Sifat-sifat mukmin dan Fitnah-Zaman

Dari Anas radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda:
 

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

“Tidaklah beriman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
-------------------------
 Keutamaan menjadi orang yang beilmu dalam Islam...

Dari Abu Bakrah RA dari Nabi SAW:
'Jadilah kamu orang yang alim atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pengajian ugama atau orang yang mencintai ketiga-tiga golongan tersebut. Dan janganlah kamu menjadi golongan kelima (bukan dari 4 golongan diatas) kerana dengan itu kamu akan binasa.'

Hadis Riwayat Al Bazzar.


--------------------------------------------------
BISMILLAH

Ramai umat Islam zaman ini meniru kumpulan syiah dengan menuduh dan mencemuh golongan yang membawa panji-panji Al-Quran, As-Sunnah dan kefahaman Salafussoleh dengan pelbagai label seperti golongan wahhabi, golongan muda, salafi wahabi, salafi syadid, jalur keras, ekstrim, pemecah belah dan pelbagai label lagi.

Salafi dan penisbahan golongan yang menisbahkan dengan nama ini juga adalah sesuatu yang ditunjuk oleh Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam bukan sepertimana sangkaan sesetengah pihak yang memandang ianya sesuatu yang tiada dasar dalam agama hal ini dibuktikan oleh perkataan baginda sallallahu 'alaihiwasallam kepada puteri kesayangannya Fatimah radiallahu'anha:

نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَكِ

“Sebaik-baik Salaf bagi engkau ialah aku”
[HR Bukhari no:6285, Muslim no:2450]

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah:

“Bukanlah menjadi satu keaiban ke atas sesiapa yang menzahirkan Mazhab Salaf, dan menisbahkan kepadanya dan berbangga dengannya, bahkan wajib menerimanya dengan kesepakatan, kerana Mazhab Salaf tidaklah ada melainkan ianya benar”
[Majmu' Fatawa 4/149]

Perlu diperbetulkan juga bahawa mereka bukanlah satu pertubuhan berdaftar, organisasi, gerakan teroris atau parti politik seperti difahami segelintir orang. Mereka disebut salafi kerana mereka mengikuti manhaj Salafussoleh iaitu para Sahabat, Tabi'in, Tabi'tabi’in kemudian para imam dan ulama yang mengikuti manhaj mereka hingga hari kiamat.

Selain dari menisbahkan diri mereka kepada Salaf mereka juga terkenal dengan nama lain yang juga diambil berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah dan kefahaman Para Sahabat iaitu Ahli Sunnah wal Jama'ah. Nama ini adalah nama yang paling dominan sehingga RAMAI KELOMPOK SESAT DAN MEYELEWENG turut mendakwa mereka adalah Ahli Sunnah. Dasar nama Ahli Sunnah wal Jama'ah ini berdasarkan firman ALLAH TA'ALA:

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ

“pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram”
[Ali-Imraan:106]

Berkata Ibnu Abbas radiallahu'anhuma dalam menafsiri ayat tersebut: iaitulah pada hari Kiamat kelak, ketika muka-muka Ahli Sunnah wal Jama`ah putih berseri, manakala muka-muka Ahli Bid`ah wal-Firqah hitam dan muram.
[Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibn Kathir, 2/91]

Mereka ini juga adalah golongan yang dimaksudkan didalam hadith berikut:

لَا يَزَالُ مِنْ أُمَّتِي أُمَّةٌ قَائِمَةٌ بِأَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلَا مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ

“Sentiasa ada segolongan dari ummatku yang selalu menegakkan perintah ALLAH, tidak akan mencelakai mereka orang yang tidak menolong mereka dan orang-orang yang menyelisihi mereka sampai datang perintah ALLAH dan mereka tetap berada di atas yang demikian itu”
[HR Al-Bukhari no:3369,6906, Muslim no: 3544, 3548]

Yang bermanhajkan Salafiyyah adalah mereka yang mencari al-Haq (kebenaran) dalam segenap aspek dan mereka mengikutinya daripada keyakinannya dan mereka mendekatkan diri kepada ALLAH dengan ittiba'nya (mengikuti) sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Mereka juga dikatakan sebagai golongan yang mendapat pertolongan (Tho'ifah al-Mansurah). Golongan yang diberi pertolongan oleh ALLAH TA'ALA, hal ini berdasarkan hadith Nabi sallallahu 'alaihiwasallam:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

