengadakan kenduri arwah yang katanya sama seperti mereka (feast for the dead)setelah 40, 100 hari etc. Harap orang-orang kita sedar dan jangan ragu-ragu lagi meninggallkan amalan yang berasal dari agama Hindu dan saya percaya yang agama-agama lain seperti agama Taoism, Shintoism dan Buddhism juga mengadakan upacara-upacara sendiri sempena 'spirits of the dead'.

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, satu lagi 'live' proof bahawa amalan bid'ah munkar yang ramai umat Islam bela mati-matian hakikatnya menjadi kebanggaan penganut Hindu.

Alangkah baik jika anda dapat beritahu tempat jiran lama anda dan namanya, untuk menjadi contoh rujukan tsiqah, afwan jiddan.

Sangat penting kita berbaik dengan jiran tidak kira bangsa dan agama, di samping menjaga batasan agama masing-masing dengan pencerahan penuh hikmah, bukan menggadai prinsip atau sembrono iktiraf semua agama.


Umat Islam sudah lama kehilangan panduan untuk menarik penganut lain kepada Islam, dan di racuni pula agar berlapang dada 'iktiraf' agama lain secara halus, dengan berbagai fahaman falsampah.

Contohnya ucapan RIP, wishing hari agama mereka, boleh do'akan mereka kuffar yang dah mati...etc

Tidak heran ini boleh berlaku jika umat Islam sendiri tidak amanah menjaga Islam dari ajaran korupsi dan bid'ah.
Reply
Anonymous
Ini berlaku semasa saya buat beberapa tahun tinggal dinegara jiran. Di apartment yang saya tinggal ada percentage agak tinggi professionals dari India bersama keluarga mereka tinggal. Memang betul kami memang berjiran baik tapi penting untuk sentiasa jaga agar tidak bersama sama raikan apa yg mereka sambut untuk menjaga aqidah. Satu sifat mereka ialah mereka tidak apologetic tentang agama mereka dan bersikap terbuka dan tidak menyembunyikan amalan amalan Hindu mereka dikalangan penganut lain dan jika ada peluang sentiasa mempelawa untuk menyertai mereka. Kita tidak harus takut tersingggung perasaan orang kafir kerana melakukan kewajiban agama kita terutama jika merusak aqidah. Pernah juga jiran Hindu ini mempelawa untuk menyertai majlis 'pooja' atau ini dan itu. Harus sahaja menolak.


No comments:

Post a Comment