IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Saturday, May 4, 2013
PRU 13 : IMAM MADINAH PUJI BN
Oleh : Beruang Biru Imam Masjid
Al-Nabawi, Madinah iaitu Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair dilaporkan
menyatakan kekagumannya dengan usaha kerajaan Malaysia dalam
mendaulatkan Islam. Syeikh Solah menyatakan sedemikian dalam pertemuan
dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid
Usamah bin Zaid, Wangsa Maju semalam. Menurut Syeikh
Solah, BN telah berjaya meningkat dan mengembangkang syiar Islam serta
berjaya mengimarahkan masjid dalam usaha mendekatkan umat Islam dengan
amalan saleh. Kenyataan
tersebut sekali gus merupakan satu pengiktirafan ke atas peranan BN
dalam memikul tanggungjawab sebagai kerajaan di sebuah Negara Islam. Jangan nanti
ada pula puak PAS yang menghukum Syeikh Solah sebagai sesat kerana
memuji kerajaan Malaysia. Dan jangan pula puak PAS menuduh beliau tidak
faham politik kerana memang patut pun beliau tidak faham politik,
sepertimana seorang Ulama yang sebenar. Hakikatnya,
Syeikh Solah bukan satu-satunya Ulama tersohor yang mengiktiraf kerajaan
Malaysia sebagai sebuah kerajaan negara Islam yang baik, tetapi hampir
kesemua ulama-ulama tersohor dunia memandang tinggi terhadap Malaysia. Tiada siapa
yang mampu menafikan bahawa tidak ada negara Islam yang mampu berdiri
teguh, aman dan makmur walaupun bermasyarakat majmuk seperti Malaysia.
Islam mementingkan kesederhanaan dan tidak salah jika dikatakan bahawa
Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar menghayati
konsep kesederhanaan dalam Islam. Malaysia berpegang kepada asas yang
padu namun terbuka tetapi di masa yang sama, tidak mungkin bertoleransi
dengan sebarang amalan songsang yang bertentangan dengan Islam.
Kesederhanaan
inilah yang membawa Malaysia ke tahapnya hari ini. Di kala negara Islam
lain masih ragu-ragu untuk mengamalkan ajaran Islam yang meletakkan
wanita di tempat yang sama dengan lelaki dalam pendidikan dan pekerjaan,
Malaysia tidak pernah meraguinya. Di kala negara Islam lain masih
bergelut dengan soal keturunan, mazhab, puak dan sebagainya, Malaysia
menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu dan ekonomi ummah. Walaupun masih
tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipertingkatkan dalam usaha
melahirkan ummah yang mampu menepati tanggungjawab sebagai Khalifah di
bumi, namun sekurang-kurangnya Malaysia telah berada di landasan yang
pasti. Malaysia tidak
keliru antara adat dan agama dan Malaysia tidak terpedaya bahawa yang
ekstrem itu adalah lebih baik. Di bawah Barisan Nasional, InsyaAllah,
kedudukan Islam di Malaysia akan terus utuh di bawah naungan Raja-raja
Melayu.
No comments:
Post a Comment