“Sentiasa akan ada segolongan dari ummatku mereka diberikan pertolongan dan tidak dapat mencelakai mereka orang-orang yang menyelisihi mereka sehingga datangnya hari kiamat”
[HR Ibn Majah no:6]

Mereka juga disebut sebagai Ghuraba' kerana betapa asingnya mereka disisi manusia, Hal ini sepertimana hadith Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

“Islam bermula dengan asing, dan nanti akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah bagi al-Ghuraba' (Orang-orang yang asing)”
[HR Muslim no:208]

Al-Ghuraba' sepertimana yang dijelaskan oleh Nabi sallallahu 'alaihiwasallam:

الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِي مِنْ سُنَّتِي

“Mereka ialah orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang dirosakkan oleh manusia selepas peninggalanku”
[HR Tirmidzi no:2554]

Dalam riwayat lain disebut:

أُنَاسٌ صَالِحُونَ فِي أُنَاسِ سُوءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أَكْثَرُ مِمَّنْ يُطِيعُهُمْ

“Orang-orang yang shalih yang berada di tengah-tengah banyaknya orang-orang yang jelek, orang yang menentang mereka lebih banyak dari yang mentaati mereka”
[HR Ahmad no:6362]

Di dalam kitab al-I'tishom, Imam Syatibi rahimahullah membawakan satu riwayat yang menjelaskan lagi maksud al-ghuraba':

الذين يحيون ما أمات الناس من سنتي

“Iaitulah mereka yang menghidupkan sebahagian Sunnahku yang telah dimatikan”

Berkata Muhaddith Syam Syeikh Salim bin 'Eid Al-Hilali Hafizahullah:
“Mereka ialah sesiapa yang berjalan di atas manhaj Sahabat, dan Tabi'in (mereka yang mengikuti sahabat) dengan baik dalam berpegang dengan Al-Kitab dan As-Sunnah, dan mendahulukan keduanya di atas kesemua perkataan baik dalam manhaj, atau Aqidah, atau ibadah, atau mu'amalah, atau akhlak, atau siasah, atau setiap urusan daripada urusan-urusan kehidupan baik yang kecil mahupun besar”
[Al-Jama'aat Al-Islamiyyah Fi Dhau' Al-Kitab wa As-Sunnah bifahmi Salafil Ummah:59]

Benarlah memang mereka golongan yang asing ini ialah mereka yang sentiasa berpegang dan mengamalkan Tauhid dan Sunnah ketika ramai manusia yang mengamalkan syirik, bid'ah dan maksiat, mereka sentiasa kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta kefahaman Salafussoleh apabila berlaku perselisihan di kalangan mereka. Mereka berpegang teguh dengan Al-Jama'ah. Mereka menjauhi perpecahan dan Hizbiyyah. Bilangan mereka sangat sedikit berbanding golongan yang mencela, menentang dan mengingkari mereka.

ALLAH ALMUSTA'AN

--------------------------------------------------
Jauhi Sifat Takbur Dan Gemar Kepada Bercakap Perkara Yang Sia-sia :

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.”

Para sahabat bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya?

Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”

( Hadis Riwayat at-Tarmizi )

للَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فُجَاءَةِ الْخَيْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فُجَاءَةِ الشَّرِّ .

"Ya Allah aku bermohon kepada-Mu untuk kebaikan yang tidak disangka; dan aku berlindung dengan-Mu daripada bencana yang mengejut. "
.
أَعُوْذُ بِـكَ مِنْ شَرِّ مـَا صَنَعْـتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فاَغْفِرْ لِيْ، فَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
.
"Aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal buruk yang Engkau ciptakan, dan aku mengakui nikmat kurnia-Mu kepadaku, serta mengakui dosaku, maka ampunilah daku, kerana tak ada yang mampu mengampuni dosa itu selainkan Engkau

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيْـمِ ]

"Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan hanya Allah Yang Maha Agong"  

~Abu Basyer

----------------------------------------
 Abdullah Ibn Mas' ud reported, from the Prophet Muhammad SAW:
"Speak the truth as truthfulness leads to piety and piety leads to Paradise (Jannah). A man continues to speak the truth until he is recorded in the sight of Allah SWT as a truthful person (Siddiq). Lies leads to falsehood (iniquity and wickedness) and falsehood leads to Hell. A man will continue to speak falsehood until he is recorded in the sight of Allah SWT as a Liar.”
Hadith from Shaykhain, Imam Bukhari and Imam Muslim.





Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Berilah saya nasihat” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan  engkau marah” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan beliau tetap menjawab, “Jangan  engkau marah” (HR. Bukhari).


Jauhilah sifat-sifat ini (sekalipun berbeza pandangan )jika benar kita beriman pada Hari Akhirat.
Rasulullah s.a.w bersabda: 
" Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, ..... Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara (HR. Muslim)


Orang mu’min bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang pengkeji dan bukan juga seorang yang berkata kotor.
(HR. at-Tirmizi)
 
 Dari Abu Umamah radhiallahu anhu dia berkata:
“Tidaklah suatu kaum tersesat setelah tadinya mereka berada di atas petunjuk kecuali karena mereka adalah kaum yang suka  melakukan perdebatan.”


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Dari Abu Umamah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Aku akan menjamin sebuah rumah di tepi syurga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan meskipun dia yang benar. Aku juga menjamin rumah di tengah surga bagi siapa saja yang meninggalkan kedustaan walaupun dia sedang bergurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi siapa saja yang berakhlak baik.” (HR. Abu Daud no. 4800 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1464)

Wahai Orang-orang yang beriman..

{Allah SWT menyeru setiap yang merasakan diri mereka beriman  agar mengambil peringatan dari penjelasan Allah dalam Kitabyang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W.  untuk menjadi panduan umat manusia  khususnya mereka yang beriman, Firman Allah dalam surah al Hujurat} :
A006
  |Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)
A007
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; - (Al-Hujuraat 49:7)

A008
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Al-Hujuraat 49:8)
A009
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al-Hujuraat 49:9)
A010
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujuraat 49:10) |
A011
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-Hujuraat 49:11)

lelaki yang beriman dan perempuan yaqng beriman  sebahagiannya menjadi wali  kepada sebahagian
yang lain :


A071
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:71)

-----------------------------------------------------
 Tazkirah iman..

Rasulullah SAW sering menasihati agar kita, umatnya  menjadi seorang yang memiliki pendirian teguh terhadap agama.


Orang mukmin yang sejati mempunyai harga diri, tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang hina.
  
 Seorang mukmin yang mempunyai harga diri, dia pasti berani menegakkan kebenaran sekalipun sukar dan pahit. 
Ia rela mendapat cacian, hinaan atau stigma-stigma buruk sekalipun. Kerana dia tidak memburu habuan jangka pendek dan kenikmatan sesaat (mata'uddunya). 

 Seorang mukmin yang teguh pendiriannya, bagaikan batu karang di tengah lautan. Tegar dari amukan badai dan hempasan gelombang serta pasang surut lautan.


Kekuatan jiwa seorang muslim, terletak pada kuat atau kurangnya keyakinan yang dipegang. Jika aqidahnya teguh, jiwanya akan kukuh. Tetapi jika aqidahnya lemah, lemah pula jiwanya. 

 Ia ada izzah (mulia) kerana sentiasa menghubungkan dirinya dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi. Bukan dengan vip itu vip ini, menteri itu menteri ini.


Orang yang beriman itu adalah keperibadian yang memiliki prinsip hidup yang dipeganginya dengan erat. Ia bekerjasama dengan sesiapapun dalam kebaikan dan ketakwaan. 

 Namun jika sekelilingnya mengajak kepada kemungkaran, ia akan mengambil jarak bahkan akan "keluar" dari lingkungan itu. Bukan sebaliknya, mengikut arus.  

Seorang mukmin sejati dia akan tetap istiqamah dan amanah.


Rasulullah melarang orang Muslim tak berpendirian. 
 "Saya ikut bersama-sama orang-orang, kalau orang-orang berbuat baik, saya juga berbuat baik, dan kalau orang-orang berbuat jahat saya pun berbuat jahat. Akan tetapi teguhkanlah pendirianmu. Apabila orang-orang berbuat kebajikan, hendaklah engkau juga berbuat kebajikan, dan kalau mereka melakukan kejahatan, hendaknya engkau menjauhi perbuatan jahat itu. " (Riwayat al-Tirmizi).


