Showing posts with label Bahaya Syi'ah. Show all posts
Showing posts with label Bahaya Syi'ah. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

WAJAH SEBENAR IRAN DAN FATWA ULAMA SYIAH TENTANG SYRIA




Ahmedinejad (Presiden Iran) : "Adalah menjadi suatu kewajipan bagi kita untuk membantu (mempertahankan) rejim Syria walau dengan apa jua cara..."

Hasan Nasrullah (Hizbul Lat) : "Tiada
berlaku apa-apa kebangkitan pun di Syria. Tetapi rejim Basyar masih mendapat sokongan majoriti rakyatnya.."

Ali Sistani (Ulama syiah terkenal) : " Barangsiapa yang mahu membela Syiah, maka dia mestilah berusaha membantu Basyar. Barangsiapa yang cuai maka sebenarnya dia hanya akan membantu pembunuh-pembunuh Husein yang kafir golongan Nawaseb!"

Yaser Habib al-Khabith: " Wajib ke atas Hizbullat Lubnan untuk masuk campur tangan segera bagi menyelamatkan makam-makam ziarah kaum Syiah di Syria dari ancaman-ancaman kaum nawaseb (Sunni)"

Ali al-Kuraani: " Yang menjadi para pengganas di Syria sekarang ialah pengikut-pengikut dan cucu cicit keturunan Abu Sufyan dan tentera-tentera Yazid "

Ahmed Jennati (ulama paling kanan Iran) : " Wajib ke atas orang Syiah arab masuk ke Syria dan berjuang bersama-sama rejim Basyar agar ia tidak jatuh ke tangan musuh-musuh Syiah "

Masih banyak lagi fatwa ulama'-ulama' mereka yang mengharuskan membunuh dan memerangi kaum muslimin khasnya di Syria.
Masih ada lagikah yang buta!?
 

Saturday, July 21, 2012

SYIAH SESAT - MASWJDUM - Kerjasama Ikhwanul Muslimin Dan Syiah Patut Dikeji

 
 
 
 
 
Imam Malik (wafat 179 H) pernah berkata ketika ditanya tentang Syi'ah: "Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meriwayatkan hadits dari mereka kerana mereka selalu berdusta
(Ibn Taimiyyah, Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah, jilid 1, halaman 16)

Dari Yunus bin Abdila’la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafi’i, apabila disebut nama Syi’ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras, dan berkata: “Kelompok terjelek! (terhodoh)”. (al-Manaqib, karya al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

Imam Syafi'i (wafat 204 H) berkata: “Saya belum melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi/bersumpah palsu (berdusta) dari Syi’ah Rafidhah.” (Adabus Syafi’i, m/s. 187, al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486, Al-Kifayah, halaman 49, as-Suyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid I, halaman 327)

Imam asy-Syafi’i berkata tentang seorang Syi’ah Rafidhah yang ikut berperang: “Tidak diberi sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan ayat fa’i (harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami”. (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang siapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak (mendapatkan bahagian fa’i).” (at-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/487)


Imam Abu Ya’qub Yusuf B. Yahya al-Buwaithi (murid Imam asy-Syafi’i) pernah bertanya kepada Imam asy-Syafi’i:

“Bolehkah aku bersolat di belakang orang Syiah Rafidhah (sebagai makmum)?”
Imam asy-Syafi’i berkata, “Jangan bersolat di belakang orang Syi’ah, orang Qadariyyah, dan orang-orang Murji’ah.”
 
Aku bertanya lagi, sebutkan ciri-ciri mereka kepadaku?
Jawab imam asy-Syafi’i, “Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan maka dia adalah pengikut murji’ah. Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan ‘Umar bukan imam (khalifah), maka dia Syi’ah Rafidhah. Dan sesiapa yang mengatakan perbuatan hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata maka dia adalah pengikut qadariyah.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam Al-Nubala 10/31)

Wednesday, July 18, 2012

A Poison Factory





Nordin Bin Amat
Woodlands 


I read with trepidation regarding Foreign Minister George Yeo handover of an Iranian gift to Madrasah Aljunied because “it was close to his heart despite its not being within his Aljunied GRC”. ( George Yeo passes on Iranian gift to madrasah ST 5 April)

With all due credit to the minister’s well known positive contributions to the nation while being rational, responsible and respected by locals and foreigners alike, Mr Yeo should have consulted MUIS for verifications as to the contents of the encyclopaedia purportedly claimed to cover the “subject of Islamic jurisprudence from Iran”, before passing it as a gift to anyone.



Other than to avoid misleading the students at Madrasah Aljunied pertaining to the stark differences of the Iranian version of 'Islam' - who among other things claimed that the present Quran is only 2/3 while the Iran Shi’ites have the full account, who claimed that Ali (not Abu Bakar, Umar nor Uthman) was the rightful Caliph immediately after the demise of the Prophet Muhammad, and who claimed that the companions including Abu Bakar, Umar, Uthman and the Prophet’s wives all were infidels except Ali and his immediate family members – our country also needs to avoid the rising tide of Shi’ism being connected to the unrests and seditions in the Middle East as reported in various mass medias, one example being Malaysia in spotlight over crackdown on Shi’ites (ST 10th March 2011).

In that article, the statement by the director of the Selangor Islamic Affairs Department, Mr Marzuki Hussin that  “Shi’ism clashes with Islam in Malaysia and so it cannot be allowed to propagate” there, should be a cause of concern especially of the fact that “many Malay Shi’ites conceal their faith to avoid trouble”.  In all possibility, they can actually be sleepers waiting for the opportune moment to strike.

As such, a comprehensive approach by the relevant authorities is necessary to address the negative influences that might be stewing or smoldering among the sleepers from Singapore that “spent several weeks in Iran to observe how Shi’ism was practiced. Many of them who were sympathetic to the faith before the trip decided to convert” in 1981 and 1982.

Those Singaporeans among the cohort that converted in 1981 and 1982 should be scrutinized for their inclinations and verified not to be a potential menace nor a deprave influence to society, one example being the recently convicted ‘religious teacher’ cum pervert with ten wives who degenerated into victimizing his own daughters. His excuse for his debauchery of having more than ten wives was a branch of Syi’ah’s jurisprudence of 'Islam' !

With all due credit and due respect to Iran for being a modern and progressive country with her advanced nuclear technology and honey cum medicinal value producing country, nevertheless, the poisonous aspect of her perverse cultism or seditious charm worldwide must be anticipated and rejected outright by any nation who is on its toes against any form of breach on her sovereignty.

And as the same article rightly mentioned that Shi’ism is deviant, Singapore’s reputation as a secular and tolerant nation should not be abused by any cult seeking to propagate their distorted version of any of Singapore’s multi-religious faiths.




Yours Truly,
Nordin Bin Amat 
           
bacaan seterusnya :                                             
 ..:

Friday, July 13, 2012

SYIAH SESAT - UFB - UMNO Jangan Terima SYIAH

 

 

 Bagaimana mengenal penganut agama Syiah?

Juli 13, 2012
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya


Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal orang yang berpegang dengan agama Syiah ini?

Jawapan:

 

Mula-mula sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut fahaman syiah ini, kita perlu mengenali apa itu syiah. Syiah di atas dunia mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada banyak kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar seperti berikut.
Kelompok pertama dipanggil syiah mufaddholah (puji kelebihan), iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi). Mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain tetapi mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih baik). Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua. Mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.

Kecenderungan kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah. Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak). Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu Hurairah, Muawiyah ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan Umar keseluruhannya. Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.

Mereka adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya; Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini bahaya dan tidak boleh dianggap remeh kerana mereka mempunyai agenda.

Akidah mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah. Kalau kita setakat berbeza fahaman parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain. Mereka mengkafirkan sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita. Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran. Apabila syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai.

Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.

Lihatlah sambutan Asyura yang setiap tahun mereka raikan, mereka melaknati Abu Bakar, Umar, dan sahabat Nabi yang lain. Baru-baru ini saya ke Oman bersama sahabat saya, kami memasuki sebuah masjid syiah. Di Oman ada 10-15% penganut agama syiah imam 12. Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ ada batu-batu karbala iaitu tanah yang dimampatkan menjadi batu dan mereka sujud di atas tanah itu ketika solat kerana menganggap suci tanah tersebut.

Kemudian saya masuk ke dalam lagi dan pergi ke rak buku, saya mengambil satu buku kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura). Saya membuka dan membacanya, di dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan kaedah membaca doa-doa tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut adalah hari kematian Husain.

Kepercayaan mereka berbeza dengan ahlus sunnah. Imam Mahdi mereka tidak sama dengan Imam Mahdi ahlus sunnah. Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir dan menunggu di dalam Gua Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak kesemua hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.
Mereka menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi). Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran kita. Ini adalah majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada hari ini.

Syiah yang ketiga, dan ini yang paling pelik. Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan. Syiah yang berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan). Mereka menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik semata-mata. Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya wahyu disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.
Akidah begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang. Mereka datang dengan banyak nama, antaranya; syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf Tuhan, syiah Duruz, syiah Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).
Ini adalah tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.

