Pages

Friday, January 9, 2015

Pelepah Kurma: Dalil amalan membaca al-Qur'an di kuburan?


Pelepah Kurma: Dalil amalan membaca al-Qur'an di kuburan?
Hujah # 1:
“Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah telah mendengar suara dua orang manusia yang sedang diazab di dalam kubur. Kemudian baginda meminta sebatang pelepah tamar lalu ia dibelah dua dan diletakkan ke atas setiap kubur itu. Akhirnya baginda berkata: “Moga-moga kedua-duanya diringankan azab oleh Allah, selagi kedua-dua pelepah tamar tersebut tidak kering.” Berdasarkan hadis ini, para ulamak menyatakan bahawa al-Qur’an yang dibacakan di sisi kuburan akan memberi manfaat kepada penghuninya.”
Jawapan:
Hadis di atas adalah sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, no. 216. Akan tetapi, tidak benar menjadikannya sebagai dalil untuk menganjurkan amalan membaca al-Qur’an di kuburan. Ini kerana:
1. Para ulamak menjelaskan bahawa peristiwa tersebut hanyalah bertujuan untuk menzahirkan kemukjizatan yang dikurniakan oleh Allah kepada baginda. Ini bererti kebolehan untuk meletakkan pohon tamar di atas kuburan bagi mengurangkan azab ke atas penghuninya hanyalah merupakan kekhususan untuk baginda sahaja dan bukan untuk selainnya.
2. Jika dikaji seluruh sirah perjalanan hidup Rasulullah, maka akan didapati bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh baginda hanyalah sekali sahaja. Seandainya ia merupakan amalan yang disyariatkan di sisi agama, pastilah baginda akan melakukan hal yang sama ke atas lain-lain kuburan yang wujud pada zaman baginda.
3. Tidak ada seorang pun dalam kalangan sahabat yang meletakkan pelepah tamar di atas kuburan selepas berlakunya peristiwa tersebut. Padahal tidak tersembunyi lagi dari pengetahuan setiap orang Islam mengenai sikap para sahabat yang amat rakus dalam mengikuti jejak langkah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
4. Demikian juga, tidak ada seorang pun dalam kalangan para sahabat yang memahami bahawa tindakan baginda tersebut merupakan dalil kepada anjuran untuk membaca dan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada penghuni kuburan. Amatlah mustahil untuk dianggap mereka cuai dan jahil mengenai manfaat hadis ini dan umat akhir zaman lebih memahami manfaatnya berbanding mereka.
5. Tujuan Rasulullah meletakkan pelepah kurma di atas kuburan tersebut adalah kerana hendak mengurangkan azab yang sedang dialami oleh penghuninya. Pengetahuan mengenai berlakunya azab ini diperolehi oleh baginda melalui wahyu Allah Subahanahu wa Ta’ala. Adapun kita, tidaklah boleh mengetahui sama ada seseorang mayat itu sedang diazab atau sebaliknya kerana wahyu tidak diturunkan lagi setelah kewafatan baginda.
6. Berdasarkan poin di atas, maka dapat perhatikan bahawa seseorang yang membaca al-Qur’an di atas kuburan dengan niat mengurangkan azab penghuninya, dia sebenarnya sedang menaruh sangka buruk bahawa mayat di dalam kuburan tersebut sedang diazab oleh Allah.
7. Akhir sekali, jika ditinjau dari segi dalil aqliyyah (logik), alangkah baiknya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menggunakan pohon tamar atau lain-lain pohon yang lebih besar kerana ia lebih kuat dan bertahan lebih lama berbanding pelepah tamar. Maka azab si penghuni kuburan pun akan menjadi ringan untuk tempoh waktu yang lebih lama.
Wallahu a'lam.

~ Mohd Hairi Nonchi



  • Mohd Hairi Nonchi Norazrin Nordin: Bezakan dua perkara berikut:

    1) Mendoakan kebaikan ke atas penghuni kuburan (Ini sunnah dan dibolehkan)


    2) Berdoa (meminta) kepada penghuni kuburan agar dia mengabulkan hajat, memberi pertolongan dan keselamatan (Ini syirik akbar yang mengeluarkan seseorang daripada Islam. Seluruh pahala amalannya terbatal dan dia kekal di dalam neraka sekiranya tidak bertaubat sebelum ajal).

 __________________________



j adi..tawassul thru someone dead?permissible?


_Of course the answer is "not permissible," because "someone dead" is also a makhluq, isn't?

That's why no sahabah ever did it before. While a hadits narrated by the name of Bilal bin (not remeber), it's not a Sahih hadits. It's a ma'lul (defected) hadits.

Its major fault can be easily detected from its contradiction in matan (text of the hadits) with other authentic nusus.

While its hidden fault can only be detected by looking at its sanad (chain of narrations).

& in fact, the first nation who ever take "dead scholars" as a way to make a du'a before Allah is the nation of Nuh a.s.