Oleh itu, baliklah kepada iman. Hanya imanlah yang meneguhkan pendirian. Hanya imanlah yang akan memberikan kekuatan. 

 Iman adalah gelora yang mengalirkan inspirasi kepada akal fikiran, maka lahirlah bashirah (mata hati). Sebuah pandangan yang dilandasi oleh kesempurnaan ilmu dan keutuhan keyakinan.

Ia menjadi cahaya yang menerangi dan melapangkan jiwa lalu membuahkan taqwa. 

 Iman adalah bekal yang menjalar di segenap tubuh, maka lahirlah gerak-kerja. Sebuah gerakan yang terpimpin untuk memenangi kebenaran atas kebatilan, keadilan atas kezaliman, ketaatan atas kemaksiatan. Hasilnya, tiada lagi kepentingan peribadi, bias parti, takut menteri atau loba duniawi tetapi hanya Allah, Rasul dan Islam menjadi matlamat yg dicari... 


Wallahu a'lam. 














“Aku wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah dan bersikap taat dan patuh”

Kata takwa merupakan kata yang mencakup seluruh kebaikan, sebab hakekatnya adalah menunaikan kewajiban Allah dan menjauhi larangannya dengan ikhlas, cinta dan mengharap pahala serta takut dari adzabNya. Allah telah memerintahkan hambaNya untuk bertakwa dan menjanjikan mereka yang bertakwa kemudahan , keselamatan dari bahaya, kemudahan rezeki, ampunan dosa dan memperoleh surga. 

 Allah berfirman:
يَآأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَىْءٌ عَظِيمٌ
“Hai manusia, bertaqwalah kepada Rabbmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat”. (QS. Al Hajj: 1)

dan firman-Nya:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسُُ مَّاقَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ خَبِيرُُ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al Hashr:18)

Dan firman-Nya:
وَمَن يَتَّقِ اللهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَيَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” (QS. Ath Thalaq:2-3).
Demikian juga firmanNya:
إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ
“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa (disediakan) surga-surga yang penuh kenikmatan di sisi Rabbnya” (QS. Al Qalam:34)
Dan firman-Nya:
وَمَن يَتَّقِ اللهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا
“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya” (QS. Ath Thalaq:5)
dan ayat yang semakna dengannya banyak sekali.

Wahai kaum muslimin, takutlah kepada Allah, bersegeralah melaksanakan ketakwaan dalam segala keadaan dan perhitungkanlahseluruh perkataan dan perbuatan serta pergaulan kalian. Amalan tersebut yang diperbolehkan maka tidak mengapa dikerjakan dan yang tidak diperbolehkan dalam syari’at maka hindarilah walaupun kalian tamak terhadapnya. Karena yang ada disisi Allah lebih baik dan kekal. Barang siapa yang meninggalkan sesuatu karena takwa kepada Allah niscaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik darinya. Apabila seorang hamba menjaga dan bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangannya, maka Allah akan memberikan mereka keutamaan yang timbul dari ketakwaan tersebut, berupa kemuliaan, kesuksesan, rezeki yang luas, kemudahan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sudah jelas bagi semua orang yang memiliki akal dan pandangan, semua yang menimpa kebanyakan kaum muslimin berupa kekerasan hati, tidak suka dengan akhirat, berpaling dari sebab-sebab keselamatan, mengejar dunia dan sebab-sebab mendapatkannya dengan semangat dan ketamakan tanpa melihat halal dan haram dan tenggelam dalam lautan syahwat dan jenis-jenis kesia-siaan dan kelalaian.

Semua itu disebabkan hati mereka telah berpaling dari akhirat dan lalai dari dzikir dan mencintai Allah serta dari tafakkur terhadap karunia, nikmat Allah dan ayat-ayatnya baik yang zhahir atau yang batin. Juga disebabkan tidak mempersiapkan diri untuk perjumpaan dengan Allah dan tidak pernah ingat keadaan menghadap-Nya dan berada di keadaan yang dahsyat, yaitu berada di surga atau di neraka.