Cara mengenali mereka
Syiah boleh dikenali melalui modus operandi atau cara mereka menarik kita.

Langkah Pertama: Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga Nabi). Mereka akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, dan lain-lain. Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana Nabi sangat mencintai kaum keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.

Mereka membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi. Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan) yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

Kita perlu sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan kesalahan, maka kesalahannya tidak boleh dibiarkan. Kata Nabi SAW,
لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها
Maksudnya: “Kalau Fathimah bintu Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.”
Sayang ada hadnya. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka bebas dosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.

Langkah kedua: Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini. Antara slogan mereka, “Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.”
Mereka bertujuan membangkitkan semangat. Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi itu berbillion kekayaannya, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya tetapi Amerika boleh cari juga.

Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tidak berperang lagi sampai ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tidak sengaja kononnya. Mereka ada agenda mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.

Sebab itu ulama apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah syiah rafidhah Imam 12.

Syiah sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat dan pelbagai pujian lagi. Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu, kemungkinanlah dia pernah membantu orang kampungnya, kemudian orang memuji-muji P. Kalimuthu seorang yang baik, telah membantu ramai orang miskin. Adakah boleh diterima cerita seperti itu? Tidak boleh kerana orang tahu dia jahat, melakukan banyak pembunuhan, jenayah dan sebagainya. Begitu juga Khomeini, dia menulis dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.

Andaikan saya mencerca dan mengkafirkan bapa kepada salah seorang kalian, adakah kalian mahu mendengar ceramah saya? Jadi bagaimana kita boleh memuji memuja dan mengangkat nama-nama orang yang mengkafirkan sahabat Nabi?

Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tidak percaya kepada Nabi SAW, beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.

Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).

Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.

Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.

Jadi apa tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran.

Menyebarkan syiah melalui perkahwinan
Orang Iran cantik-cantik parasnya. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak ada apa. Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi syiah.
Di sebelah Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik, Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.

Itu sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?

Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini tidak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.

Syiah memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri. Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang mereka kafirkan. Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.

Syiah Agama Politik
Pada hari ini mereka turut datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah air. Kita perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (kenegaraan). Setelah mendapat negara maka barulah sah rukun Islam wilayah mereka.

Maka sebab itu mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam yang sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara. Saya tidak kira mereka berada dalam parti mana. UMNO jangan sekali-kali bagi ruang syiah masuk ke dalam parti. Bagi ahlus sunnah sahaja masuk. Itu sedikit berkaitan syiah.
Wallahu-A’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :
http://www.youtube.com/watch?v=cHtKnU7iicY

Saturday, June 16, 2012

Hubungan Yahudi & SYIAH




Hubungan Syiah dan Yahudi


Soalan:
Syiah sudah berpengaruh di Malaysia. Adakah Syiah ini ada kaitan dengan Yahudi atau adakah ianya agenda Yahudi?
Jawapan:


Mudah sahaja, siapakah pengasas Syiah? Abdullah bin Saba, pengasas Syiah yang sejarahnya cuba dipadamkan oleh sebahagian daripada tokoh-tokoh Syiah. Walaubagaimanapun, sebahagian besar daripada tokoh mereka menetapkan akan kewujudan Abdullah bin Saba dalam sejarah kewujudan Syiah.

Tokoh-tokoh mereka sendiri mengiktiraf kewujudan Abdullah bin Saba yang merupakan orang yang pertama berkata kepada Ali bin Abi Thalib, “Engkau, engkau, engkau Tuhan!”

Beliau mempertuhankan Ali. Walaupun ia tidak datang dalam bentuk kelompok atau kumpulan, tetapi ia datang dalam bentuk ideologi melampau yang mengangkat kedudukan Ali bin Abi Thalib RA ke tahap yang tidak sepatutnya. Mengangkat Ali melampaui tahap kemanusiaan, mempertuhankan Ali.

Sebab itu kalau kita buka kitab Al-Milal wan Nihal Sejarah Perpecahan Ummat, kita akan dapati Syiah yang pertama adalah Syiah As-Saba-iyyah iaitu sandaran kepada Abdullah bin Saba.


Siapakah Abdullah bin Saba?

Beliau adalah Yahudi yang masuk ke dalam Islam bertujuan untuk merosakkan Islam dari dalam, digelar zindiq. Agenda mereka sejak dahulu lagi, mereka sangat benci melihat kejayaan dan kegemilangan Islam dan umatnya.

Jadi apabila kita katakan pengasas Syiah itu adalah Abdullah bin Saba, Yahudi, maka hubungkait Syiah dan Yahudi pasti ada, keduanya dari susur galur yang sama.

Bahkan akidah-akidah Syiah hampir sama dengan akidah Yahudi di dalam banyak hal. Dari sudut Imam Mahdinya, Syiah berbeza dengan Ahlu sunnah wal jamaah tetapi hampir sama penceritaan Imam Mahdi Syiah dengan Imam Mahdi Yahudi. Hampir sama penceritaan Dajjal versi Syiah dengan Dajjal versi Yahudi.

Bahkan disebut oleh Nabi SAW, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70,000 orang daripada Ashfahan (Al-Fathur Rabbani Tartib Musnad Ahmad). Asfahan itu di Parsi. Siapakah mereka? Ulasan Al-Imam An-Nawawi rahimahullah dan ulama-ulama kontemporari, mereka itu adalah golongan Syiah Rafidhah.

Yang duduk di UiTM ini ada beberapa pelajar yang dikaitkan dengan Syiah dalam UiTM. UiTM mesti ambil tindakan tegas. Ini adalah kempen yang penting, kempen anti-Syiah. Kita tidak boleh biarkan ideologi mereka masuk ke dalam minda-minda masyarakat kita.

Kalian adalah mahasiswa, kalian mampu membuat analisa. Di hujung jari sahaja kalian mampu mengenalpasti antara kebenaran dan kebatilan. Kaji, analisa, rujuk ilmuan-ilmuan yang ada autoriti untuk bercakap tentang agama.


Teknik serangan Syiah terhadap sumber agama Islam

Mereka mulakan serangan terhadap sumber-sumber agama kita. Mula-mula mereka akan membentuk doktrin memuliakan tokoh-tokoh mereka.

Strategi paling dekat, mereka akan mulakan dengan kecintaan terhadap ahlul bait (keluarga Nabi) seperti Ali bin Abi Thalib, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain. mereka tanamkan rasa cinta, tidak boleh sakiti sedikit pun. Mereka mengulang-ulang doktrin seperti Ali menantu Nabi, sepatutnya jadi khalifah, tetapi disebabkan jahatnya Aisyah, beliau membisikkan kepada Nabi sebelum kewafatan Nabi supaya mengangkat bapanya (Abu Bakar) sebagai khalifah.

Mereka menyebabkan kita tertarik. Mereka menyatakan di dalam selawat Nabi mengajar kita berselawat kepada Aali Muhammad yakni kaum keluarga Nabi. Maka kita pun mengiakan semua yang didoktrinkan oleh Syiah.

Sesudah selesai mereka menanam persepsi bahawa kaum keluarga Nabi ini mulia, mereka akan membawa tokoh-tokoh dan imam-imam mereka yang mereka kaitkan dengan kaum keluarga Nabi. Mereka membawakan perkataan-perkataan Nabi yang menyuruh untuk memuliakan dan menjaga kaum keluarga Nabi SAW. Maka kita pun mula bercakap tentang kedudukan dan kemuliaan Imam mereka.

Mereka tidak akan mengkafirkan lagi sahabat dan isteri Nabi pada peringkat ini. Setelah berjaya menanamkan kecintaan kepada keluarga Nabi dan imam-imam mereka, barulah mereka mula menimbulkan syubhat-syubhat ke atas sumber agama kita.

Syubhat Syiah
Contoh syubhat (kekeliruan) yang timbulkan adalah seperti kurangnya hadis yang disandarkan kepada Ali di dalam Sahih Bukhari. Banyaknya hadis riwayat Abu Hurairah sedangkan beliau bersahabat dengan Nabi hanya 3 tahun sebelum kewafatan Nabi, bagaimana beliau boleh menjadi orang yang paling banyak meriwayatkan hadis Nabi SAW?
Mereka mula menimbulkan rasa tidak percaya kepada hadis-hadis Bukhari dan Muslim, menyeru kita melihat hadis yang diriwayatkan oleh ahlul bait. Mereka pun mula mengeluarkan kitab-kitab hadis imam mereka seperti Ushulul Kaafi oleh Al-Kulaini, kitab Ghaadir yang memuatkan hadis-hadis tentang wasiat Nabi SAW supaya Ali menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi SAW, di mana semua itu adalah hadis-hadis palsu.


