Pages

Saturday, July 5, 2014

Dari Tanah dan Pasir Kita , Terluaslah Negara Singapura Sebanyak 20%


 

 

Dari Tanah dan Pasir Kita , Terluaslah Negara Singapura Sebanyak 20%


Satu waktu dulu mantan Perdana Menteri Tun Mahathir pernah berkata jiran yang sejahtera tidak akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu negara Malaysia mengamalkan dasar “prosper thy neighbour”.


Jiran yang tenteram tentu tidak akan menyusahkan jiran tetangga nya yang lain.Diambil contoh jika ekonomi jiran bertambah kukuh maka limpahan kebahagian nya akan tempias kepada jiran yang dekat.


Sebalik nya jika ekonomi jirannya teruk dan hancur maka limpahan kesusahan juga akan dapat kepada jiran yang terdekat.


Pelarian ekonomi dan orang dari negara bermasalah akan cuba menyelusup masuk kedalam negara yang aman dan banyak peluang pekerjaan.


Jiran kita Singapura boleh dikira sebagai jiran yang “affluent” dan sejahtera dari hal kedudukan ekonomi dan kestabilan politik.


Oleh sebab terlalu stabil dan kaya maka wang nya bertambah banyak dan melimpah.Bagus lah begitu. Namun, kekayaan wang dan dana tidak selari dengan kedudukan nya yang amat kecil dan sempit.


Seorang pemimpin Islam dari sebuah negara terdekat pernah berkata negara itu hanya lah satu titik merah sahaja didalam peta dalam memperli Singapura.


Jadi oleh sebab ia semakin kaya tapi diwaktu yang sama semakin sempit, maka sesuatu perlu dilakukan oleh pemikir negara itu.


Maka mereka sudah kenal pasti jalan dan cara nya.


Ia itu pemilikan pasir dan tanah untuk kerja penambakan dan kerja kerja land reclaimation nya.


Kedua, menguasai politik negara yang dikenal pasti sebagai bahan untuk perolehi pasir dan tanah itu.


Mahu tidak mahu Malaysia , Indonesia dan Vietnam telah dijadikan mangsa penjual pasir nya.


Selain wang yang banyak untuk membeli pasir, wang yang banyak juga akan dikeluarkan untuk membeli kuasa dan ahli politik dari negara negara terbabit sebagai penjaga kepentingan jika ada sesiapa yang bangkit dari dalam negara terbabit untuk bersuara melawan kerja penjualan pasir kepada Singapura.


Tidak cukup dengan itu wang dana pembiayaan akan juga ada untuk kerja kerja diversion atau pun alihan supaya tiada tumpuan kepada kerja jual pasir bahkan tertumpu kepada kerja diversion seperti di Malaysia misalnya isu Lynas.


Maka orang akan sebuk bercakap tentang Lynas yang belum pun ada sesiapa mati sehingga hari ini, bahkan kilang Babi lebih banyak membunuh orang seperti di Bukit Pelanduk dan sebagai nya satu waktu dulu.


Namun akibat kehebatan berdakyah ditambah dengan “think tank” yang berguru dengan Mos sad maka orang negara ini sentiasa kena tipu dan kena terpedaya.


Dalam orang Malaysia dikacau dan di ganggu dengan anasir dari seberang yang sentiasa menciptakan isu demi isu dalam siber dengan senyap Singapura telah berjaya meluaskan tanah nya sebanyak 20%.




Cuba baca ini-
The densely populated state of Singapore has expanded in size by more than 20 per cent since the 1960s by reclaiming vast amounts of land from the sea, in doing so becoming the world’s biggest importer of sand – 14.2 million tonnes in 2008.




Huh, tengok tu. meluas sebanyak 20% dari tanah keluasan asal.


Kita baca lagi -


Most of its exports have come from neighbouring Indonesia, Malaysia and Vietnam but all three have now attempted to limit or ban exports of sand. With plans to expand its surface area by a further 7 per cent by 2020, Singapore is becoming increasingly reliant on another one of its neighbours, Cambodia, to meet its demand.


Satu lagi negara ditambah dalam keperluan menjual pasir kepada Singapura.


Kenapa sebuk dengan hak Singapura membeli pasir? Itu hak dia lah, tentu akan ada yang berkata sedemikian.

Laporan dibawah ini tentu berguna untuk difikirkan.


The densely populated state of Singapore has expanded in size by more than 20 per cent since the 1960s by reclaiming vast amounts of land from the sea, in doing so becoming the world’s biggest importer of sand – 14.2 million tonnes in 2008.