Wahai kaum muslimin, lihatlah diri kalian, bertaubatlah kepada Allah dan belajarlah ilmu-ilmu agama kalian serta bersegeralah melaksanakan kewajiban Allah dan menjauhi laranganNya agar kalian mendapatkan kemuliaan, petunjuk dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Berhati-hatilah dari tenggelam dalam dunia dan mendahulukannya dari akhirat, karena hal itu adalah sifat musuh-musuh Allah dan musuh kalian dari kalangan orang kafir dan munafik. Juga termasuk sebab adzab didunia dan akhirat, sebagaimana firman Allah dalam mensifati musuhNya:
إِنَّ هَؤُلآءِ يُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلاً
“Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat”. (QS. Al Insan: 27)

dan Allah Ta’ala berfirman:
فَلاَتُعْجِبُكَ أَمْوَالُهُمْ وَلآَأَوْلاَدُهُمْ إِنَّمَا يُرِيدُ اللهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ
“Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir” (QS. At Taubah:55)


Sedangkan kalian tidak diciptakan untuk dunia, tapi kalian diciptakan untuk akhirat dan diperintahkan untuk mencari bekal untuknya. Bahkan dunia diciptakan untuk kalian agar digunakan untuk beribadah kepada Allah yang telah menciptakan kalian dan untuk bersiap menghadap kepadaNya. Sehingga kalian berhak mendapatkan keutamaan, karunia dan pertolonganNya di surga yang penuh kenikmatan.






Fitnah - Zaman

Hudzaifah bin Al-Yaman radhiallahu anhuma berkata:


كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

    “Orang-orang biasa bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang kebaikan sementara aku biasa bertanya kepada beliau tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan aku terkena keburukan itu.
     Maka aku bertanya, “Wahai Rasulullah, dahulu kami dalam masa jahiliah dan keburukan, lantas Allah datang dengan membawa kebaikan ini, maka apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?” Nabi menjawab, “Ya.” Saya bertanya, “Apakah sesudah keburukan itu akan ada kebaikan lagi?” Beliau menjawab, “Ya, tapi ketika itu sudah ada kabut.” Saya bertanya, “Apa yang anda maksud dengan kabut(dukhan ) itu?” Beliau menjawab, “Adanya sebuah kaum yang memberikan petunjuk dengan selain petunjuk yang aku bawa. Engkau kenal mereka namun pada saat yang sama engkau juga mengingkarinya.”
    Saya bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu akan ada keburukan lagi?” Nabi menjawab, “Ya, yaitu adanya dai-dai yang menyeru menuju pintu jahannam. Siapa yang memenuhi seruan mereka, niscaya mereka akan menghempaskan orang itu ke dalam jahannam.

    Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, tolong beritahukanlah kami tentang ciri-ciri mereka!” Nabi menjawab, “Mereka memiliki kulit seperti kulit kita, juga berbicara dengan bahasa kita.”

    Saya bertanya, “Lantas apa yang anda perintahkan kepada kami ketika kami menemui hari-hari seperti itu?”

    Nabi menjawab, “Hendaklah kamu selalu bersama jamaah kaum muslimin dan imam (pemimpin) mereka!” Aku bertanya, “Kalau pada waktu itu tidak ada jamaah kaum muslimin dan imam bagaimana?”

    Nabi menjawab, “Hendaklah kamu jauhi seluruh firqah (kelompok-kelompok) itu, sekalipun kamu menggigit akar-akar pohon hingga kematian merenggutmu dalam keadaan kamu tetap seperti itu.” (HR. Al-Bukhari no. 7084 dan Muslim no. 1847)
---------------------------------------------------------

"I have left you upon clear proof , its night is like its day, no one deviates from it except one who is destroyed, and whoever lives long from amongst you will see great controversy. So stick to what you know from my Sunnah and the Sunnah of the orthodox, rightly-guided caliphs - cling to that with your molar teeth, and stick to obedience even if it is to an Abyssinian slave, since the believer is like a submissive camel, wherever he is led, he follows" -The Prophet Muhammad, sahih from Abu Dawud & Tirmidzi-






Sebab utama perpecahan umat :

Syaikh Abdullah al-Ubailan hafizhahullah berkata,
“Mereka -Ahlus Sunnah- meyakini bahwa sebab utama perpecahan adalah sikap sektarian dan suka bergolong-golongan pada diri sebagian kaum muslimin terhadap suatu kelompok tertentu, jama’ah tertentu, atau sosok tertentu selain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya yang mulia.” (al-Ishbah, hal. 85)




 Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai".