Syubhat ke atas Al-Quran

Mereka mengatakan Al-Quran itu betul, tetapi tidak lengkap kerana sebahagiannya telah dibuang oleh sahabat Nabi. Mereka mengingatkan kita bahawa sejarah menceritakan Abu Bakar, Umar dan Utsman pernah ingin membakar kesemua mushaf al-Quran dan meninggalkan satu salinan sahaja. Mereka mengatakan para sahabat Nabi ini ingin memadamkan kebenaran dan bukti yang menceritakan kelebihan dan kedudukan ahlul bait. Mushaf Fathimah ingin dibakar pada masa itu tetapi diselamatkan dan di dalamnya terkandung 17,000 ayat.

Mereka menimbulkan syubhat seperti ini. Sedangkan mereka tidak tahu menahu metodologi dan prinsip Imam Bukhari mengambil dan menyusun hadis, siapa Imam Bukhari pun tidak kenal.

Sesudah mereka berjaya menimbulkan syubhat kepada sumber agama kita, baru mereka akan pergi ke peringkat yang lebih ekstrim, iaitu mula menceritakan keburukan Abu Bakar, Umar, Utsman, Muawiyah, yang akhirnya membawa kepada pengkafiran. Begitulah modus operandi mereka.

Perkahwinan
Yang terkini, modus operandi dan salah satu cara untuk menyebarkan ideologi mereka adalah kahwin. Mereka datangkan wanita-wanita Parsi yang cantik-cantik. Lelaki mereka pun kacak. Saya pernah ceritakan kisah seorang lelaki pada zaman Umar Al-Khatthab, di mana ada seorang lelaki yang kacak. Umar melihat lelaki ini banyak membawa fitnah, bukan lelaki ini membuat fitnah tetapi timbul fitnah disebabkan keindahan wajahnya menyebabkan semua orang melihatnya.

Umar memanggilnya dan menyuruh beliau mencukur kepalanya. Maka lelaki ini pun pulang dan mencukur kepalanya. Kemudian didapati bertambah kacak setelah itu. Umar lalu mengarahkan beliau dihantar ke negeri di balik 2 sungai; Furat danTigris. Itulah dia negeri Parsi. Kenapa Umar menghantar beliau kesana? Kerana orang di sana cantik-cantik jadi apabila lelaki ini pergi ke sana orang tidak akan memandangnya.

Sebab itu di antara cara Syiah menyebarkan agama mereka ke Afrika adalah dengan menghantar wanita-wanita mereka ke sana. Itu di antara cara mereka menyebarkan ideologi mereka, selain mendatangkan bantuan daripadaIran, bertukar-tukar budaya melalui filem-filem animasi dan sebagainya, sedangkan mereka menyebarkan ideologi dan doktrin mereka. Nama-nama yang mereka guna, nama-nama Imam mereka, mereka membiasakan orang mendengar dan menyebut nama-nama tersebut.

 Tengah-tengah filem keluar gambar Khomeini, walaupun tidak disebut apa-apa tentang Khomeini, cukup sekadar keluar gambar sahaja mereka dapat menyebarkan agenda mereka.

Gambar memberi kesan yang sangat dahsyat. Jadi itu sedikit sebanyak agenda Syiah yang sangat bahaya dan kita perlu pastikan ia tidak berada di mana-mana dalam negara kita pada hari ini kerana mereka telah mula memanfaatkan politik untuk memastikan hasrat dan tujuan mereka tercapai.

Maka kesimpulannya, Syiah ada kaitan yang sangat jelas dengan Yahudi. Walaupun Hizbullah dahulu menyatakan ingin menyerang Israel, bila hendak serang? Amerika yang mengatakan ingin menyerang Iran, Iran yang ingin menyerang Amerika, Israel, itu semua retorik dan pembohongan semata-mata.
Wallahua’lam.
Juni 15, 2012
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
http://networkedblogs.com/yML6n

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :
SYIAH SESAT – UFB – Hubungan Yahudi & SYIAH:


Sunday, September 11, 2011

Wajib tolak fahaman Syiah






HAMZAH Zainuddin menghadiahkan buku mengenai Perdana Menteri kepada Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (tengah) pada pertemuan mereka di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 9 Sept. - Umat Islam di negara ini wajib menolak fahaman Syiah kerana terbukti ia merupakan satu fahaman sesat dan menyeleweng daripada al-Quran serta Sunnah.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang menunjukkan fahaman Syiah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar antaranya ia tidak pernah mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah.


Berbanding golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (sunni) beliau berkata,ASWJ mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah termasuk Saidina Ali Abi Talib yang bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah di bumi ini.


“Puak Syiah hanya menghormati dan mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya manakala sahabat-sahabat besar yang lain langsung tidak diiktiraf.


“Malah, ada di kalangan puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah sendiri,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin di pejabatnya hari ini.


Untuk rekod, Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.


Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.


Sheikh Sulaiman berkata, fahaman Syiah juga menganggap al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullahtelah berubah dan ada kekurangan.


“Iktikad ini jelas bertentangan dengan Islam kerana al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan serta kekurangan kerana Allah sentiasa memeliharanya. Ini merupakan jaminan Allah dan ia disebut di dalam al-Quran.


“Walau apa pun berlaku, 114 surah di dalam al-Quran daripada al-Fatihah sehingga an-Nas tidak akan berlaku perubahan apatah lagi kekurangan. Ayatnya, kalimah mahu pun hurufnya akan sentiasa terpelihara,” kata Sheikh Sulaiman.


Beliau berkata, antara penyelewengan lain yang dilakukan oleh Syiah ialah mereka mencipta iktikad akidah yang tiada sandaran.


“Sebagai golongan Sunni kita menjadikan pegangan akidah yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah sebagai iktikad kerana ia bersumberkan daripada wahyu Allah.


“Berbandingdengan Syiah, 'iktikad akidah mereka bersandarkan kepada akidah takiah dan akidah raj’ah. Akidah takiah boleh dikatakan juga akidah munafik kata-kata tidak boleh dipegang, lain di luar lain pula di dalam (hatinya)...


utusan online

ARKIB : 10/09/2011

Tuesday, June 14, 2011

PUSAKA UNTUK KELUARGA NABI S.A.W : Fitnah Syiah Terhadap Abu Bakar Berkenaan Tanah Fada'


PUSAKA UNTUK KELUARGA NABI S.A.W : Fitnah Syiah Terhadap Abu Bakar Berkenaan Tanah Fada'




١٧٥٩- حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ أَخْبَرَنَا حُجَيْنٌ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَتْ إِلَى أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ تَسْأَلُهُ مِيرَاثَهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْهِ بِالْمَدِينَةِ وَفَدَكٍ وَمَا بَقِيَ مِنْ خُمْسِ خَيْبَرَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ إِنَّمَا يَأْكُلُ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْمَالِ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَا أُغَيِّرُ شَيْئًا مِنْ صَدَقَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ حَالِهَا الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهَا فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَأَعْمَلَنَّ فِيهَا بِمَا عَمِلَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَبَى أَبُو بَكْرٍ أَنْ يَدْفَعَ إِلَى فَاطِمَةَ شَيْئًا فَوَجَدَتْ فَاطِمَةُ عَلَى أَبِي بَكْرٍ فِي ذَلِكَ قَالَ فَهَجَرَتْهُ فَلَمْ تُكَلِّمْهُ حَتَّى تُوُفِّيَتْ وَعَاشَتْ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِتَّةَ أَشْهُرٍ فَلَمَّا تُوُفِّيَتْ دَفَنَهَا زَوْجُهَا عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ لَيْلًا وَلَمْ يُؤْذِنْ بِهَا أَبَا بَكْرٍ وَصَلَّى عَلَيْهَا عَلِيٌّ وَكَانَ لِعَلِيٍّ مِنْ النَّاسِ وِجْهَةٌ حَيَاةَ فَاطِمَةَ فَلَمَّا تُوُفِّيَتْ اسْتَنْكَرَ عَلِيٌّ وُجُوهَ النَّاسِ فَالْتَمَسَ مُصَالَحَةَ أَبِي بَكْرٍ وَمُبَايَعَتَهُ وَلَمْ يَكُنْ بَايَعَ تِلْكَ الْأَشْهُرَ فَأَرْسَلَ إِلَى أَبِي بَكْرٍ أَنْ ائْتِنَا وَلَا يَأْتِنَا مَعَكَ أَحَدٌ كَرَاهِيَةَ مَحْضَرِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ عُمَرُ لِأَبِي بَكْرٍ وَاللَّهِ لَا تَدْخُلْ عَلَيْهِمْ وَحْدَكَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ وَمَا عَسَاهُمْ أَنْ يَفْعَلُوا بِي إِنِّي وَاللَّهِ لَآتِيَنَّهُمْ فَدَخَلَ عَلَيْهِمْ أَبُو بَكْرٍ فَتَشَهَّدَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ ثُمَّ قَالَ إِنَّا قَدْ عَرَفْنَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَضِيلَتَكَ وَمَا أَعْطَاكَ اللَّهُ وَلَمْ نَنْفَسْ عَلَيْكَ خَيْرًا سَاقَهُ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَكِنَّكَ اسْتَبْدَدْتَ عَلَيْنَا بِالْأَمْرِ وَكُنَّا نَحْنُ نَرَى لَنَا حَقًّا لِقَرَابَتِنَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَزَلْ يُكَلِّمُ أَبَا بَكْرٍ حَتَّى فَاضَتْ عَيْنَا أَبِي بَكْرٍ فَلَمَّا تَكَلَّمَ أَبُو بَكْرٍ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَرَابَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ أَصِلَ مِنْ قَرَابَتِي وَأَمَّا الَّذِي شَجَرَ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ مِنْ هَذِهِ الْأَمْوَالِ فَإِنِّي لَمْ آلُ فِيهَا عَنْ الْحَقِّ وَلَمْ أَتْرُكْ أَمْرًا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُهُ فِيهَا إِلَّا صَنَعْتُهُ فَقَالَ عَلِيٌّ لِأَبِي بَكْرٍ مَوْعِدُكَ الْعَشِيَّةُ لِلْبَيْعَةِ فَلَمَّا صَلَّى أَبُو بَكْرٍ صَلَاةَ الظُّهْرِ رَقِيَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَتَشَهَّدَ وَذَكَرَ شَأْنَ عَلِيٍّ وَتَخَلُّفَهُ عَنْ الْبَيْعَةِ وَعُذْرَهُ بِالَّذِي اعْتَذَرَ إِلَيْهِ ثُمَّ اسْتَغْفَرَ وَتَشَهَّدَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ فَعَظَّمَ حَقَّ أَبِي بَكْرٍ وَأَنَّهُ لَمْ يَحْمِلْهُ عَلَى الَّذِي صَنَعَ نَفَاسَةً عَلَى أَبِي بَكْرٍ وَلَا إِنْكَارًا لِلَّذِي فَضَّلَهُ اللَّهُ بِهِ وَلَكِنَّا كُنَّا نَرَى لَنَا فِي الْأَمْرِ نَصِيبًا فَاسْتُبِدَّ عَلَيْنَا بِهِ فَوَجَدْنَا فِي أَنْفُسِنَا فَسُرَّ بِذَلِكَ الْمُسْلِمُونَ وَقَالُوا أَصَبْتَ فَكَانَ الْمُسْلِمُونَ إِلَى عَلِيٍّ قَرِيبًا حِينَ رَاجَعَ الْأَمْرَ الْمَعْرُوفَ


