Pages

Sunday, December 14, 2014

Ramai LAWAN Sedikit : Bukan Ukuran Benar atau Salah.





Ramai  LAWAN Sedikit  :  Bukan Ukuran Benar atau Salah.

Ramai tidak semestinya betul. Bahkan ramai itulah yang cenderung kepada kesesatan.

 Firman Allah:
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." [Surah al-An’am, ayat 116]

Firman-Nya lagi:
"Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik walaupun kebanyakan yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu berjaya.” [Surah al-Maidah, ayat 100]

Sedikit tidak semestinya salah. Saba Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

"Islam awalnya asing dan kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnya maka beruntunglah bagi al-Ghuraba' (orang-orang yang asing). [Shahih Muslim, no. 145]

'Abdullah bin 'Amr Al-'Ash radhiallahu‘anhu meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai makna al-Ghuraba', baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab dengan sabdanya:
"Orang-orang soleh yang berada di tengah banyaknya orang-orang yang buruk, orang yang menderhakai (menentang) mereka lebih banyak daripada mentaati mereka." [Musnad Ahmad, no. 6650]


Malah sedikit itulah yang berupaya mengalahkan yang ramai. Firman-Nya:

"Berapa ramai daripada kaum yang bilangannya sedikit telah mengalahkan kaum yang bilangannya lebih ramai dengan izin Allah. Dan Allah berserta dengan orang-orang yang sabar." [Surah al-Baqarah, ayat 249]

 ~Mohd Hairi Nonchi

No comments:

Post a Comment