(H.R. Ibnu Majah)



---------------------------------------------------------

Jauhkan diri dari Firqah dan Hizbiy(berpuak-puak )

Jaukan diri dari Firqah (memecah-belahkan Deen )dan Hizbiy (berpuak-puak ):
A030
(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Ruum 30:30)

A031
Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari kalangan orang-oraqng  musyrik - (Ar-Ruum 30:31) |
A032
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan( mengikut kecenderungan masing-masing )serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). (Ar-Ruum 30:32)

Hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan perkara yang sama dalam sebuah hadis yang panjang, selepas menyuruh melazimi jamaah orang Islam dan imam mereka, tapi jika tidak adanya jamaah orang islam dan Imam mereka, maka rasulullah s.a.w menganjurkan agar menjauhi fiqah-fiqah yang ada (dalam hadis lain -agar  tetap berpegang dengan Sunnah baginda ): :

: فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض بأصل شجرة حتى يدرك الموت وأنت على ذلك
  ertinya : "... maka jauhilah dirimu drpd semua Firqah-Firqah  (puak-puak - hizbiyy )  kesemuanya ,walaupun pada masa itu kamu harus menggigit pohon2 (kerana kelaparan) , sehingga datang kematian  menjemputmu  dan kamu tetap dengan hal itu (yakni berpaut pada apa yg menepati al Haq walaupun kamu keseorangan) - (H. Riwayat Bukhari )


Melazimi Jamaah Muslimin Dan Menjauhi Hizbiyyah(Parti & kelompok lain dalam Agama)


Daripada Huzaifah bin Al-Yaman Radiallahu`anhu beliau berkata:


كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Dahulu orang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam tentang perkara kebaikan sementara aku bertanya kepadanya tentang perkara keburukan kerana aku takut keburukan itu menimpa aku,Aku berkata; Wahai Rasulullah,sesungguhnya kami dahulu ketika di zaman jahiliyyah penuh dengan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kepada kami kebaikan ini.Apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?.Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Ya”.Aku bertanya lagi: Apakah setelah keburukan tersebut ada kebaikan?.Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Ya tetapi terdapat Dakhn”.Aku berkata: Apa ituDakhn? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Suatu kaum yang mengambil petunjuk bukan dengan petunjukku,kamu mengetahui mereka dan kamu mengingkari”.Aku bertanya lagi apakah setelah kebaikan tersebut terdapat keburukan lagi? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Ya,adanya da`i-da`i(pendakwah-pendakwah) yang menyeru kepada pintu –pintu Jahannam,barangsiapa yang menyambut seruan da`i tersebut maka akan menjerumuskannya ke dalam Jahannam.Aku berkata : Wahai Rasulullah,sebutkan kepada kami ciri-ciri da`i-da`I tersebut? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Mereka dari kalangan kita,dan berucap dengan ucapan kita”.Aku berkata: Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku mendapati mereka? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Engkau melazimi jamaah kaum muslimin dan imam mereka.” Bagaimana jika aku tidak mendapati jama`ah dan imam? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Kamu tinggalkan semua kelompok sehingga kamu menggigit akar kayu,sehingga kematian menjemputmu dan kamu dalam keadaan sedemikian(istiqamah).


HR Bukhari no:3606,7084, Muslim no:1847.

-------------------------------------

Kenapa perlu belajar dan amalkan isi Al Muwatta’ : Madinah sebagai model siasah dan muamalat

Imam Malik r.a. pernah berkata " Apa yang menjadi pembaikan (Islah) kepada generasi pertama , akan menjadi pembaikan kepada generasi terakhir ".
Tugas individu muslim ialah kembali kepada pekara dasar. Menghidupkan syariat berdasarkan model salaf al Madinah yng pertama. Yakni Khalifah, dengan setiap amir memerintah dengan syariah, awqaf (waqaf) - sistem kebajikan sosial dalam masyarakat Islam, zakat (diambil) oleh amil, menyegerakan pengagihannya kepada fakir miskin dan asnaf yang berhak. Dinar emas dan dirham perak, muamalat halal dari suq (pasar) yang tidak ada sewaan.