Muhammad bin Rafi’ telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Hujain telah menceritakan kepada kami, katanya: Laits telah meriwayatkan kepada kami daripada Uqail daripada Ibnu Syihab daripada Urwah bin al-Zubair daripada ‘Aisyah bahawa sesungguhnya beliau telah menceritakan kepada Urwah bin al-Zubair bahawa Fatimah binti Rasulillah s.a.w. telah menghantar orang[1] kepada Abu Bakr al-Siddiq untuk meminta dengan beliau pusakanya daripada Rasulullah s.a.w. iaitu daripada harta yang Allah berikan kepada Nabi s.a.w. sebagai fai’ di Madinah, fadak dan yang baki daripada khumus harta khaibar. Abu Bakr berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami tidak diwarisi, apa yang kami tinggal menjadi sedekah.” Keluarga Muhammad hanya boleh makan daripada harta ini dan sesungguhnya aku – demi Allah! - tidak akan mengubah sedikit pun sedekah Rasulullah s.a.w. daripada keadaannya seperti yang dilakukan di zaman Rasulullah s.a.w., sesungguhnya aku akan melakukan seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dahulu.” Abu Bakr tidak mahu memberikan apa-apa kepada Fatimah maka marahlah Fatimah kepada Abu Bakr disebabkan itu. Perawi berkata: Maka dia pun meninggalkannya dan tidak bercakap dengannya sampai dia mati dan beliau[2] hidup selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. enam bulan. Apabila beliau wafat, suaminya ‘Ali bin Abi Talib mengebumikannya pada waktu malam dan tidak memberitahu/mengkhabarkan kepada Abu Bakr dan ‘Ali menyembahyangkan jenazahnya. ‘Ali mempunyai kedudukan pada pandangan orang ramai semasa hayat Fatimah. Apabila Fatimah wafat, ‘Ali berasa orang tidak senang kepadanya. Beliau pun meminta untuk berdamai dengan Aba Bakr dan berbai`ah dengannya dan beliau belum lagi berbaiah dalam masa beberapa bulan itu. Beliau pun menghantar orang kepada Abu Bakr supaya meminta dia datang bertemu dengan kami. Jangan ada sesiapa pun datang bersamamu, beliau tidak suka kehadiran Umar. Umar pun berkata kepada Abu Bakr: “Demi Allah! Jangan engkau pergi kepada mereka seorang diri.” Abu Bakr berkata: “Apalah yang mereka akan buat terhadapku. Demi Allah! Aku akan pergi juga kepada mereka.” Abu Bakr pun pergi berjumpa dengan mereka. ‘Ali pun bertasyahhud kemudian beliau berkata: “Sesungguhnya kami memang tahu kelebihanmu wahai Aba Bakr, dan apa yang Allah telah kurniakan kepadamu itu kami memang tahu. Kami tidak ada rasa dengki pun terhadapmu dalam perkara yang Allah berikan kepadamu tetapi engkau telah bertindak sewenang-wenang terhadap kami dalam perkara ini padahal kami berasa kami berhak kerana hubungan kekeluargaan kami dengan Rasulullah s.a.w.”. Ali pun terus bercakap dengan Abu Bakr sehingga mengalir air mata Abu Bakr. Apabila Abu Bakr bercakap, beliau berkata: “Demi Tuhanku yang nyawaku berada di tangannya. Sesungguhnya kerabat Rasulullah s.a.w. lebih aku sukai aku hubungi dari kerabat aku sendiri. Adapun pertelingkahan yang berlaku antara aku dengan kamu berhubung harta benda ini, aku tidak cuai sedikitpun dari melaksanakan haknya. Aku tidak meninggalkan apa-apa yang pernah aku lihat Rasulullah s.a.w. lakukan berhubung dengannya melainkan aku lakukannya. Maka ‘Ali berkata kepada Abu Bakr selepas itu: “Petang nanti temu janji kita untuk berbai`ah.” Apabila Abu Bakr selesai bersembahyang zohor beliau pun naik ke atas minbar lalu bertasyahhud dan menyebut kedudukan ‘Ali dan keadaannya yang belum lagi berbaiah dan alasan yang telah dikemukakannya oleh ‘Ali. Kemudian beliau beristighfar dan ‘Ali bertasyahhud dan dia membesarkan hak Abu Bakr dan menyebutkan hak Abu Bakr yang besar dan istimewa itu dan tidak ada yang mendorongnya untuk tidak berbai`ah kerana dengki kepada Abu Bakr ataupun kerana menafikan kelebihan yang Allah telah kurniakan kepadanya tetapi adalah kerana kami fikir mempunyai hak dalam perkara ini tiba-tiba diputuskan tentang perkara ini secara sewenang-wenang, kerana itu kami berasa terkilan. Setelah ‘Ali menyatakan semuanya yang tersebut tadi maka gembiralah orang ramai. Dan mereka berkata: “Engkau betul.” Maka orang-orang Islam menjadi hampir kembali kepada ‘Ali bila ‘Ali kembali kepada kedudukan yang sebenar.” - Sahih Muslim. Jld 6. m/s 320


MENILAI HADITS DARI SUDUT DIRAYAH

Ada beberapa perkara yang menimbulkan keraguan kerana tidak sesuai dengan peribadi para sahabat:-

1) ‘Abbas mengucapkan kata-kata yang kasar terhadap ‘Ali.

2) Fatimah terkilan dan marah serta tidak bercakap dengan Abu Bakar sehingga beliau meninggal dunia sedangkan hadits dan hukum yang dikemukakan oleh Abu Bakar adalah hukum Rasulullah s.a.w. iaitu ayahnya sendiri.

3) Adakah terdapat pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w.?

4) Saidina ‘Ali menyembahyangkan Fatimah dan menyemadikannya pada waktu malam dengan tidak memberitahu orang lain.

5) Percanggahan antara riwayat hadits [ini ] dengan riwayat-riwayat hadits yang lain.

6) ‘Ali belum berbai`ah kepada Abu Bakar sehinggalah Fatimah meninggal dunia, iaitu selepas 6 bulan.


Keraguan 1:

‘Abbas mengucapkan kata-kata yang kasar terhadap ‘Ali.

Ta'wilan Ulamak

Setengah ulamak menakwilkan bahawa ‘Abbas dalam kepercayaannya menyangka ‘Ali telah mengambil hak orang lain dan mengambil hak orang lain itu berdosa maka itu dinamakan khianat. Manakala ‘Ali juga berpendapat demikian. Kerana itulah beliau menyebutkan khianat kepada ‘Ali.

