Pages

Monday, July 14, 2014

Membaca al-Quran dgn suara yg merdu,.., namun tidak faham maksud ayat2 yg dibaca ..




"di US dan Eropah, masyarakat di sana membaca al-Quran seperti membaca novel atau buku umum. Mereka hanya membaca terjemahan mengikut bahasa mereka, kerana bahasa Arab amat asing bagi mereka. Dengan membaca terjemahan al-Quran, mereka faham dan dapat menghayati ajaran Islam dan keindahannya. Ramai dpd mereka telah menemui kebenaran dan akhirnya memeluk Islam. Bahkan mereka menjadi muslim yg baik, menghayati ajaran Islam yg sebenar.*

Kita di Malaysia ramai boleh membaca al-Quran dgn makhraj dan tajwid yg baik, namun mengabaikan apa yg dilakukan oleh masyarakat Islam di US dan Eropah. Masyarakat kita boleh membaca al-Quran tapi tidak faham. Masyarakat US dan Eropah tidak boleh membaca al-Quran dgn Tajwid dan Makhraj yg sempurna tetapi mereka faham (**sekadarnya, berdasarkan huraian penterjemah/tafsir..).

“…umpama mereka yg membaca al-Quran dgn suara yg merdu, mendayu-dayu, bertepatan makhraj tajwidnya, namun jika tidak faham maksud ayat2 yg dibaca atau tidak memahami kehendak ayat-2 yg dibaca. Mereka melakukan sesuatu amalan tanpa menjadikan apa yg mereka baca sebagai hujjah dan alasan, mereka sangka melakukan amalan yg Allah suka, tetapi tidak disukai Allah. Mereka membuat sesuatu amalan Ibadat, tetapi sebenarnya Bid’ah. Sehingga mereka bertegang leher mempertahankan pendirian mereka namun mereka tiada bukti, hanya beradasarkan takwilan dan andaian semata-mata” - Hamka

~Nazri Jai

*untuk memahami Islam dengan  lebih mendalam, mereka belajar bahasa Quran kemudiannya..

No comments:

Post a Comment