Please refer Tafsir ath-Thabari or Tafsir Ibn Katsir on surah Nuh, verse 23 for further detail.

Wallahu a'lam.

 



  TAN KAM BENG-Jelaskan "Tawassul"?
وقوله: ( وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى )


FIRMANNYA: "Orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain Dirinya (Allah), (mereka berkata,) 'Kami TIDAK MENYEMBAH mereka (wali-wali itu) kecuali supaya mereka dapat mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya." [az-Zumar (39):3]

Dalam menjelaskan ayat ini, al-Imam ath-Thabari berkata di dalam Tafsirnya:

يقول تعالى ذكره: والذين اتخذوا من دون الله أولياء يَتَوَلَّوْنَهُم, ويعبدونهم من دون الله, يقولون لهم:

"Ertinya, Allah Ta'ala mengingatkan bahawa orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah (dengan) meminta perlindungan (dari) mereka & menyembah mereka, mereka berkata kepada mereka (wali-wali itu):

ما نعبدكم أيها الآلهة إلا لتقربونا إلى الله زُلْفَى, قربة ومنـزلة, وتشفعوا لنا عنده في حاجاتنا

'KAMI TIDAK MENYEMBAH KALIAN wahai sekalian sembahan melainkan SUPAYA KALIAN DAPAT MENDEKATKAN DIRI KAMI KEPADA ALLAH SEHAMPIR-HAMPIRNYA (iaitu dengan menjadi) penghampir & perantara, & (supaya) kalian meminta syafa'at (pertolongan) bagi pihak kami di sisi-Nya (Allah) dengan (menyampaikan) hajat-hajat kami'."

[Tafsir ath-Thabari, Surah az-Zumar, ayat ke-3]

Di dalam Tafsir al-Qurthubi pula, al-Imam al-Qurthubi meriwayatkan dari Qatadah:

قال قتادة : كانوا إذا قيل لهم من ربكم وخالقكم ؟ ومن خلق السماوات والأرض وأنزل من السماء ماء ؟

Qatadah berkata, "Biasanya, apabila ditanya kepada mereka, 'Siapakah Tuhan kalian & Pencipta kalian? & siapakah yang mencipta langit-langit & bumi & menurunkan hujan dari langit?'

قالوا : الله ،

Mereka menjawab, 'Allah.'

فيقال لهم : ما معنى عبادتكم الأصنام ؟

Kemudian, (apabila) ditanya kepada mereka, 'Apakah makna (tujuan) bagi 'ibadah kalian terhadap berhala-berhala itu?'

قالوا : ليقربونا إلى الله زلفى ، ويشفعوا لنا عنده

Mereka akan menjawab, 'Supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya & meminta syafa'at bagi pihak kami di sisi-Nya (Allah)'."

[Tafsir al-Qurthubi, Surah az-Zumar, ayat ke-3]

Di dalam Tafsir al-Quran al-'Azim pula, al-Imam Ibnu Katsir menjelaskan bahawa berhala-berhala yang ada di sekitar Kota Makkah pada Zaman Jahiliah dinisbahkan oleh Kaum Musyrikin sebagai para malaikat.

Dengan kata lain, Kaum Musyrikin beri'tiqad bahawa apabila berdoa kepada para malaikat, malaikat-malaikat inilah yang kemudiannya akan membawa doa-doa mereka kepada Allah s.w.t.

Maka, perhatikanlah wahai Kaum Muslimin, betapa Kaum Musyrikin juga mendakwa bahawa mereka hanya menyambah Allah.

Tetapi, Allah telah menganggap mereka sebagai Musyrikun (orang-orang yang mensyirikkan Allah) apabila mereka menyeru nama makhluq & berdoa kepadanya dengan harapan supaya makhluq tersebut berdoa pula kepada Allah bagi pihak mereka.

Bukankah ini juga maksud "TAWASSUL" yang difahami oleh Kaum Syi'ah & Sufi? Iaitu menjadikan makhluq sebagai perantara untuk membawa doa mereka kepada Allah, sedang di hati mereka masih beriman hanya Allah saja yang dapat menunaikan hajat?

Ya akhi, itulah hakikat syirik, itulah hakikat MENYEMBAH & BER'IBADAH kepada selain Allah, & bukan begitu cara bertawassul yang diajar oleh Nabi s.a.w.

Tawassul yang diajar oleh baginda hanyalah:

1) meminta supaya orang soleh yang masih hidup supaya berdoa kepada Allah bagi pihak kita (hadits 'Uwais al-Qarni)

2) meminta kepada Allah supaya perkenankan hajat-hajat kita kerana kita pernah melakukan amal soleh tertentu (hadits 3 orang soleh terperangkap di dalam gua)

3) meminta kepada Allah dengan menyebut Asma'ul Husna (Surah al-A'raf, ayat ke-180)

Wallahu a'lam.(
Husnul Fikri Ahmad)

No comments:

Post a Comment