Dan ta'wilan Abul Hasan al-Sindhi: “Kau putuskan di antara aku dengan orang yang melayani aku seperti dia melayani orang yang bersifat dusta, berdosa dan khianat.” Ini berdasarkan sikap tidak puas hati layanan ‘Ali terhadapnya walaupun sebenarnya layanannya tidak bermaksud demikian. Perkara-perkara seperti ini boleh berlaku walaupun di kalangan orang besar sekalipun.

Pendapat segolongan ulamak lain

Mereka mengatakan semua ini adalah waham ya`ni kekeliruan perawi-perawi hadits ini kerana hadits ini tersebut dalam sahih muslim sedangkan kalau mengatakan ulamak-ulamak tersebut waham maka akan waham akan jadi terlalu banyak.


Keraguan 2:


Wujudkah pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w?

Dalam kaedah Bahasa Arab, penggunaan ما sebagai Ma Mausul membawa makna ‘apa-apa yang kami tinggalkan’ tetapi Imam al-Nawawi[3] menyebutkan bahawa syiah-syiah yang jahil membacanya sebagai Ma Nafi مَا تَرَكْنَا فَهُوَ صَدَقَةً membawa makna: ‘apa-apa yang kami tinggal adalah sedekah/pusaka’ dan ini tidak harus menurut kerana bercanggah dengan kaedah nahu dan juga riwayat-riwayat yang lain. Maka timbullah persoalan sama wujudkah pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w.:

  1. Syiah cuba menyabitkan adanya pusaka dan jahatnya Khulafa` al-Rasyidun kerana enggan memberikan pusaka atau harta Nabi s.a.w. kepada Fatimah dan keluarganya padahalnya semasa pemerintahan Saidina Ali juga tidak diberikan pusaka kepada mereka tetapi tidak pula dikataka Saidina Ali jahat.

  1. Bahkan Umar dan Abu Bakar sendiri adalah mentua kepada Nabi s.a.w., bermakna anaknya juga berhak mendapat harta pusaka Nabi s.a.w. sekiranya betul mereka gilakan harta.

  1. Fatimah tidak berkeras untuk mendapatkannya. Bermakna tidak ada pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w.. Sekiranya ada sudah pasti Fatimah juga mengeluarkan hujah-hujah dan dalil-dalil untuk membuktikannya tetapi beliau hanya berdiam diri samada kerana dia tidak tahu apa yang Abu Bakr tahu ataupun dia tidak mempunyai hujah. Fatimah pasti tidak berdiam diri kerana ini bukan sahaja berkait dengan keadilan tetapi berkait dengan suatu yang lebih besar iaitu hukum yang jika tidak dijelaskan akan jadi punca kekeliruan ummat hingga ke akhir zaman.

  1. Dalam hadits bab ini ada menyebutkan ‘Fatimah marah dan berasa kecil hati’ dan tidak bercakap dengan Abu Bakr sampailah dia mati’ sehingga ‘Ali tidak memberitahu kewafatan Fatimah. Ini adalah tidak munasabah dan tidak sesuai dengan peribadi Fatimah dan para sahabat yang menjaga silaturrahim serta menjaga halal dan haram. Begitu juga dengan hadits hukum yang dikemukakan oleh Abu Bakar, adakah munasabah Fatimah memarahinya dengan sebab itu sedangkan hukum itu adalah hukum ayahnya sendiri iaitu Rasulullah s.a.w.? Sekiranya beliau marahkan Abu Bakr kerana pusaka yang tidak dibahagikan maka pasti Ali juga termasuk orang yang dimarahinya kerana ‘Ali menerima keputusan Abu Bakr. ‘Fatimah tidak bercakap dengan Abu Bakar’ kerana sebanarnya beliau telah faham dengan apa yang dikemukakan oleh Abu Bakar dan yang munasabahnya tidak bercakap dalam hal pusaka ini sahaja tetapi tidak dalam hal-hal lain manakala ‘Fatimah berasa kecil hati’ adalah tafsiran atau selitan dari perawi sahaja.


Sesuap Keliruan Dihadam Menjadi Kesesatan

Syiah mendakwa adanya pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w. sedangkan Abu Bakar tidak memberikan hak mereka dan inilah permulaan rosaknya agama yang dilakukan oleh Abu Bakar yang kemudian disambung oleh Umar sebagai bukti jahatnya Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Dengan keraguan dan sedikit kekeliruan yang ditimbulkan mereka maka orang Islam sudah mula tersuap dengan pembohongan Syiah seterusnya terjerumus ke dalam kesesatan mereka. Sedangkan ada dalil dalam al-Quran yang mengatakan adanya pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا (١١)

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [ An-Nisaa’:11 ]


Soalan Ahlus Sunnah:

Mengikut kaedah hukum-hakam Syiah: Apabila anak membunuh ayahnya, adakah dia memperolehi pusakanya? Kalau betul setiap anak memperolehi harta pusaka ayahnya kenapa dalam masalah ini anak tersebut tidak boleh mendapat pusaka ayahnya?


Jawapan dari Syiah:

Ayat ini tidak boleh dipakai umum. Dalam kes-kes tertentu dikecualikan.


Jawapan dari Ahlus Sunnah:

Maka kita juga mengatakan demikian. Dalam kes-kes tertentu dikecualikan daripada umum. Dalam kaedahnya dipanggil umum makhsus لايرث القاتل المقتولpembunuh tidak menerima pusaka daripada yang dibunuh.


Jawapan dari Syiah:

Kamu tidak boleh mentakhsiskan hadits لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا فَهُوَ صَدَقَةٌ dengan ayat al-Quran [يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ] kerana hadits lebih rendah daripada al-Quran


Jawapan dari Ahlus Sunnah:

Bukankah kamu juga mentakhsiskan ayat tersebut dengan hadits dalam masalah ‘pembunuh tidak mewarisi orang yang dibunuh’ dan kalau mengikut darjat hadits. Yang manakah lebih tinggi hadits itu ataupun hadits لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا فَهُوَ صَدَقَةٌ sedangkan hadits ini mutawatir dan hadits ‘pembunuh tidak mewarisi orang yang dibunuh’ tidak mutawatir?

Inilah punca di mana ummat Islam mula menerima Syiah apabila termakan hasutan Syiah yang mendakwa adanya pusaka dari Nabi s.a.w. sedangkan ia hanyalah dakwaan semata. Pemalsuan yang dibuat oleh mereka jelas telah mengaburi sekian ramai ummat Islam yang cintakan ahlul bait seterusnya mencerca sahabat tanpa mengetahui hakikat sebenar disebalik cerita ini.


Pusaka Disisi Sebahagian Syiah

Maulana Taqi Utsmani memberi komentar dalam kitabnya Takmilah Fathul Mulhim :

Jelas dari riwayat-riwayat Syiah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far al-Kulaini dalam kitab al-Kafi yang bagi mereka setaraf dengan Sahih al-Bukhari bagi orang Islam:

Daripada Ja’far al-Sodiq ‘Ulama`’ [ إِنَّ العلماء ورثة الأنبياء ] dan seterusnya……

Terjemahan hadits Syiah tersebut:

Sesungguhnya ulamak adalah pewaris Nabi. Ini adalah kerana para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka berupa dirham dan dinar. Mereka hanya meninggalkan pra-pusaka berupa hadits-hadits. Sesiapa yang mengambil walaupun sedikit sahaja pun daripada hadits-hadits peninggalan Nabi itu bererti dia telah mendapat habuan yang besar. Kamu kena perhati ilmu kamu, kamu ambil daripada siapa.. tengok lagi Usul Kafi. Jld 1

Dalam hadits tadi disebut ‘hanya’ iaitu dengan menggunakan adat hasor. Tetapi Syiah menakwilkan dengan mengatakan:

  1. ini adalah taqiyyah
  2. hadits tadi menyebutkan tidak menerima pusaka berupa duit iaitu dinar dan dirham dan bukannya tanah seperti fadak

Tetapi dalam hadits riwayat Syiah yang lain ada menyebutkan mereka juga tidak boleh menerima pusaka tanah.


Taktik Kedua

Apabila mereka tidak berjaya menyabitkannya sebagai pusaka dengan riwayat tadi mereka mengatakannya pula diberikan kepada Fatimah sebagai hibah semasa hayat Nabi s.a.w.


Jawapan dari Ahlus Sunnah:

I. Tiada riwayat yang menunjukkan adanya saksi maupun bukti bahawa ada diberikan sebagai hibah kepada Fatimah semasa hayat Baginda s.a.w. dan sekiranya Fatimah benar maka sepatutnya beliau membawa saksi untuk mempertahankan haknya.

II. Bila Nabi s.a.w. memberikannya sebagai pusaka? Adakah ketika Baginda sakit? Kalau begitu bermakna hendak melarikan harta pusaka sebab yang akan menerima pusaka daripada Baginda bukan Fatimah sahaja tetapi ramai lagi ahli keluarga Rasulullah s.a.w. yang lain.

