بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه
ومن والاه، وبعد
Kepada
golongan yang celupar mulut dan mudah
membuat hukuman sendiri sewenang-wenangnya sebelum meneliti... anda sepatutnya
lebih menghayati arahan husnu zann & tidak semberono, tidak gopoh, mestilah
tabayyun (tanya & selidik dulu) dan lain-lain sifat seorang muslim yang sebenarnya. Jangan mudah membuat tanggapan seseorang
itu murtad, melaknat, mencaci dan mengata sesama muslim tanpa dalil dan bukti yang jelas
dan sahih.
Ataupun jangan mudah melabelkan orang yang tidak sefahaman dan sependapat dengan kita sebagai sesat, finnar, menyalahi manhaj dan sebagainya.
Ataupun jangan mudah melabelkan orang yang tidak sefahaman dan sependapat dengan kita sebagai sesat, finnar, menyalahi manhaj dan sebagainya.
Sikap
orang beriman telah diajar oleh Allah
swt ketika menerima berita:
لَولا إِذ سَمِعتُموهُ ظَنَّ المُؤمِنونَ وَالمُؤمِنٰتُ بِأَنفُسِهِم
خَيرًا وَقالوا هٰذا إِفكٌ مُبينٌ
{Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan
itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada
diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang
nyata} [An-Nur: 12]
Menuduh orang murtad tanpa
pendakwaan & penjelasan adalah suatu jenayah yang besar, kerana tuduhan ini akan kembali semula kepada si
penuduh sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW:
. صحيح
البخاري: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ:
((إِذَا قَالَ الرَّجُلُ
لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ! فَقَدْ بَاءَ بِهِ أَحَدُهُمَا)).
Bermaksud:
“Sesiapa yang berkata kepada saudarany: Wahai orang kafir! Akan kembali kepada salah
seorang mereka.” [HR Bukhari].
Iaitu
jika orang yang dikatakan kafir itu bukan kafir sebenarnya, maka sifat itu akan
kembali kepada penuduhnya.
Peringatan buat penyebar fitnah:
Rasulullah SAW juga telah bersabda yg bermaksud:
“Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang
MUFLIS?” Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w
ialah dengan cara komunikasi dua hala (two ways communication) iaitu
dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada
persoalan tersebut.Para sahabat menjawab: “MUFLIS dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (asset)”. Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah MUFLIS. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah MUFLIS, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.
Lantas Rasulullah s.a.w. menerangkan apakah pengertian MUFLIS yang dimaksudkan.
Baginda bersabda: “Orang yang MUFLIS dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si MUFLIS) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si MUFLIS. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!”
(Riwayat daripada Abi Hurairah oleh Imam Muslim dalam Kitab Melakukan Kebaikan dan Silaturrahim, bab Larangan Melakukan Kezaliman (no 2581).
Isu tentang tuduh-menuduh dan
kafir mengkafir ini, Abu Anas telah membuat beberapa penjelasan di dalam kuliahnya.
Sila Lihat video ini:
FITNAH AKHIR ZAMAN, Mencerca Ulama' & Hilang Adab dakwah dan khilaf.
FITNAH [Fikrah Khawarij]; BAGAIMANA MENGHADAPINYA.
Adab Berikhtilaf/khilaf - Berbeza Pandangan
Fitnah Melabel Orang Dan Kesannya ke atas Perpecahan Umat.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Aug0OW9W6og
Ktbh AAM; Penyakit Lidah; Mengumpat, Menuduh & Melaga Orang
Solusi Isu 48.
No comments:
Post a Comment