Cukai terhad dari kharaj dan jizya keatas ahlul zhimmah ketika mana Allah memberi kita kekuasan untuk memerintah dan meluaskan tanah pemerintahan dibawah Islam. Para sahabat r.anhum bermodelkan Rasulullah s.a.w dari pekara kecil hinggalah pekara besar.
Imam Malik berkata " Ilmu adalah nur - cahaya yang Allah s.w.t letakkan mengikut kehendaknya, bukan kerana banyaknya riwayat ".
Menuntut ilmu bukan sekadar mendapat pengetahun, tetapi sebenarnya lebih dari itu. Rasullullah s.a.w telah merubah masyarakat di sebuah bandar, dan dari sana merubah seluruh Arab dan dunia. Mukjizat ini berterusan hingga sekarang.

Generasi awal Madinah adalah kumpulan teras, ditarbiyah, mendapat ilmu dan membina tamaddun dengan bimbingan Rasullullah s.a.w . Generasi selepas itu belajar dari para sahabat, pengaliran ilmu tertumpu dan sangat jelas dari Madinah Al Munawwarah. Para sahabat meriwayatkan kepada tabiin dan seterusnya tabiin kepada tabiin at tabiin.

Amalan salaf tiga generasi pertama ini merujuk kepada amal masyarakat Madinah. Semua generasi ini memperkayakan lagi rekod amalan ini dengan isu isu baru yang timbul , dengan mengikut ilmu yangsangat jelas dari Al Quran dan Sunnah.

Yang paling penting untuk zaman sekarang, rekod amalan masyarakat Madinah termasuk amalan berurusniaga tanpa riba, yang memberikan kekuatan dan kekayaan kepada umat Islam sebelum ini, sangat - sangat diperlukan hari ini. 
 Amal masyrakat Madinah generasi pertama sendiri adalah bukti sunnah seperti hadis mutawatir yang diriwayatkan dari sebahagian besar sahabat kepada generasi selepas mereka.
Kelemahan umat Islam ialah kerana membenarkan ideoloji - ideoloji asing, dari Yahudi dan Nasrani menyelinap masuk, mereka telah meninggalkan siasah dan muamalat Madinah. Maka lahirlah evolusi demokrasi dan sistem kewangannya yang saling kait mengait antara satu sama lain.
Mereka diperangkap dengan istilah politik dan ekonomi moden yag direkacipta Yahudi di institusi terkenal dunia. Maka umat jadi buta tentang khalifah, Amriah, waqaf, kharaj dan jizyah dalam siasah mengurus umat.
 ------------------------------
 pharma Not in Business of Health , Healing, cures, Wellness :
http://www.youtube.com/watch?v=AazObF_pHSU&feature=related 

 

"ALLAH bersemayam di atas 'ArasyNya'
Ummi Salamah radiallahu 'anha berkata:
"Al-istiwa (bersemayam) itu tidak majhul (maklum/diketahui), caranya pula tidak diketahui(majhul) namun berikrar (Berpegang) dengannya adalah keimanan dan menentangnya (tidak percaya bahawa Allah bersemayam) adalah kufur".

.Redza bin Nu'san,


-------------------

Kesepakatan para imam mazhab mengenai Allah al-Istiwa' atas 'Arasy di atas langit.

Berkata Al-Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H):

الله في السماء وعلمه في كل مكان لا يخلو منه شيء.

“Allah di atas langit dan ilmu-Nya berada di setiap tempat. Tidaklah tertinggal darinya (ilmu Allah) apa jua.” – Lihat Syarh Ushul I’tiqad Ahl Al-Sunnah, Al-Lalika’i, 3/401, no. 673.

Berkata Al-Imam Asy-Syafi’e rahimahullah (204H) dalam muqaddimah kitabnya Al-Risalah (Tahqiq: Syeikh Ahmad Syakir), ms. 7-8:

والحمد لله ...... الذي هو كما وصف نفسه، وفوق ما يصفه به خلقه.

“Segala puji bagi Allah ……Dia adalah seperti yang disifatkan terhadap diri-Nya dan Dia mengatasi dengan sifat-Nya atas makhluk-Nya.”

Al-Imam Asy-Syafi’e rahimahullah berkata lagi:

اَلْقَوْلُ فِيْ السُّنَّةِ الَّتِيْ أَنَا عَلَيْهَا وَرَأَيْتُ عَلَيْهَا الَّذِيْنَ رَأَيْتُهُمْ مِثْلُ سُفْيَانَ وَمَالِكٍ وَغَيْرِهِمَا الْإِقْرَارُ بِشَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلَ اللهِ، وَأَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ فِيْ سَمَائِهِ.