III. Dalam hadits ada menyebutkan:

فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِث

Maka tidak boleh wasiat kepada orang yang berhak menerima pusaka.

[ Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah ]

IV. Syiah mendakwa ‘Ali dan Ummu Aiman sebagai saksi ketika Fatimah diberikan hibah sedangkan kalau ‘Ali menjadi saksi bahawa fadak itu diberi kepada Fatimah semasa hayat Baginda maka sudah tentu ‘Ali tidak akan meminta Abu Bakar memberikannya sebagai pusaka. Ini menunjukkan cerita meminta pusaka ini adalah karut semata-mata.

V. Saksi yang didakwa tidak menepati kuota yang dikehendaki syariat kerana tidak mencukupi. Firman Allah s.w.t:

وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ

Hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi [ al-Baqarah:282 ]

Sedangkan cerita apa yang mereka kemukakan hanya ada seorang lelaki dan seorang perempuan.


Hikmahnya:

Jika ada pusaka dari Nabi s.a.w. untuk ahli keluarganya maka sudah pasti Baginda dituduh bahawa perjuangan Baginda hanyalah untuk keluarganya kerana apa yang dimiliki Nabi s.a.w. sudah sekian banyak. Antaranya ada disebutkan oleh Imam al-Nawawi[4] dalam Syarah Sahih Muslim dan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari.

I. Harta yang diwasiatkan oleh seorang Yahudi yang bernama Mukhairiq, seorang yahudi yang masuk Islam. apabila dia Islam dia pergi perang Uhud dan mati syahid. Sebelum itu dia ada berpesan kalau sekiranya dia mati maka hartanya dia wasiatkan kepada Nabi s.a.w. Hartanya terdiri daripada tujuh kebun.

II. Adanya fai`daripada tanah Bani al-Nadhir, satu pertiga tanah Wadi al-Qura, separuh tanah fadak dan dua ekor kuda yang bernama Watikh dan Salalam yang Baginda ambil sebagai perdamaian.

III. Satu perlima daripada harta khaibar.

Pun demikian nabi-nabi tidak sesekali meminta-minta untuk harta benda dan kekayaan. Berikut adalah ayat-ayat yang menunjukkan Nabi s.a.w. tidak sesekali meminta upah maupun ganjaran:-

1)

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْعَالَمِينَ (٩٠)

Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka. Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya [ Al-An`am : 90
]

3)

وَيَا قَوْمِ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالًا إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَلَكِنِّي أَرَاكُمْ قَوْمًا تَجْهَلُونَ (٢٩)

Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui. Hud : 29

4)

يَا قَوْمِ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى الَّذِي فَطَرَنِي أَفَلَا تَعْقِلُونَ (٥١)


Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)? [ Hud : 51 ]

5)

ذَلِكَ الَّذِي يُبَشِّرُ اللَّهُ عِبَادَهُ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى وَمَنْ يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ (٢٣)


(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): Hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti) dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya). [ Al-Syura : 23 ]

Antara Hikmah Tidak Diberikan Pusaka Kepada Keturunan Nabi S.A.W.:

I. Sekiranya kita mengatakan yang Nabi s.a.w. mempunyai pusaka nescaya orang akan menuduh yang al-Quran menyatakan perkara yang tidak benar bahkan orang boleh menuduh Nabi s.a.w. menyatakan sedemikian tetapi mengamalkan yang sebaliknya dengan mengumpulkan banyak harta kerana dia boleh mewariskan hartanya kepada keluarganya keturunannya sama sahaja seperti orang lain.

II. Untuk mengelakkan walaupun lintasan mengharapkan wafatnya Nabi s.a.w. supaya beroleh harta pusaka lebih. Dengan sebab itulah tiada pusaka supaya tidak timbul langsung walaupun hanya lintasan kerana sesungguhnya Allah akan melaknat sesiapa yang melakukan demikian. Dan Allah tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada keluarga Nabi s.a.w.

III. Isteri-isteri Nabi s.a.w. tidak dibenarkan kahwin selepasnya wafat Nabi s.a.w. kerana pada kira-kiranya walaupun dia mati tetapi sebenarnya dia dalam keadaan hidup yang tidak serupa dengan orang lain.

وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَكِنْ لَا تَشْعُرُونَ (١٥٤)


Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. [ Al-Baqarah:154 ]

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (١٦٩)


Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. [ Al-Imran:169 ]

Sedangkan mereka yang disebutkan sebagai ‘hidup’ adalah orang-orang yang syahid. Maka mengikut kaedah aulawiyyat-nya maka sudah tentu Nabi s.a.w. lebih lagi dari itu kerana isteri orang yang syahid boleh dinikahi sedangkan isteri Nabi s.a.w. tidak boleh dinikahi selepas kewafatannya. Dan sahabat-sahabat sentiasa membahagikan harta kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. mereka seakan mereka dalam ‘iddah sekadar keperluan mereka sahaja. Oleh sebab itu isteri-isteri Nabi s.a.w. tidak boleh menikah dan pusaka Nabi s.a.w. tidak boleh diterima oleh keturunannya.


Keraguan 3:

Fatimah terkilan dan marah dan tidak bercakap dengan Abu Bakar sehingga beliau meninggal dunia.

Analisis Berkaitan Selitan Dari Perawi

Manakala tentang Fatimah terkilan dan marahkan Abu Bakr menurut Maulana Taqi Utsmani dalam memetik kata-kata Maulana Gangguhi menyatakan ia adalah mudraj perawi iaitu selitan dari perawi hadits.

Perawi menafsirkan bahawa tidak bercakap itu sebagai simbol kemarahannya terhadap Abu Bakar padahal ianya tidak

Maulana Taqi Utsmani menambahkan: Tambahan ini sebenarnya tidak tersebut dalam banyak riwayat. Abu Daud mengemukakan hadits ini melalui rantaian Uqail, Syuaib bin Hamzah, Soleh dan Soleh, semua mereka meriwayatkan daripada Zuhri tetapi tidka ada menyebutkan tambahan seperti tadi sama ‘marah’ maupun ‘terkilan’ atau ‘terkedu hati’. Begitu juga Bukhari dalam kitab Faraid. Manakala Baihaqi mengemukakan dalam bentuk yang menunjukkan ini adalah hadits mudraj iaitu selitan dari perawi di bawah Aisyah kerana lafaznya adalah قَالَ iaitu lafaz seorang lelaki dan jika Aisyah yang berkata maka tentulah lafaz yang digunakan adalah قَالَتْ

Maulana Muhammad Nafi’ dalam kitabnya Ruhamaa` Bainahum[5] menyebutkan:

Kisah Fatimah dengan Abu Bakr ini kalau diperhatikan ada 36 saluran riwayat. 11 saluran daripadanya bukan daripada Zuhri.

Dalam riwayat-riwayat selain Zuhri ini tidak ada menyebutkan tambahan ‘Fatimah terkilan’ atau ‘marah’ ataupun yang seumpamanya dan tidak ada juga menyebutkan ‘tidak bercakap dengannya (Abu Bakar) sampai dia mati’

25 saluran yang lain punca sanadnya adalah Zuhri tetapi 9 daripadanya tidak menyebutkan tambahan tadi. Hanya yang menyebutkannya 16 saluran dan semuanya sampai kepada Zuhri.

Kalau dikaji dan diselidik kisah ‘marah atau terkilan Abu Bakar’ dan ‘tidak bercakap dengan Abu Bakar sampai dia mati’ adalah sesuatu yang diselit atau ditambah oleh Zuhri.


Sedikit Pengenalan Terhadap Zuhri

Memang ulamak maklum bahawa kadang-kadang beliau melakukan idraaj dalam daripada fikirannya sendiri dan dia tidak menyebutkan ianya adalah daripada buah fikirannya atau tafsirannya sendiri sehingga mengelirukan orang lain.

Dalam Nukat Syarah Muqaddimah Ibnus Solah Hafiz Ibnu Hajar mengatakan Zuhri seringkali menafsirkan hadits-hadits dan kadang-kadang menggugurkan perkataan yang menunjukkan ia adalah tafsirannya sehingga anak murid besarnya yang lebih tua daripadanya Soleh bin Kaisan memarahinya kerana itu.

Hafiz Ibnu Hajar mengemukakan beberapa contoh daripada idrajaat Zuhri manakala Khatib Baghdadi dalam kitabnya al-Faqih Wal Mutafaqqih meriwayatkan daripada Laits menyebutkan bahawa Rabi`ah al-Ra`iy iaitu guru kepada Imam Malik berkata kepada Ibnu Syihab al-Zuhri: “Wahai Aba Bakr! Bila engkau ceritakan kepada orang. Khabarkan bahawa itu pendapatmu. Sekiranya engkau beritahu yang sunnah maka beritahu yang itu adalah sunnah sehingga mereka tidak menyangka ini adalah pendapatmu.”

Jelaslah ini suatu yang dimasukkan atau diselitkan oleh Zuhri. Sekiranya dia meriwayatkan tambahan tersebut daripada orang lain maka dia wajib menyebutkannya, jika tidak ia dinamakan mursal dan mursal itu dhaif di sisi ulamak hadits.