Kita bukan persoal hak dia membeli, kita suruh sedar akan kehausan tanah oleh pemerintah Singgapura dan sambil itu permainan politik dalam negara yang terbabit untuk mencengkam pemerintah negara itu melalui kerja saraf nya.


Selain itu ia juga menunjukan bahawa Singapura juga sedang menunggu waktu dimana “Singapuraya” akan dapat dibentuk dengan tindakan awal nya dalam “Gelang Patah Move”.




Apa yang mengusarkan ada lah atas dasar kepentingan nya maka pasti akan sentiasa ada gangguan demi gangguan dalam politik negara kerana Malaysia yang tidak stabil akan menguntung kan Singapura.





Dulu Tun Mahathir pernah berata “If you have friends like Singapore you dont need enemy”. Benar lah kata mantan itu. Siapa perlukan musuh jika kawan pun sudah berperangai semacam musuh. Mereka amat pentingkan diri.


Dalam satu masa mereka mengguna kan barua nya untuk memburukan kan Malaysia dengan pelbagai tomahan sambil itu mereka membeli tanah dan hartanah di Johor.




Tidak kah itu melambangkan kepalsuan dan hipokrasi? Kenapa mahu beli tanah dalam negara yang dikata kan tak bagus banyak jenayah rasis dan macam neraka?


Sebenar nya “Golden Chresonese” ini terlalu berharga dan semua pun tahu itu sebab nya ramai berebut mahu memiliki nya, dan konon negara ini tidak bagus , muflis, teruk dan tak baik ada lah tuduhan mahu mengelapkan mata sahaja, sedang kan semua persiapan mahu merampas nya sedang di buat dibantu oleh badut dan kitol.
 
------------------

Anonymou
Beb, Ape yg ente katakan ni betul. Skrg Gelang Patah Move dah selesai..next is the Pulai Move. Nur Jazlan dah siapkan baik2 kawasan ni yg dulunya majoriti Pengundi BN sebanyak 17000 pengundi dengan bersenyum dan berduduk diam tidak membuat ape2 dgn adenya
Tropicana Condo,Country Garden Condo & RF Apartments yg keseluruhannya berjumlah 19,000 unit yg rata2nya tiada pemilik/penduduk Org Melayu. Diburukkan lagi, semasa dia menjadi Pengerusi UDA holdings, dia lebih suka bina banglo2 mewah daripada rumah mampu milik ;.buktinya di project Bandar Uda Utama, rumah paling murah pun RM 1.4 Juta. Ini kawasan melayu tapi mana nak mampu beli
dgn harga macam gitu. Saya berharap Admin ambil perhatian. Parasit macam gini harus diusir. Bila keluar report PAC kutuk2 badan2
kerajaan, takde nak menyalak pasal
company2 pembangkang. Inilah

_dia YB Nur Jazlan, menindas kontraktor bumiputra tapi mengampu org bangsa lain. Luaskan KUASAMU ye, jadi org melayu hanyalah boneka untuk survival politikMu. Lain kali YB boleh pindah Singapoodeh jadi President kat sana pulak. Terima Kasih.

- Inilah sebabnya Sultan Johor campur tangan dalam urusan perumahan di Johor. Baginda juga cuba mendapatkan semula Pulau Batu Putih dan baginda melabur dalam kepentingan syarikat2 di negara tersebut. Selepas apa yang terjadi di Johor pada PRU yg lalu, baginda mula buka mata akan terhakisnya dan tertindasnya orang melayu. Perubahan cuti hujung minggu juga dilihat sebagai usaha baginda untuk 'mengIslamkan' kembali rakyat Johor agar negeri itu kembali mendapat keberkatan seperti suatu ketika dahulu. Semua orang pernah buat salah, pernah jatuh. Tapi yg paling penting adalah untuk kembali bangkit dan betulkan kesilapan itu.

- Inilah yg dikatakan kerja2 oleh musuh2 dlm selimut!!! Kita selalu bangga yg kononnya maju. Siapa yg maju sebenarnya? Melayu atau bukan Melayu? Lihatlah apa yg jadi sekarang ni ? Kita terus dilenakan dan dihayalkan oleh pemimpin2 Melayu yg opurtunis dan rakus....! Fikirlah2lah dan bebaskan pemikiran kita dari kotak pandora!!! Fikirkanlah secara "spherical" satu contoh yg effisien yg di dhahirkan oleh Allah kpd kita semua yg kita tidak sedari...


No comments:

Post a Comment