“Akidah yang saya yakini dan diyakini oleh orang-orang yang pernah aku temui seperti Sufyan, Malik dan selainnya adalah menetapkan syahadah bahawa tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah (pesuruh Allah) dan bahawasanya Allah di atas ‘Arasy-Nya, yakni di atas langitnya.”- Lihat Adab Asy-Syafi’i Wa Manaqibuhu, Ibn Abi Hatim, ms. 93.

Berkata Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (241H):

نعم، هو على عرشه ولا يخلو شيء من علمه.

“Ya, Dia di atas ‘Arasy-Nya dan tidaklah tertinggal apa-apa daripada Ilmu-Nya.” – Lihat Mukhtashar Al-‘Uluw Li Al-‘Aliy Al-Ghaffar, Syeikh Al-Albani, ms.189, no.226.

Al-Imam Abu Hanifah rahimahullah (150H) berkata:

مَنْ أَنْكَرَ أَنَّ اللهَ عَزَّوَجَلَّ فِيْ السَّمَاءِ فَقَدْ كَفَرَ.

“Barangsiapa yang mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa Jalla di atas langit maka dia kafir.” - Lihat Mukhtasar Al-’Uluw Lil ‘Aliy Al-Ghaffar, ms. 137, no. 119 tahqiq Syeikh al-Albani.


----------------------------------------------------------------------------------------------

Larangan mewalikan orang-orang kafir ...


A118
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (A-li'Imraan 3:118) |

A119
Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu hanya km  yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu., sedangkan kamu juga beriman kepada kesemua Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (A-li'Imraan 3:119)



A149
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)






A089
. Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong; (An-Nisaa' 4:89)





A053

akan diuji  : berjihad, tidak mengambil selainlAllah dan  Rasul dan  orang beriman sebagai teman rapat :

A016
Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan. (At-Taubah 9:16)

Wahai orang2 yg beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang2 yg di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. [ Ali-Imran:118 ]
 
------------------------------
 https://www.facebook.com/notes/mohd-hairi-nonchi/beza-tokoh-asyairah-zaman-awal-dengan-pengaku-asyairah-zaman-sekarang/866294806730111

BEZA TOKOH ASYA'IRAH ZAMAN AWAL DENGAN PENGAKU ASYA'IRAH ZAMAN SEKARANG

March 9, 2014 at 9:20am
Ketahuilah bahawa terdapat perbezaan yang mendasar antara para tokoh 'Asya'irah pada zaman awal dengan mereka yang MENGAKU sebagai Asya'irah pada hari ini. Perbezaan ini dilihat daripada dua sudut seperti berikut:

PERTAMA

Tokoh Asya'irah yang awal mentakwil nas sifat atas dasar membentengi akidah umat daripada permainan kotor golongan musyabbihah dan mujassimah yang mengambil zahir nas sifat sebagai dalil bahawa Allah adalah sama dengan makhluk.

Berbeza dengan pengaku Asya'irah zaman sekarang yang mentakwil nas atas dasar anti kepada nas itu dan menganggapnya sebagai mentasybihkan Allah. Di sini mereka telah menunjukkan bahawa pada asalnya merekalah berakidah tasybih lalu cuba untuk lari daripadanya dengan menolak nas melalui jalan takwil. Bahkan jika diperhalusi, ternyata akidah mereka bukan sahaja mirip kepada akidah musyabbihah, bahkan juga Mutazilah, Qadariyyah dan Jahmiyyah.

KEDUA

Tokoh Asya'irah yang awal tetap mengunggulkan akidah Salaf meskipun dalam situasi tertentu mereka memilih manhaj takwil. Pada masa yang sama, mereka sama sekali tidak pernah mengkafirkan sesiapa sahaja yang mengikuti manhaj Salaf, yakni menetapkan sifat Allah tanpa tasybih, tanpa tajsim dan tanpa takwil.

Berbeza dengan para pengaku Asya'irah zaman sekarang yang bukan sahaja memfitnah Salaf tidak memahami makna nas sifat, bahkan mereka begitu rakus mengkafirkan sesiapa sahaja yang menetapkan sifat Allah tanpa takwil
~