Manakala kedudukan marasil[6] Zuhri tidak kuat di sisi ulamak hadits. Ahmad bin Sinan berkata: Yahya bin Said al-Qattan berpendapat mursal Zuhri dan Qatadah tidak ada harga / tidak boleh dipakai. Ianya serupa angin (tidak boleh dipegang). Golongan Hafiz hadits ini bila mendengar suatu hadits mereka akan membuat komentar mereka sendiri termasuklah Zuhri.

Imam al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi menyebutkan bahawa Ibnu Ma`in dan Yahya bin Sa`id al-Qattan mengatakan marasil Zuhri tidak boleh dipakai. Imam Syafi`ei juga berpendapat demikian.

Baihaqi meriwayatkan daripada Yahya bin Sa`id al-Qattan berkata: Mursal Zuhri lebih teruk daripada mursal orang lain.

Mengikut pendapat Yahya bin Sa`id al-Qattan, beliau berkata:

Kadang-kadang Zuhri melakukan irsal dengan sebab seseorang itu tidak kuat. Sekiranya beliau menyebutkannya maka akan jadi dhaif.

Mursal Zuhri juga bercanggah dengan riwayat lain. Antaranya:-

Hadits riwayat Abu Daud melalui saluran Abi al-Tufail, beliau berkata: “Fatimah menghantar orang kepada Abu Bakar supaya mengatakan kepada Abu Bakar: “Kamukah yang menerima pusaka Rasulullah s.a.w. atau keluarganya?” Abu Bakar menjawab: ”Tidak! Keluarganya yang akan menerima pusakanya.” Fatimah berkata: “Kalau begitu, di mana bahagian Rasulullah?” Abu Bakar menjawab: “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah apabila memberi makanan kepada seseorang Nabi dan kemudian dia mengambil nyawa nabi itu, dia berikan kuasa kepada orang yang mengambil alih tempatnya selepas itu untuk memberikan makan kepada ahli keluarga nabi”, jadi aku fikir hak ini harus kembali kepada orang Islam.” Fatimah berkata: “Kalau begitu, terpulanglah kepada engkau dengan apa yang engkau dengar daripada Nabi s.a.w.”

Abu Daud tidak memberi apa-apa komen terhadap hadits ini tetapi di dalam talkhis Sunan Abu Daud oleh Munziri ada menyebutkan di dalam sanad hadits ini ada seorang bernama Walid, walaupun Muslim ada mengambil riwayat daripadanya tetapi ulamak mempertikaikannya. Maulana Taqi Utsmani berkata: Tetapi Imam Ahmad mengatakannya Tsiqah. Abu Daud, Ibnu Ma`in, ‘Ijli, Abu Zur`ah, Abu Hatim dan lain-lain termasuklah Imam Bukhari dalam al-Adabul Mufrad juga mengambil hadits daripadanya.

Tidak ada yang mengatakan dhaif kecuali Uqaili bahkan Ibnu Hibban memasukkannya sebagai Tsiqaat. Hafiz Ibnu Hajar menyebutkan hadits ini tetapi tidak komen apa-apa tetapi kenapa Abu Bakar menjawab: “ahli keluarganya” setelah dia tahu Nabi s.a.w. tidak meninggalkan pusaka. Tetapi setengah ulamak lain mengatakan ini hanyalah andaian iaitu mengikut kebiasaannya dan bukan bermaksud bahawa Nabi s.a.w. meninggalkan pusaka.

Keraguan 4:

Saidina ‘Ali menyembahyangkan Fatimah dan menyemadikannya pada waktu malam dengan tidak memberitahu orang lain

Ini juga adalah waham perawi. Buktinya:

I. ‘Ali tidak memberitahu Abu Bakar kerana sudah berita kewafatan Fatimah sudahpun tersebar luas. Manakala Asma’ binti Umais, isteri Abu Bakar adalah orang yang senantiasa mengambil berat dan menjaga Fatimah semasa beliau sakit.

II. Asma’ binti Umais adalah orang yang amanah bahkan beliau dikahwini ‘Ali selepas Abu Bakar meninggal dunia. Logiknya, Abu Bakar tentu tahu kerana rapatnya mereka dan semestinya Asma’ meminta izin untuk keluar demi menguruskan jenazah Fatimah.

III. Tidak logik ‘Ali menyembahyangkan Fatimah seorang diri. Sebetulnya Abu Bakar yang menjadi imam menyembahyangkan jenazah Fatimah kerana ada riwayat lain yang lebih kuat menyatakan sedemikian.

IV. Ini adalah termasuk idraaj yang dilakukan oleh Zuhri dan beliau menyebutkannya secara mursal. Riwayat ini bercanggah dengan riwayat mursal yang lain. Antaranya apa yang dikemukan Baihaqi dalam Jana`iz:

Daripada Mujamid daripada Sya’bi: Fatimah bila mati maka Ali kebumikannya pada waktu malam. Ali pegang bahu Abu Bakar lalu menyuruhnya kedepan menjadi Imam.

Ittifaq ulamak bahawa mursal Sya’bi lebih kuat kalau dibandingkan mursal Zuhri dan tidak logik sebagai khalifah beliau tidak diperkecilkan dan dilupakan apabila terjadinya perkara besar sebegini.


Keraguan 5:

‘Ali belum berbai`ah kepada Abu Bakar sehinggalah Fatimah meninggal dunia, iaitu selepas 6 bulan

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. ayat ini juga termasuk dalam salah tu mursalaat al-Zuhri. Perkara ini disebutkan dengan lebih terang dalam Sunan Baihaqi:

قالت عائشة رضى الله عنها فكان لعلى رضى الله عنه من الناس وجه حياة فاطمة رضى الله عنها فلما توفيت فاطمة رضى الله عنها انصرف وجوه الناس عنه عند ذلك قال معمر قلت للزهري كم مكثت فاطمة بعد النبي صلى الله عليه وسلم قال ستة اشهر فقال رجل للزهري فلم يبايعه على رضى الله عنه حتى ماتت فاطمة رضى الله عنها قال ولا احد من بنى هاشم

‘Aisyah berkata: ‘Ali dipandang mulia oleh orang ramai semasa hayat Fatimah. Apabila Fatimah wafat orang ramai tidak menghiraukannya. Pada ketika itu Ma’mar berkata: Saya pun berkata kepada Zuhri: “Berapa lama Fatimah hidup selepas Nabi s.a.w. wafat?” Zuhri menjawab: “Enam bulan.” Maka ada seorang lelaki berkata kepada Zuhri: “Jadi Ali masih lagi belum berbai`ah kepada Abu Bakar sehingga selepas kewafatan Fatimah?” Zuhri menjawab: “Bukan ‘Ali sahaja, seorang pun dari Bani Hasyim tidak ada yang berbai`ah dengan Abu Bakar.”

Daripada riwayat ini menunjukkan ianya adalah mursalat Zuhri kerana jelas ia menunjukkan kata-kata tersebut adalah jawapan dari Zuhri dan bukannya kata-kata ‘Aisyah. Dengan sebab itu Baihaqi memberi komen selepas mengemukakan riwayat tadi:

وقول الزهري في قعود على عن بيعة أبى بكر رضى الله عنه حتى توفيت فاطمة رضى الله عنها منقطع

Kata-kata Zuhri tentang ‘Ali tidak turut berbai`ah dengan Abu Bakar sehingga wafatnya Fatimah adalah cerita munqati`[7]. Bermakna cerita ini tidak sahih

والذي روى أن عليا لم يبايع أبا بكر ستة أشهر ليس من قول عائشة إنما هو من قول الزهري فأدرجه بعض الرواة في الحديث في قصة فاطمة رضي الله عنهم

Apa yang diriwayatkan oleh ‘Ali tidak berbai`ah dengan Abu Bakar bukanlah kata-kata Aisyah. Ia hanyalah kata-kata Zuhri lalu sesetengah perawi meriwayatkannya secara idraaj[8] dalam hadits kisah Fatimah r.a.

Riwayat Zuhri juga bercanggah dengan riwayat Abu Sa`id al-Khudri yang mausul, Sa`id bin Zaid dan lain-lain yang menyatkan ‘Ali tutur berbai`ah sama seperti orang lain dalam masa sehari dua selepas itu. Jelasnya pada hari pertama, Ali tiada di situ bersama sebahagian sahabat yang berbai`ah dengan Abu Bakar di Saqifah Bani Sa`idah tetapi pada hari kedua yang dipanggil sebagai bai`ah ‘ammah (bai`ah umum), semua sahabat berbai`ah kepada Abu Bakar, tidak tercuali walaupun seorang termasuklah Saidini ‘Ali. Ini yang lebih kuat walaupun cerita ‘Ali berbai`ah selepas 6 bulan’ ada termaktub dalam Sahih Muslim dan Sahih Bukhari. Abu Said al-Khudri dan Said bin Zaid adalah sahabat. Tidak mungkin Zuhri setanding dengan mereka berdua kerana mereka adalah sahabat.

