Pages

Wednesday, May 21, 2014

Orang Mukmin Sentiasa Bersangka Baik Dengan Allah SWT




Orang Mukmin Sentiasa Bersangka Baik Dengan Allah SWT


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Yakinilah setiap sesuatu kejadian yang berlaku samaada di langit atau di bumi atau kepada diri kita sendiri adalah ketetapan yang terbaik yang diciptakan oleh Allah SWT dan terdapat seribu hikmah yang tidak mampu kita memikirkannya.

Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah adalah :

1. Apabila melakukan sebarang ibadah  [ada Riwayat sampai  kepada Nabi *], dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.

2. Apabila berdo'a dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan do'anya.

3. Apabila dia berdosa , segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

~ Abu Basyer

* dari segi amalan (Deen) diterima apabila diperintah oleh Nabi

No comments:

Post a Comment