Padahal dalam Sahih Bukhari juga ada disebutkan dalam Bab al-Istikhlaf: Diriwayatkan oleh Anas bahawa pada hari kedua Abu Bakar berucap maka orang ramai semuanya berbai`ah kepada Abu Bakar termasuk Saidina ‘Ali.

Dalam Sunan Baihaqi disebutkan (Jld 8 ms 143) Daripada Abi Said al-Khudri ada menceritakan tentang kisah Saqifah, di akhirnya ada menyebutkan begini: kemudian Zaid bin Tsabit pun memegang tangan Abu Bakar seraya berkata: Ini khalifah kamu. Berbai`ahlah kepadanya! Kemudian mereka pun pergi. Apabila Abu Bakar duduk di atas minbar beliau pun melihat tetapi beliau tidak nampak ‘Ali r.a lalu beliau bertanya: Di mana ‘Ali? Lalu beberapa orang Anshor pun pergi mencarinya. Sejurus kemudian mereka datang bersama ‘Ali. Abu Bakar pun berkata: “Sepupu Rasulullah s.a.w. yang juga menantunya, adakah kamu mahu memecah belahkan orang ramai (dengan datang lambat)?” ‘Ali menjawab: “Jangan marahlah, wahai Khalifah Rasulullah!” lalu beliau pun berbai`ah dengan Abu Bakar.

Baihaqi menyebut lagi: daripada gurunya Syaikh Abi ‘Ali al-Hafiz, beliau berkata: Saya telah mendengar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah, katanya: Muslim bin Hajjaj[9], dia bertanya kepada aku tentang hadits ini[10] maka saya pun tulis dalam satu kertas dan saya baca dihadapannya.

Imam Muslim berkata: Hadits ini sama nilainya dengan seekor unta[11]. Saya pun bertanya: “Seekor unta biasa sahajakah?” Imam Muslim menjawab: “Tidak! Bahkan unta yang mahal harganya.”

Cerita tadi menunjukkan Imam Muslim mentarjihkan hadits Abu Sa`id lebih dari riwayatnya daripada Zuhri dan sebabnya jelas. Tidak munasabah untuk seorang ulamak hadits akan mentarjihkan pendapat tabi`in. apa lagi marasilnya tidak diterima, tentulah dia akan mentarjihkan riwayat yang mausul, lebih-lebih lagi ianya dari sahabat Nabi s.a.w.

Hadits Abu Sa`id juga disebut oleh Hakim dalam Mustadrak dan beliau mengatakan hadits ini sahih menepati syarat Bukhari dan Muslim walaupun mereka tidak mengemukakan hadits ini. Ibnu Katsir selepas mengemukakan riwayat ini dalam al-Bidayah mengatakan isnadnya bagus.

Al-Balazuri dalam kitab Ansaab al-Asyraf juga ada menyebutkan demikian.

Zahabi juga dalam talkhisnya ada mengemukakan hadits ini tetapi beliau tidak memberi apa-apa komentar[12]. Ibnu Katsir menyebutkan di dalam al-Biadayah Wa al-Nihayah: Isnad ini sahih dan mahfuz.

Daripada hadits al-Qasim bin Sa`id bin Musayyab daripada ‘Ali bin ‘Asim al-Jurairi daripada Abi Nadrah al-Munzir bin Malik daripada Abi Sa`id Saad bin Malik bin Sinan, di dalam hadits ini ada faedah yang besar berkenaan bai`ah ‘Ali dengan Abu Bakar iaitu sama ada telah berlaku pada hari yang pertama atau pada hari yang kedua selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. dan inilah yang betul kerana ‘Ali tidak berpisah dengan Abu Bakar.

Saidina ‘Ali juga pergi berperang dalam peristiwa Zil Qossoh dalam memerangi ahli riddah (murtad). Adakah begini sifatnya orang yang setia kepada Abu Bakar, tidak berbai`ah kepadanya tetapi sanggup pula berperang bersamanya?[13]

Ini menunjukkan cerita ‘Ali berbai`ah selepas enam bulan samada:

  1. Tidak benar, kalau ada sekalipun ‘Ali pergi bercakap-cakap dengan Abu Bakar adalah kerana beliau seorang yang mengambil berat tentang pemerintahan.

  1. Atau boleh jadi ia adalah tajdid bai`ah supaya jelas kepada munafiq yang cuba memecah-belahkan kesatuan umat Islam dengan mengatakan kononnya Saidina ‘Ali tidak suka atau tidak setuju Abu Bakar menjadi khalifah.

Inilah antara percubaan Syiah memfitnah ‘Ali dengan mengatakan beliau benci kepada Abu Bakar padahal beliau telah menamakan anaknya Abu Bakar. Adakah logik jika seseorang menamakan anaknya dengan nama orang yang dibencinya.

Lafaz lain yang termasuk dalam marasil Zuhri:

فَأَرْسَلَ إِلَى أَبِي بَكْرٍ أَنْ ائْتِنَا وَلَا يَأْتِنَا مَعَكَ أَحَدٌ كَرَاهِيَةَ مَحْضَرِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ

Beliau pun menghantar orang kepada Abu Bakr supaya meminta dia datang bertemu dengan kami. Jangan ada sesiapa pun datang bersamamu, beliau tidak suka kehadiran Umar.

Lafaz dalam riwayat ini seolah-olah menggambarkan hubungan yang tidak baik antara sahabat-sahabat dan keluarga Nabi s.a.w.

Takwilan:

Sekiranya kita memilih untuk menerima lafaz ini sebagai hadits dan bukan idraaj daripada Zuhri maka berkemungkinan lafaz tadi bermaksud untuk mengelak dari berjumpa dengan Umar kerana ketegasan Umar, berkemungkinan mereka hanya mahu mengelak dari berjumpa dengan Umar kerana kegarangannya dan bukan kerana hubungan yang tidak elok atau tidak percayakan Umar.


Keraguan 6:

‘Ali dan ‘Abbas berjumpa dua kali, iaitu dengan dengan Umar dan Abu Bakar kerana pertikaian mereka.

Daripada riwayat-riwayat dalam Sahih Muslim, apa yang pasti mereka tidak pergi untuk menuntut pusaka kerana jelas hadits tersebut menunjukkan bahawa Umar telahpun bertanya ‘Ali dan ‘Abbas dalam hadits tersebut dan mereka mengakui bahawa tiada pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w. Ini bermakna mereka tidak pergi untuk menuntut pusaka kerana masalah itu sudahpun selesai

Konklusi:

Sebahagian ulamak mengatakan bahawa:

  1. Pada permulaannya memang ‘Ali dan ‘Abbas pergi meminta pusaka kerana tidak tahu kedudukan sebenar tentang harta tersebut.
  2. Pada kali yang kedua meminta supaya dilantik menjadi pengurus kepada harta sedekah Nabi s.a.w. dan Abu Bakar izinkan. Cuma pada zaman Umar krisis terjadi kerana masing-masing dari mereka menuntut hanya seorang sahaja diberi hak menguruskan harta tersebut sedangkan kalau diberikan pada ‘Ali seorang sahaja maka berkemungkinan orang ramai akan menganggap ia adalah pusaka padahal ia bukannya diberikan sebagai milik.

Dalam riwayat-riwayat jelas menunjukkan keluarga Saidina ‘Ali yang menguruskan tetapi bukan sebagai peninggalan ataupun pusaka dengan maksud kalau ada orang lain selain keluarganya yang memerlukan harta itu maka bolehlah diberikan.

*Artikel ini disaring oleh Muhammad Nazri bin Hasan daripada Kuliah Sahih Muslim Maulana Muhammad Asri bin Yusoff ( 2, 9 & 16 April 2008 : Kitab Jihad Bab Hukum Fai` dan Bab Sabda Nabi s.a.w: Kami Tidak Di Warisi, Apa-Apa Yang Kami Tinggal Adalah Sedekah ) bertempat di Masjid Langgar



[1] Dalam setengah riwayat mengatakan dia sendiri yang pergi. Ada juga yang menyebutkan dia menghantar seseorang dan dalam setengah riwayat menyebutkan orang tersebut adalah suaminya sendiri iaitu Saidina ‘Ali.

[2] Fatimah

[3] Syarah Sahih Muslim. Jld.6 ms.323

[4] Syarah Sahih Muslim. Jld 6 ms.325-326.

[5] Dalam Bahasa Urdhu.

[6] Iaitu hadits-hadits mursal.

[7] Munqati`: Cerita yang putus sanadnya.

[8] Memasukkan sesuatu sebagai hadits dengan tidak menyebutkan ianya bukan hadits

[9] Imam Muslim

[10]Hadits ‘Ali berbai`ah dengan Abu Bakar pada hari yang kedua.

[11] Iaitu: Mahal harganya

[12] Ini bermakna dia bersetuju dengan kesahihannya

[13] Al-Bidayah Wa al-Nihayah – Ibnu Katsir